Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa polisi kuarantin akan diubah bermula pada 10 Jun. “Bermula pada 10 Jun 2020, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin.
Tak sangka lepasni rakyat Malaysia yg pulang dari luar negara yg diuji negatif Covid 19 tak akan jalani kuarantin dipusat kuarantin dah. Tapi mereka kena kuarantin diri disini. |
ARTIKEL MENARIK:Akhirnya PM Umumkan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun Ini. Tapi Ada Syarat. Tak Sangka Ini Syaratnya.
Rakyat Malaysia pulang dari luar negara akan jalani swab test, jika positif #COVID-19 akan dihantar ke hospital, jika negatif kuarantin di rumah. “Walau bagaimanapun, mereka wajib untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. Mereka juga diwajibkan memakai gelang tangan kuarantin bagi memudahkan proses identifikasi,” katanya
Sumber:BERNAMA TV
Akhirnya PM Umumkan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun Ini. Tapi Ada Syarat. Tak Sangka Ini Syaratnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini. Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun kecuali di kawasan #PKPD – PM @MuhyiddinYassin
“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD. Jadi bagi mereka yang ingin meziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” katanya.
Sumber:BERNAMA TV
Akhirnya Terbongkar Juga Bila Orang Bujang Boleh Rentas Negeri. Tak Sangka DS Ismail Sabri Tampil Dedahkan Ini Untuk Orang Bujang.
KUALA LUMPUR: Orang bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan, bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan bujang perlu bersabar menunggu pengumuman Perdana Menteri.
“Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu. Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri. Tentu saja banyak perkara akan disebut esok, kita tunggu. Kalau tak sebut, baru saya sebut untuk orang bujang (kebenaran rentas negeri). Maka, bersabarlah hingga esok” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.
SUMBER : Berita Harian
Akhirnya Terjawab PKPB Disambung Atau Tidak. Tak Sangka Ini Jawapan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada masanya memandangkan tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 Jun.
Jika diimbas, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lepas dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi. Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam.
Semestinya ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat kaum Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka. Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai ‘gaya’ dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.
Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama. Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh ‘jeneral membenteras COVID-19’, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari. Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.
Sumber: BERNAMA
Budak Berusia 2 Tahun Yg Tinggal Di Langat Murni Telah Disahkan Positif Covid 19. Tak Sangka Ini Punca Budak Itu Terkena Covid 19 Selepas Jalani Ujian Saringan
BUDAK perempuan dua tahun antara dua rakyat tempatan di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat yang disahkan p0sitif C0v1d-19. Ketua PoIis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, kanak-kanak itu disahkan p0sitif hari ini, selepas menjaIani ujian saringan.
Manakala, seorang lagi pes4kit adalah wanita berusia 22 tahun yang menjalani ujian saringan petang semalam. “Kedua-duanya sudah dihantar ke H0spital Sungai Buloh (HSB) bagi mendapatkan raw@tan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini
Kawasan perumahan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran sejak kelmarin sehingga 16 Jun. Ia susulan 20 pekerja pembersihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) p0sitif peny4kit itu pada 28 Mei lalu.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, kira-kira 4,000 penduduk sudah menjalani ujian saringan C0v1d-19 dan baki 5,000 orang lagi mungkin selesai diuji sehingga hujung minggu ini. “Sepatutnya proses ujian saringan selesai hari ini tetapi tempoh terpaksa dilanjutkan kerana ramai penduduk masih belum disaring,” katanya.
Sumber: Harian Metro
PKPD Di Langat Murni Berbeza Dari Sebelum Ni. Pasang Kawad Berduri Sampai Kena Panggil Ahli Keluarga Yang Keluar Bekerja Untuk Lakukan Sesuatu
Sekeliling Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama di sini kini dipasang kawat duri. Penduduk di kawasan itu pula dikehendaki menjalani ujian saringan pengesanan COV19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Tinjauan mendapati pemasangan pagar kawat duri di kawasan itu dilaksanakan sejak malam tadi, manakala pergerakan keluar masuk ke kawasan berkenaan dikawal pasukan polis dan tentera. Anggota tentera mengawal laluan masuk di sekitar Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama yang dipasang kawat duri sejak semalam.
Penduduk yang juga kakitangan swasta, Muhammmad Noor Hidayat Kamruddin, 31, berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga ketika berada di tempat kerja. Menurutnya, beliau sepatutnya tamat berkerja jam 4 petang ini tetapi diminta keluarga untuk pulang menjalani ujian saringan COV19 hari ini dikendalikan KKM.
“Sebelum ini, saya memang tahu ada sekumpulan pekerja warga asing disahkan positif COV19 dan terkejut apabila dimaklumkan kawasan kediaman kami dipasang kawat duri dikawal tentera dan polis,” katanya kepada pemberita.
Kerajaan memperkenalkan dua kaedah bagi mengesan dan mengawal penularan COV19 di kawasan yang dikenal pasti, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) dan PKP secara pentadbiran. Pemasangan kawat duri di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama itu dipercayai susulan KKM mengesan satu kluster COV19 baharu,
membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, kluster itu membabitkan 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu hasil saringan dilakukan sebuah klinik swasta.
Katanya, 20 individu dikesan dijangkiti menginap di asrama di Kuala Langat, manakala empat lagi individu di pangsapuri di Nilai. Seorang lagi penduduk, Siti Halimah Hassim, 37, berkata dia mendapat tahu kawasan itu dikawal anggota keselamatan selepas dimaklumkan suaminya tengah malam tadi.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat duri di sekitar Pangsapuri Taman Langat Utama dan Pangsapuri Taman Langat Murni, hari ini. Pagi ini, katanya, dia bersama empat anak sepatutnya melakukan ujian saringan COV19,
namun disebabkan jumlah penduduk ramai yang datang, mereka terpaksa menunggu giliran petang. “Setakat ini, penduduk masih boleh keluar masuk dari kawasan ini sekiranya mempunyai surat kebenaran, namun selepas menjalani ujian saringan kami hanya dibenarkan tinggal di rumah,” katanya.
Kuala Langat yang hampir tiga minggu berada dalam zon hijau, kini diletakkan bawah zon kuning berikutan penambahan 20 kes baharu COV19, sekali gus menamatkan rekod zon hijau dipegang daerah itu sejak 8 Mei lalu.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Orang Luar Dilarang Masuk. Akhirnya Ini Status Terkini Keadaan Penduduk Dan Warga Asing Di 2 Taman Perumahan Sepang Setelah Disaring Selepas Kesan 20 Kes Covid 19
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan ujian saringan terhadap semua penduduk di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama Bukit Changgang, Kuala Langat susulan terdapat 20 kes positif C0vid-19 di kawasan tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah tersebut adalah sebagaimana prosedur KKM, di mana saringan akan dilakukan di lokaliti yang dikesan merekodkan kes positif C0vid-19. “Kalau lokaliti itu terlibat kes positif, apa yang kami lakukan adalah saring semua, termasuk warganegara dan bukan warganegara di dalam lokaliti itu.
“Kita saring semua orang kerana barangkali ada pendedahan bila pergi mereka ke kedai dan sebagainya,” katanya menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media KKM petang Rabu. PKPB : 2 PERUMAHAN TAMAN LANGAT MURNI DAN TAMAN LANGAT UTAMA BUKIT CHANGGANG DI SEPANG DIKENAKAN PKP PENTADBIRAN
Bukan PKPD tapi PKP pentadbiran sahaja
Bagaimanapun jelas Dr Noor Hisham, kawasan yang berkenaan bukan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya ia adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran. “Kita masih benarkan mereka (penduduk) masuk dan keluar tapi perlu mendaftar namun kita halang orang luar untuk masuk.
“Tapi ini bukan PKPD. Kalau PKPD, tiada sesiapa dibenarkan untuk keluar masuk dan kita akan menyediakan makanan untuk mereka. “Di sini mereka masih boleh keluar tapi kita pastikan kita saring semua orang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata pihaknya melaksanakan PKP secara pentadbiran di kawasan tersebut selepas 20 warga asing yang bekerja dengan syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tinggal di taman berkenaan, disahkan positif C0vid-19 pada Khamis lalu.
Tambahnya, polis bersama Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengesan 114 kontak rapat kepada pesakit C0vid-19 berkenaan pada Jumaat lalu, di mana kesemuany kini dikuarantin di dua lokasi iaitu Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.
Tiga perumahan di Sepang dikenakan PKPD?
TERDAHULU, timbul desas desus tiga taman perumahan di Sepang dipercayai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula tengah malam tadi. Menurut laporan portal Harian Metro, Taman berkenaan adalah Taman Langat Murni, Taman Langat Utama dan Taman Langat Utama 2, berhampiran Bukit Changgang.
Tinjauan Harian Metro mendapati pemasangan pagar kawat duri di kawasan itu juga sudah dilaksanakan sejak tengah malam tadi. Semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster C0vid-19 baharu membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan mengakibatkan seramai 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu. Menurut beliau, kluster berkenaan dikenal pasti sebuah klinik swasta yang bertanggungjawab mengadakan saringan terhadap pekerja syarikat berkenaan.
Katanya, 20 individu yang dikesan dijangkiti menginap di dalam sebuah asrama di kawasan itu, manakala empat lagi individu di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan. Kakitangan swasta, Muhammmad Noor Hidayat kamruddin, 31, berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga ketika berada di tempat kerja.
Dia sepatutnya tamat berkerja pada jam 4 petang ini, namun diarahkan keluarga untuk pulang bagi membuat ujian saringan C0vid-19 hari ini yang diadakan KKM. “Sebelum ini memang tahu ada sekumpulan pekerja warga asing disahkan C0vid-19 dan merasa terkejut apabila dimaklumkan kediaman kami dipasang kawat duri yang dikawal tentera dan polis,” katanya.
Bagi Siti Halimah Hassim, 37, berkata, dia mendapat tahu kawasan itu dikawal anggota keselamatan selepas dimaklumkan suami pada tengah malam tadi. Menurutnya, pagi ini dia bersama empat anak sepatutnya melakukan ujian saringan C0vid-19, namun disebabkan jumlah penduduk yang datang ramai terpaksa menunggu giliran di sebelah petang.
“Setakat ini penduduk masih boleh keluar dan masuk sekiranya mempunyai surat kebenaran, namun selepas menjalani ujian saringan, kami hanya dibenarkan berada di rumah,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber: mStar, Harian Metro, MKN via apampink
Post a Comment