Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Lama juga aku bekerja sendiri sebagai photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh dan lalui. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu. Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22.
Terkejut hantaran gadis ini sampai 22k mcm nk jual ank dh tapi pihak laki setuju je. Tiba tiba pengantin lelaki ambil pembesar suara bila settle akad dan terus lepaskan isteri yg baru dinikahinya dgn talak 3. |
ARTIKEL MENARIK:Terkejut menantu umur 30 tapi mak mertua umur 26. Warganet excited tengok keluarga ni umur menantu lagi tua dari mak mertua.
Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad. Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq,
tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising. “Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!” Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup. “Apsal tak cukup duit RM1,000?” tanyanya.
Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, “Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?! ”Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata, “Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni?
Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu,” katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya. “Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya.
Saya lepaskan awak dengan talak 3. Assalamualaikum,” katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu. Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu. Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang.
Tepi-tepi bus stop pun banyak boleh je lelaki kaya ini petik. Kau cuba download dan buka WeChat, berapa ramai yang sanggup serah diri mereka secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke?
Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup, Bakal Pengantin Kena Buat 13 Tip Ini. No. 3 Lelaki Paling Suka!
Sudah lama menjalinkan cinta pasti anda mengharapkan ikatan yang dibina berakhir dengan sebuah perkahwinan. Namun ramai pasangan yang terpaksa menangguhkan hasrat untuk berkahwin apabila duit simpanan masih tak mencukupi.
Maklum sajalah, nak kahwin bukanlah semudah yang disangka. Bagi anda yang berdepan dengan masalah tak cukup duit tapi berhajat nak kahwin, anda boleh ikuti 13 tip yang dikongsikan oleh Harith Faisal ini (beliau menjawab soalan yang dikemukakan
oleh Cik NH). Jangan hanya mula menyimpan bila anda dah nak kahwin, silap-silap lambat la jawabnya. Sebaiknya mulalah menyimpan sebelum anda berjumpa dengan calon. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
NAK KAHWIN TAHUN DEPAN. TAPI TAK CUKUP DUIT LAGI? JOM BACA NI. LELAKI PALING SUKA POIN NOMBOR 3.
Assalamualaikum En. Harith Faisal. Maaf mengganggu dengan mesej saya ni. Kalau ada masa bolehlah reply. Saya sekarang tengah buntu. Sebenarnya saya dan pasangan bakal berkahwin. InshaAllah tahun depan. Pasangan sekarang tengah kumpul duit untuk majlis dan hantaran.
Masalahnya kitorang tak rasa duit simpnan boleh cukup sampai tarikh majlis nanti. So, dia ada cakap nak buat pinjaman bank untuk persediaan nanti. Kami memang kurang ilmu nak buat pinjaman peribadi ni. Pendapat Encik HF macam mana?
Maksudnya boleh ke kalau kami teruskn rancangan ni atau kami cuba alternatif lain. Sebab memang dah dekat sangat ni dengan majlisnya iaitu bulan Februari tahun depan. Kami perlukan RM20,000 untuk majlis nanti. Sekarang kami hanya ada RM5,000. Saya boleh saving RM500 sebulan.
Bakal suami saya ada juga saving setiap bulan. Tapi sikitlah. Sebab komitmen dia tinggi. Kami pun silap juga sebab tak rancang kewangan awal-awal lagi. Itu sahaja soalan saya. Just minta pendapat En HF. Terima kasih banyak. Semoga Allah merahmati En HF sekeluarga. – Cik NH
1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan. 2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. LELAKI ATAU PEREMPUAN, DUA-DUA KENA MULAKANNYA SEKARANG. KALAU MAJLIS YANG ANDA RANCANG PERLUKAN RM20,000, SETIAP SEORANG KENA SEDIAKAN RM10,000. BERANI? AJAK PASANGAN BACA POSTING NI SAMA-SAMA. LAGI SERONOK, AJAK MERTUA SEKALI.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan. 5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja. 7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu. 9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang. 11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain. 13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat
2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung. 14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF
kredit harithfaisal via apampink
Post a Comment