Dah tua bangka pun adik beradik tetap gunakan gadis ini. Pinjam duit sampai beribu. Janji nk bayar tapi tak pernah tepati. Akhirnya ini yang terjadi pada gadis ini.

Dah tua bangka pun adik beradik tetap gunakan gadis ini. Pinjam duit sampai beribu. Janji nk bayar tapi tak pernah tepati. Akhirnya ini yang terjadi pada gadis ini.

Assalamulaikum. Nama aku Amirah. Akhir 20-an, masih bujang dan ada pekerjaan tetap. Keluarga aku biasa-biasa sahaja. Ramai tapi aku tak rapat sangat dengan mereka.

Dah tua bangka pun adik beradik tetap gunakan gadis ini. Pinjam duit sampai beribu. Janji nk bayar tapi tak pernah tepati. Akhirnya ini yang terjadi pada gadis ini.
Dah tua bangka pun adik beradik tetap gunakan gadis ini. Pinjam duit sampai beribu. Janji nk bayar tapi tak pernah tepati. Akhirnya ini yang terjadi pada gadis ini.
Mak adalah kawan baik aku dari kecil. Hampir semua benda aku ceritakan pada Mak. Ada orang suka aku bagi surat cinta zaman sekolah dulu-dulu pun semua aku beritahu mak. Huhu. Mak aku jenis open minded even dia perempuan kampung. Ayah aku pergi menghadap illahi masa aku baru naik sekolah menengah.

ARTIKEL MENARIK:Hari hari mertua makan hati nak hadap perangai menantu bila tinggal rumah ank musim pkp ni. Rupanya dalam diam sanggup menantu buat macam ni pada mertua.


Dari kecil lagi aku dah biasa berdikari. Aku tak pernah minta apa-apa dari adik-beradik aku. Aku rasa diorang pun tak kisah pasal aku. Even ada yang dah bekerja time tu tapi tak ada pun nak bagi duit saku sekolah, tanya khabar. Nak kirim duit sebulan sekali kat Mak Ayah pun liat.

Semua selfish dengan hidup masing-masing. Sampailah aku kat universiti. Aku dah habis belajar bertahun masih ada yang ingat aku tengah belajar. Bila aku dah kerja sendiri. Mesti ada yang call nak pinjam duit. Kalau bukan nak sesuatu memang tak ada nak call. Haha.

Dulu masa aku dapat posting jauh dengan tiada duit. Tiada siapa pun nak bantu even bagi semangat. Tapi bila aku start kerja 2 bulan dengan gaji tak masuk lagi (gaji masuk bulan ke 3 bekerja) abang aku terus call nak pinjam duit. Aku cakap tak ada duit nak makan pun tak ada duit. Sampai boleh suruh aku pinjam dengan kawan. Sebab kesian last-last aku pinjam duit kawan rm1000. Malu aku setahun pun tak settle-settle lagi. Terpaksa lah aku dahulukan duit sendiri.

Kakak pun sama, masa aku belajar dulu.. dia nak beli juga handbang promosi dengan harga rm150 even tak ada duit. Nak pinjam duit cash dengan aku tapi aku tak ada duit banyak time tu. Dia siap suruh aku guna debit card. Janji nak bayar tapi buat lupa sampai hari ni.

Bukan nak tolong adik belajar tapi lagi nak habiskan duit adik. Nak harap dia bantu memang jauh sangat. Aku pernah suruh dia bayar barang aku dengan harga tak sampai rm10. Dia boleh ungkit dari dalam perjalanan sampai balik rumah. Siap sambung esokkan pulak. Dia ambil aku di kampus siap minta duit minyak.

Kalau kat rumah dia aku memang jadi bibik. Kena basuh baju dia, kemas rumah, iron baju. Kalau tak dia membebel panjang. Siap beritahu tak ada duit nak makan ramai. Memang aku terasa hati. Tahap fed up dengan dia sampai aku tak pergi rumah dia hampir dua tahun.

Dia juga pujuk aku join pelaburan dia masuk. Demi nak senangkan dia macam-macam dia janji last aku rugi. Sama dengan kakak aku sorang lagi. Penipuan diorang aku hilang duit hampir 3 ribu. Kalau bagi pinjam duit tak pernah nak bayar cukup, siap dia sendiri bagi diskaun nak bayar berapa.

Mak ayah aku orang susah, time aku membesar ayah dah uzur jadi susah nak bekerja. Mengharapkan suadara mara yang membantu. Jarang sekali adik beradik nak kirim duit. Jadi aku membesarkan dengan sangat bersederhana.
Loading...
loading...


Zaman sekolah aku pernah dengar kakak aku beli baju harga beratus-beratus. Tapi tak ada pun nak tolong aku sekolah. Dari situ aku rasa adik-beradik aku memang tak sayang aku. Aku tak sabar nak habis sekolah nak sambung belajar. Kerja bagus-bagus. Nak keluar dari kampung.

Tapi sebab sifat kesian aku, sekarang aku terpaksa bayar hutang bank kakak dan abang ipar aku (pinjaman atas nama aku) beratus setiap bulan. Konon akan bayar lebih, tak akan miss setiap bulan. Sumpah semua benda. Last-last aku yang membayar.

Termasuk penipuan pembelian tanah. Kalau bukan terpaksa membayar hutang piutang adik-beradik mungkin aku dah boleh planning ada rumah sendiri. Macam-macam lagi yang mereka buat. Letak nama aku sebagai penjamin beli barang even aku tak tahu apa-apa, letak nama aku untuk bil telefon.

Cri guna barang aku. Sampai aku banyak kali menangis sendiri. Diorang dengan sama sendiri pun buat benda yang sama. Sampai sanggup jual barang kemas adik-beradik tanpa pengetahuan. Aku kalau balik kampung ramai-ramai selalu takut barang hilang. Kalau cakap pasal agama memang semua boleh jadi ustaz ustazah.

Ni buat aku susah nak percaya kat adik-beradik sendiri. Aku benci adik-beradik sendiri. Aku memang tak ada hati dengan diorang. Kalau balik kampung pun sebab mak. Aku tak kisah pun tak gather ramai-ramai time raya.

Kadang-kadang ramai-ramai pun menyusahkan. Aku sendiri pun jenis diam tak banyak bercakap dengan diorang. Dari kecil macam ni jadi bila besar aku jadi kekok sendiri. Mungkin kalau mak aku tiada suatu hari nanti aku tak rasa aku akan balik kampung lagi.

Aku bertahan sekarang sebab aku sangat sayangkan mak. Selalu balik dan hadap kepura-puraan adik beradik. Sekarang abang aku sibuk pasal harta peninggalan ayah. Kalau boleh semua dia nak.. Tulah, bila mereka susah aku jadi takut nak menolong lagi.

Aku buat diam tak angkat tak balas mesej. Aku traauma dengan apa yang berlaku. Mereka bagi aku ibarat duri dalam daging. Aku tak tahu mana silapnya. Ayah aku seorang yang alim. Mak aku seorang yang baik hati berk0rban segalanya demi anak-anak….. Moga Allah mudahkan aku. Beri aku rezeki untuk menghabiskan pembayaran hutang yang aku tanggung. Selalu lapangkan dada untuk mengingati bahawa Tuhan selalu menyayangi aku.

via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post