Terkejut tiba tiba lelaki ini azan di pusat karaoke sampai muncul dlm Motif Viral. Tak sangka apa yang jadi lepas tu buat semua orang dlm studio tu terdiam sepi.

Terkejut tiba tiba lelaki ini azan di pusat karaoke sampai muncul dlm Motif Viral. Tak sangka apa yang jadi lepas tu buat semua orang dlm studio tu terdiam sepi.

“SEJAK kecil saya memang gemar laungkan azan. Mungkin sebab itu saya dikurniakan kebolehan melaungkan azan dalam lapan taranum (lagu) berbeza.

Terkejut tiba tiba lelaki ini azan di pusat karaoke sampai muncul dlm Motif Viral. Tak sangka apa yang jadi lepas tu buat semua orang dlm studio tu terdiam sepi.
Terkejut tiba tiba lelaki ini azan di pusat karaoke sampai muncul dlm Motif Viral. Tak sangka apa yang jadi lepas tu buat semua orang dlm studio tu terdiam sepi.

Selain itu sejak usia lima tahun lagi ibu dan ayah sudah ajar saya cara bertaranum serta berzanji,” kata Muhammad Nabil Fahmi Yusuf, 21, penuntut Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

ARTIKEL MENARIK:Terpaksa keluar dari rumah. Akhirnya Sugu Pavithra tampil bongkarkan sesuatu buat warganet terkedu. Tak sangka rupanya ini sebab dia pindah rumah lain.


Bakat remaja itu mendapat perhatian hampir dua juta warganet yang menonton videonya melaungkan azan taranum Makkah dan Nahawand, selepas dimuat naik rakannya di Facebook (FB). Muhammad Nabil Fahmi, kini berkhidmat sebagai bilal separuh masa di masjid berhampiran rumahya di Batu Pahat, Johor, berkata rakannya tidak memaklumkan kepadanya ketika memuat naik video berkenaan di FB.

Katanya, dia bersyukur kerana majoriti warganet memberi komen positif, malah ada yang mencadangkannya menjadi bilal sepenuh masa. “Selepas video itu tular, saya menerima tawaran sebagai bilal daripada pihak pengurusan beberapa masjid, tapi kena fikir dulu kerana belum habis belajar.”

“Paling mengejutkan ada orang bukan Islam hubungi saya secara peribadi bertanyakan mengenai cara memeluk Islam, dan saya akan bantu dia berdasarkan kepada pengetahuan dimiliki,” katanya ketika dihubungi. Menurutnya, dia melaungkan azan di dalam sebuah bilik di pusat karaoke kerana mahu menunaikan permintaan 10 rakan ada bersamanya ketika itu termasuk lelaki berketurunan India, dikenali sebagai Kumar.

Menjelaskan mengenai perbuatannya melaungkan azan di dalam bilik karaoke pemuda itu memberitahu, terdahulu mereka menghadiri majlis tahlil rakan yang telah pergi buat selamanya. “Ketika dalam perjalanan pulang kami singgah di pusat karaoke itu kerana rakan termasuk Kumar amat teringin mendengar saya laungkan azan.

Selepas mendengar azan saya laungkan, Kumar beritahu dia berasa sayu malah seluruh tubuhnya menggigil.” “Saya sebak kerana rakan berada di dalam bilik berkenaan kelihatan insaf selepas mendengar azan, lalu mereka minta saya berkongsi pengetahuan mengenai cara membaca al-Quran dan ibadat lain,” katanya.

Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, bagi membaiki bacaan al-Quran dan laungan azan dia kerap merujuk video di YouTube. “Insya-Allah, jika diberi peluang saya akan kembangkan ilmu dan kebolehan dimiliki kepada orang ramai kerana ini salah satu bentuk d@kwah,” katanya.

VIDEO RAKAMAN AZAN DALAM BILIK KAROKE BOLEH TENGOK DI YOUTUBE.

SUMBER : HMETRO ONLINE


Loading...
loading...


Apa Yang Terjadi Di Rancangan Motif Viral?

Remaja yang tular selepas azan di dalam bilik karoke, beliau dijemput ke rancangan Motif Viral. Sila lihat video di bawah dan lihat pada saat akhir. Dijamin anda pun akan terdiam terpegun.

Youtube Kredit: Gebang2007

Bercakap ketika azan

ANTARA kepercayaan dalam masyarakat kita ada­­lah tentang larangan berkata-kata semasa azan dikumandangkan. Larangan itu did@kwa ber­sandarkan kepada ‘hadis’ yang bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”.

Dalam bab azan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muazin. (Riwayat al-Bukhari). Pada (lafaz) hayya ‘alas-solah dan hayya ‘alal-falah dijawab dengan lafaz La hawla wala quwwata Illa billah.

Sehubungan itu, jumhur ulama berpendapat hukum menjawab azan adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dikumandangkan, kita dianjurkan meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan dan dalam masa sama menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.

Adapun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Namun begitu, jika percakapan itu boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazin, maka meninggalkannya adalah lebih utama kerana menjawab azan adalah sunat. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber: utusan  via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post