Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, waktu operasi pasar-pasar ini juga turut telah ditetapkan mengikut SOP yang telah dipersetujui oleh pihak MKN dan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Segala pasar boleh beroperasi seperti biasa. Akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan tarikh dan syarat yang wajib dipatuhi jika nak buka pasar |
ARTIKEL MENARIK:Budak berusia 2 tahun yg tinggal di Langat Murni telah disahkan positif Covid 19. Tak sangka ini punca budak itu terkena Covid 19 selepas jalani ujian saringan
“Antara SOP yang telah pun kita sama-sama kita persetujui adalah jarak sosial di antara gerai ke gerai telah pun ditetapkan diantara 1.5 meter hingga 2 meter dan di lokasi terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk.
“Untuk keluar masuk, hanya menggunakan satu jalan masuk dan satu jalan keluar. makannya secara one way. Masuk daripada pintu masuk dan bila sampai dan bila sampai ke hujung tidak boleh berpusing-pusing. Mesti masuk sehala dan keluar. Suhu badan akan diperiksa di pintu masuk, hand sanitizer perlu digunakan,
digalakkan penggunaan topeng muka dan peniaga-peniaga yang menjual barang makanan dan sebagainya tidak boleh menyediakan meja dan tempat makan tetapi hanya boleh take away sahaja”, ujarnya. Beliau juga turut memaklumkan bahawa peniaga-peniaga yang akan memulakan perniagaan boleh merujuk SOP tersebut di website DBKL serta MKN untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tambahnya lagi, kebenaran membenarkan pasar-pasar ini beroperasi juga termaktub kepada pasar-pasar di seluruh negara. “Walaupun ianya merupakan SOP yang dikeluarkan oleh DBKL/Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi SOP ini adalah juga untuk kegunaan pasar malam, pasar pagi dan lain-lain di seluruh negara.
Bermakna mulai 15 Jun, kebenaran ini bukan setakat untuk pembukaan pasar malam, pasar pagi dan sebagainya di seluruh wilayah, tetapi kita membenarkan pembukaan pasar-pasar malam, pagi dan sebagainya di seluruh negara dengan SOP yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh DBKL tadi berdasarkan penyesuaian tertentu”, katanya.
Menurutnya lagi, semua peniaga dan pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera. Peniaga, pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera
Sumber: Bernama
Kes Positif Satu Digit. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Bila 4 Hari Berturut Kes Covid 19 Di Malaysia Mampu Bertahan Satu Digit
Menghitung detik tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 9 Jun ini, boleh dikatakan tidak lagi mendebarkan seperti pada awal perintah berkenaan diumumkan. Jika dibaca tren negara sekarang, bukan sahaja kes penularan COVID-19 dalam kalangan warganegara terus mencatatkan angka satu digit sejak empat hari lepas, malah aktiviti ekonomi dan harian rakyat semakin banyak dibenarkan kerajaan.
Walau masih belum pasti sama ada PKPB dilanjutkan atau tidak, namun ada sinar menampakkan usaha keras barisan hadapan dalam ‘meneentang’ menentang wabak ini, di samping disiplin rakyat Malaysia dalam mengamalkan norma baharu, membuahkan hasil.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hanya dua daripada 93 kes positif baharu dicatatkan membabitkan warga tempatan, manakala pada Selasa (lima dari 20 kes), Isnin (enam dari 38) dan Ahad (empat dari 57).
Malah, semalam juga adalah hari ke-12 berturut-turut tiada orang yang pergi buat selamanya dicatatkan. Ini membawa kepada pengumuman lebih banyak aktiviti ekonomi dan rakyat dibenarkan, sepertimana diumum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa kerajaan negeri.
Selain kebenaran pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan merentas negeri dan aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun, kerajaan juga membenarkan baki lebih 6,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi kembali.
Sabah turut membenarkan rakyat tempatan melancong ke negeri itu, selain Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah mula diedarkan walaupun tarikh pembukaan sekolah masih belum ditetapkan. Melaka pula membenarkan makan di premis tanpa hidangan bufet bermula Jumaat ini, diikuti Pulau Pinang yang memberi kebenaran untuk membuka semula semua taman rekreasi di negeri itu, pada Sabtu.
Walau sinar penghujung PKPB ini semakin terang, ia tetap bergantung kepada masyarakat untuk menentukan tarikh akhir perintah berkenaan. Mampukah kita bertahan dan terus menang?
Sumber: BERNAMA
Covid 19 Di Malaysia Berakhir. Mengejutkan Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Tarikh Yang Dijangka Covid 19 Bakal Berakhir Di Malaysia
PUTRAJAYA – Berdasarkan data perbandingan kes harian Covid-19 (ditolak kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti) berbanding unjuran pemodelan pada 21 Mei mendapati wabak Cov-19 akan berakhir pada 14 Julai depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan berlaku sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Unjuran kes harian penularan tempatan melibatkan rakyat negara ini adalah sejajar dengan pemodelan yang diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Menurutnya, unjuran tersebut menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil kerajaan selain pematuhan rakyat terhadap SOP. “KKM ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mencapai pencapaian ini bagi membendung penularan Cov-19,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat harus kekal waspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada peningkatan kes Cov19 dalam kalangan masyarakat setempat. “Hari ini merupakan hari ke-29 sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu dan kerajaan telah membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi secara terkawal dan berhati-hati dengan pelbagai SOP diperkenalkan,” katanya.
Sementara itu, berdasarkan data bilangan kes baharu, kes tertinggi direkodkan di Melaka dengan 13 kes membabitkan kes import. Selangor merekodkan 11 kes baharu termasuk tujuh kes import dan Kuala Lumpur juga mencatatkan 11 kes baharu dengan enam kes import.
Selain itu Negeri Sembilan merekodkan dua kes penularan tempatan manakala Sabah satu kes. Pada perkembangan sama, tiga kluster telah tamat di mana tiada lagi kes aktif direkodkan. Ia melibatkan Kluster Madrasah Ayer Merbau(41 kes), Kluster Kampung Baru (24 kes) dan Kluster Malayan Mansion (13 kes).
Sumber : Sinar Harian via apampink
Post a Comment