Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Covid-19.
Tahniah Malaysia diumumkan sebagai antara lima negara yg terbaik kawal pandemik Covid 19. Tak sangka rupa rupanya Malaysia gunakan ini untuk cegah Covid 19. |
ARTIKEL MENARIK:Gadis ini dibuang gara gara disahkan hamil dan terpaksa kahwin dgn rider utk tutup malu. Mengejutkan lepas 2 bulan kahwin tiba tiba doktor bongkarkan sesuatu yg buat dia terduduk
“Katanya lagi, dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia dan pengorbangan besar anggota frontliners, kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita telah berjaya menjadi satu negara contoh untuk mengekang wabak ini. ”
Negara telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjaun global di mana Malaysia berada dalam lima negara terbaik dunia dalam penerimaan rakyat yang paling tertinggi. Mulai minggu depan sidang akhbar pelaksanaan #PKP diadakan tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat – @IsmailSabri60. Malaysia diiktiraf sebagai lima negara terbaik di dunia mengawal pandemik #COVID19 – @IsmailSabri60
Sumber: Sidang Media MKN
Lalai Bila Kes Covid 19 Turun Angka 1. Tak Sangka Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Bila Ramai Yang Makin Lalai Tengok Kes Covid 19 Menurun
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok sehingga 31 Ogos depan, memberikan kelegaan kepada orang ramai apabila lebih banyak kelonggaran diberikan, untuk menjalani rutin kehidupan harian.
Pelaksanaan PKPP menyaksikan bukan sahaja hampir kesemua sektor ekonomi kembali beroperasi, malah kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, dan rekreasi, juga telah dibenarkan bermula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan.
Antaranya perkara yang ditunggu termasuk kebenaran merentas negeri, aktiviti pelancongan domestik, perkhidmatan kedai gunting rambut dan salun kecantikan, yang dibenarkan dibuka bermula Rabu ini, selain operasi pasar malam, bazar, dan gerai pasar, mulai 15 Jun.
Ia merupakan satu khabar gembira, setelah hampir tiga bulan rakyat negara ini terpaksa menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), demi mengekang penuIaran w@bak C0VlD-19.
Terbukti kepatuhan dan disiplin tinggi ditunjukkan oleh rakyat, selain peng0rbanan petugas barisan hadapan tidak sia-sia, apabila jumlah k3s p0sitif jngkitan C0VlD-19 semalam hanya mencatatkan tujuh k3s sahaja, yang terendah direkodkan sejak 18 Mac lalu.
Kerisauan pelbagai pihak terhadap kemungkinan wujudnya ‘KIuster Aidilfitri’ akibat kunjung-mengunjung pada Hari Raya Pertama juga meleset sama sekali, kerana kerjasama yang diberikan orang ramai dalam mematuhi arahan oleh kerajaan sepanjang musim perayaan.
Ia juga bertepatan dengan ramalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Mei lalu, bahawa jangkitan dapat dikurangkan sekiranya pematuhan SOP dilakukan ketika musim perayaan.
Namun dalam kegembiraan menyambut kelonggaran yang diberikan serta k3s p0sitif C0VlD-19 yang semakin berkurang, pematuhan terhadap SOP perlu diteruskan dan tidak boleh dikompromi sama sekali, jika kita mahu rantaian jngkitan w@bak ini dapat diputuskan.
Memetik kata-kata Dr Noor Hisham semalam, Malaysia boleh memutuskan kadar jngkitan C0VlD-19 tanpa penggunaan v4ksin, sekiranya rakyat terus menunjukkan pematuhan tinggi terhadap SOP dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
Oleh itu, dalam keterujaan menyambut kelonggaran PKPP itu, teruskan komitmen dalam mematuhi SOP dan tingkatkan kawalan kendiri, kerana hanya dengan cara itu kita akan dapat membantu kerajaan menuju strategi keluar, sekali gus bebas daripada w@bak berkenaan.
Sumber: BERNAMA, OMM
PKPD Di Langat Murni Berbeza Dari Sebelum Ni. Pasang Kawad Berduri Sampai Kena Panggil Ahli Keluarga Yang Keluar Bekerja Untuk Lakukan Sesuatu
Sekeliling Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama di sini kini dipasang kawat duri. Penduduk di kawasan itu pula dikehendaki menjalani ujian saringan pengesanan COV19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Tinjauan mendapati pemasangan pagar kawat duri di kawasan itu dilaksanakan sejak malam tadi, manakala pergerakan keluar masuk ke kawasan berkenaan dikawal pasukan polis dan tentera. Anggota tentera mengawal laluan masuk di sekitar Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama yang dipasang kawat duri sejak semalam.
Penduduk yang juga kakitangan swasta, Muhammmad Noor Hidayat Kamruddin, 31, berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga ketika berada di tempat kerja. Menurutnya, beliau sepatutnya tamat berkerja jam 4 petang ini tetapi diminta keluarga untuk pulang menjalani ujian saringan COV19 hari ini dikendalikan KKM.
“Sebelum ini, saya memang tahu ada sekumpulan pekerja warga asing disahkan positif COV19 dan terkejut apabila dimaklumkan kawasan kediaman kami dipasang kawat duri dikawal tentera dan polis,” katanya kepada pemberita.
Kerajaan memperkenalkan dua kaedah bagi mengesan dan mengawal penularan COV19 di kawasan yang dikenal pasti, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) dan PKP secara pentadbiran. Pemasangan kawat duri di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama itu dipercayai susulan KKM mengesan satu kluster COV19 baharu,
membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, kluster itu membabitkan 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu hasil saringan dilakukan sebuah klinik swasta.
Katanya, 20 individu dikesan dijangkiti menginap di asrama di Kuala Langat, manakala empat lagi individu di pangsapuri di Nilai. Seorang lagi penduduk, Siti Halimah Hassim, 37, berkata dia mendapat tahu kawasan itu dikawal anggota keselamatan selepas dimaklumkan suaminya tengah malam tadi.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat duri di sekitar Pangsapuri Taman Langat Utama dan Pangsapuri Taman Langat Murni, hari ini. Pagi ini, katanya, dia bersama empat anak sepatutnya melakukan ujian saringan COV19,
namun disebabkan jumlah penduduk ramai yang datang, mereka terpaksa menunggu giliran petang. “Setakat ini, penduduk masih boleh keluar masuk dari kawasan ini sekiranya mempunyai surat kebenaran, namun selepas menjalani ujian saringan kami hanya dibenarkan tinggal di rumah,” katanya.
Kuala Langat yang hampir tiga minggu berada dalam zon hijau, kini diletakkan bawah zon kuning berikutan penambahan 20 kes baharu COV19, sekali gus menamatkan rekod zon hijau dipegang daerah itu sejak 8 Mei lalu.
Sumber : BHARIAN ONLINE via apampink
Post a Comment