Kerajaan bersetuju memberikan kebenaran dan penganjuran majlis sosial, bermula 1 Julai ini, umum Menteri Kanan (Klsuter Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Terkini Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Tentang Penganjuran Kenduri Kahwin Telah Mula Dibenarkan Mulai 1 Julai Tetapi Bersyarat. Tak Sangka Ini Syarat Nya Yang Ramai Tak Tahu. |
ARTIKEL MENARIK:Terkini KKM bongkarkan dalam masa sebulan kalau rakyat patuh Sop dan nasihat KKM ini yang akan terjadi pada Malaysia. Tak sangka akhirnya Dr Noor Hisham bongkarkan sesuatu buat warganet tergamam.
“Selain itu, ia termasuk juga majlis-majlis sambutan sosial seperti ulang tahun perkahwinan, hari jadi, re-union dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.
Bagaimanapun, penganjuran tersebut tetap tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, antaranya tempoh masa yang dibenarkan hanyalah selama tiga hingga lima jam. Kapasiti kehadiran tetamu pula tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa, tertakluk kepada saiz ruang majlis bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.
Selain itu, penyajian makanan secara buffet adalah tidak dibenarkan. “Bagaimanapun, kita boleh melonggarkan iaitu walaupun ada buffet, tetapi ia diuruskan oleh peramu saji.“Pengunjung (juga) tidak boleh mengambil sendiri makanan di situ, dan yang terbaik adalah secara hidangan,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, antara SOP yang ditetapkan adalah kaunter saringan kesihatan di pintu masuk. “Itu perlu ada, itu memang syarat asas dan suhu badan setiap tetamu perlu diperiksa. “Kita tidak benarkan mereka yang bergejala dibenarkan hadir,” jelasnya.
Menurut Ismail lagi, penganjur juga mestilah mendaftarkan tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkod secara manual. Tidak kurang juga, arah masuk dan arah keluar tetamu pula turut perlu diasingkan agar tidak berlaku kesesakan.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku masalah dan penganjur berasa sukar untuk mengawal keadaan (seperti penjarakan sosial), mereka dinasihatkan dan digalakkan untuk tidak meneruskan majlis tersebut. Ia berikutan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi memantau kepatuhan SOP sepanjang PKPP dijalankan.
Sumber: RTM
Terkini Ds Ismail Sabri dedahkan tiada larangan untuk kanak kanak keluar untuk beriadah. Tapi perlu patuh syarat ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian non-kesihatan sebentar tadi memaklumkan tiada lagi halangan untuk kanak-kanak keluar beriadah ketika ini. ”Sekarang dah boleh. Tidak ada larangan untuk kanak-kanak beriadah. Tidak ada larangan. Taman-taman permainan sudah mula dibuka, anak-anak dah boleh keluar.
”Cuma janganlah berhimpun beramai-ramai di kawasan riadah tersebut. Sebab kita dah katakan, perlu ada penjarakan sosial, tidak berhimpit dan sebagainya. ”Walaupun taman permainan sudah dibuka, tetapi SOP tetap perlu dipatuhi. Begitu juga dengan shopping complex, tidak ada tegahan yang tidak membenarkan kanak-kanak untuk pergi membeli permainan bersama ibu-bapa mereka dan sebagainya.
”Cuma saya sentiasa ingatkan jangan bawa anak-anak kerana kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jadi ibu-bapa perlulah menjaga kepentingan anak mereka walaupun mereka yang membawa anak sebagai contoh, tiada hukman pun sebab tidak diwartakan iaitu kanak-kanak tidak boleh dibawa keluar untuk ke restoran ke atau ke shopping complex.
”Tetapi disebabkan kanak-kanak merupakan golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, maka kita galakkan untuk tidak membawa anak-anak keluar bersama-sama, itu saja,” katanya. Ismail turut meminta ibu bapa supaya
menjaga anak masing-masing ketika dibawa keluar supaya terhindar dari jangkitan COVID-19. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang bertanya mengenai saranan kerajaan terhadap isu kanak-kanak yang mungkin tertekan kerana tidak dibenarkan keluar sebelum ini.
Sumber: MKN
Terkini Ds Ismail Sabri Dedahkan Semua Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Operasi Macam Biasa Tapi Bersyarat. Rupanya Ini Syarat Yang Ditetapkan.
Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan semula beroperasi seperti biasa, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, keputusan tersebut dipersetujui atas sebab pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditunjukkan oleh pihak jawatankuasa masjid dan para jemaah.
“Oleh kerana pematuhan begitu baik, maka hari ini kita bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan untuk beroperasi seperti biasa. “Bagaimanapun, SOP nya tetap sama, iaitu satu pertiga daripada jumlah kapasiti sebenar jumlah sebelum ini,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.
Mengimbas kembali, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini hanya menghadkan pembukaan masjid dan surau di kawasan terpilih sahaja. Bagaimanapun, masjid dan surau di kawasan zon merah adalah dikecualikan daripada kebenaran tersebut.
Tambahnya, keputusan tersebut hanya dikhususkan untuk Wilayah Persekutuan sahaja dan negeri-negeri lain tetap tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 11.30.
Sumber: RTM
Berjuta Rakyat Malaysia Yang Dah Tak Sabar Nak Solat Jemaah Di Masjid. Sekali Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Akan Umumkan Sesuatu Tentang Masjid Hari Ini.
Berita tentang 1000 tempahan hotel di Langkawi habis dalam masa sejam selepas sektor pelancongan dibuka menjadi tumpuan ramai hari ini. Bagaimanapun kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid adalah yang paling dinantikan oleh berjuta umat Islam di Malaysia.
Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kelonggaran untuk solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid. Selain itu, ia juga khusus buat warganegara Malaysia sahaja dan warga asing tidak dibenarkan menyertainya.
Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaik kerajaan mengumumkan kelonggaran solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid, ianya khusus buat rakyat Malaysia sahaja. ” Apabila kita sebut kerajaan membenarkan (solat berjemaah dan Jumaat) tertakluk kebenaran dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri beraja keputusan bergantung kepada Sultan di negeri masing-masing.
” Sebaik kita umum kelonggaran ini semalam, ia tidak termasuk warga asing dan hanya untuk warganegara Malaysia saja. ” Pertamanya, mungkin isu membabitkan warga asing yang positif C0vid-19 lebih tinggi di negara kita dan kedua jika warga asing memenuhi masjid, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk melakukan ibadah itu,” katanya. Katanya, setakat ini kebenaran solat berjemaah dan Jumaat hanya untuk rakyat Malaysia saja.
SOP tunggu perkenan YDPA dan dijangka diumum dalam masa terdekat
Sementara itu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.
Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata prosedur itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan. ” Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya.
” Ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) untuk memasuki fasa strategi keluar (sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya. Ketika ini, solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih
dalam Zon Hijau C0vid-19 di Wilayah Persekutuan dengan bilangan jemaah minimum tiga orang, tidak termasuk imam, dan tidak melebihi 30 orang. Peraturan baru kebenaran solat berjemaah berasaskan keluasan masjid pula, bermaksud sekiranya masjid tersebut besar dan luas, maka ramailah dapat solat berjemaah.
Sementara itu berdasarkan komen warganet di laman page Dr Zulkifli, terdapat segelintir yang mempersoalkan bila masjid akan dibuka sepenuhnya. ” Kalau x boleh solat di masjid atau surau.. at least ada bg sikit ruang solat di tepi balkoni surau dan ruang luar masjid ke surau..atau sediakan ruang khas utk solat” komen Izhar
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber: asiakini
Akhirnya Pintu Masjid Nabawi Sudah Dibuka. Tak Sangka Rupanya Ini Sop Yang Jemaah Perlu Patuhi Kalau Nak Solat Dalam Masjid.
Pada minggu lalu, Pihak Kerajaan Arab Saudi telah memaklumkan bahawa ibadah haji dan umrah akan kembali dibuka buat umat Islam. Sebelum ini, Kota Mekah dan Madinah terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang penuIaran pend3mik C0vid-19 yang mel4nda.
Pintu pagar dibuka.
Menerusi Facebook, dapat dilihat pintu Masjid Nabawi telah kembali dibuka oleh petugas masjid bagi menyambut kembali kedatang umat Islam untuk menunaikan ibadah haji & umrah di kota suci itu. Menerusi muat naik di Facebook juga, para jemaah dilihat tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat di masjid tersebut bagi meraikan pembukaan Masjid Nabawi.
Mereka bersolat dengan memakai penutup mulut serta mengamalkan jarak yang ditetapkan bagi mengelak sebarang sentuhan berlaku. Pemandangan indah tersebut begitu menyentuh hati kerana selepas hampir beberapa bulan ditutup untuk orang luar, masjid yang menjadi kerinduan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini kembali dibuka untuk beribadah.
Pihak Masjid Nabawi juga turut memaklumkan pintu masuk yang dibuka kepada jemaah dan pintu yang masih ditutup untuk laluan bagi memudahkan pengunjung mengetahui jalan untuk memasuki tempat suci itu.
via Era Kini
Post a Comment