Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur selepas negara berjaya mengawal penularan COVlD-19 tanpa peningkatan mendadak kes positif, biarpun sektor ekonomi dibuka semula.
Rakyat Malaysia berjaya kawal virus Covid 19. Tak sangka tiba tiba PM bongkarkan sesuatu bila beliau pernah dikuarantin selama 2 minggu tampa berjumpa dgn sesiapa |
ARTIKEL MENARIK:Kelonggaran untuk orang bujang. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan Perdana Menteri akan umumkan sesuatu pada hari ahad esok
” Alhamdulillah, dengan langkah yang diambil oleh kerajaan dan disiplin anda semua, penularan COVlD-19 di negara kita dapat dibendung dengan lebih 80 peratus kes pulih sepenuhnya. ” Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di atas pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan.
” Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan aktiviti harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
” Sekiranya kita dapat terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan kes COVlD-19 kekal terkawal, saya yakin sektor-sektor yang masih dilarang pada masa ini akan dapat dibuka dengan lebih cepat” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung hari ini.
Berkongsi pengalamannya dikuarantin selama 14 hari kerana dikategorikan sebagai kontak rapat kes positif virus itu, Muhyiddin menjelaskan keputusan negatif diperolehnya adalah hasil amalan normal baharu terutama dalam jarakkan sosial.
Justeru, beliau menasihatkan supaya semua rakyat mengamalkan jarakkan sosial walau di mana berada kerana ia berupaya menjadi benteng terakhir daripada ancaman jngkitan virus terbabit.
Dua minggu PM dikuarantin
” Sejak dua minggu yang lalu, saya menjalani kuarantin di rumah kerana dikategorikan sebagai kontak rapat seorang pegawai kerajaan yang disahkan positif COVlD-19. Apa yang berlaku ini tidak dijangka tetapi inilah sifat virus yang sedang kita hadapi.
” Namun, Alhamdulillah keputusan saringan saya dan semua kontak rapat yang lain adalah negatif. ” Saya fikir antara sebabnya ialah jarakkan sosial yang sentiasa diamalkan dalam semua mesyuarat dan pertemuan yang saya hadir.
” Ini menunjukkan betapa pentingnya kita mengamalkan jarakkan sosial untuk mengelakkan diri kita daripada dijngkiti virus ini. ” Jadi, nasihat saya kepada saudara-saudari amalkanlah jarakkan sosial walau di mana sahaja saudara-saudari berada,” katanya.
Katanya, amalan normal baharu dapat dilihat apabila banyak premis memudahkan pelanggan dengan hanya mengimbas Kod QR tanpa lagi perlu mendaftar nama dan nombor telefon di dalam buku. Malah, rakyat sabar berbaris sebelum memasuki premis seperti di pasar raya dan kedai makan dengan mengamalkan jarakkan sosial.
Sumber limauais
Lanjut PKPB Lagi 2 Minggu. Akhirnya Pakar Sosial Profesor Tampil Bersuara Lantang Tentang Tamatkan PKPB Dan Tak Sangka Ini Yang Akan Diumumkan 9 Jun Nanti
ADAKAH kerajaan perlu melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun depan? Itu persoalan mungkin bermain di minda segenap lapisan masyarakat Malaysia yang mendapat impak langsung virus pandemik Covid-19.
Hakikat harus diakui bahawa majoriti penduduk sudah semakin dapat mengadaptasi sebahagian normal atau kelaziman baharu dalam kehidupan seharian. Contoh mudah, rata-rata kekok jika tidak menggunakan pelitup muka ketika keluar rumah untuk apa saja tujuan termasuk membeli barangan keperluan di pusat membeli-belah, makan di restoran, mendapatkan rawatan di hospital atau beriadah.
Tahun 2020 sudah memasuki bulan Jun dan jumlah pesakit direkodkan positif dijangkiti Covid-19 mencecah enam juta orang di seluruh dunia yang bermakna secara purata satu juta dijangkiti setiap bulan. Untuk rekod, di negara ini PKPB bermula 4 Mei lalu menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac.
PKPB memberikan kelonggaran beberapa sektor beroperasi semula bagi menggerakkan ekonomi negara. Sejauh mana keputusan tamat atau sambung PKPB memberikan implikasinya terhadap kehidupan dari aspek kesihatan, ekonomi dan sosial?
Pakar sosial Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sebagai masyarakat keutamaan adalah keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan secara keseluruhan. “Bagi saya tarikh tamat adalah relatif. Apa yang paling penting kepastian apabila kita tidak melanjutkan PKPB adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
“Sekiranya keadaan itu tidak dapat dipastikan secara komprehensif atau yakin maka adalah wajar untuk pihak kerajaan mempertimbangkan melanjutkan PKPB. “Kita sudah berada dalam landasan tepat, sekiranya kerajaan merasakan PKPB perlu dilanjutkan, dimohon masyarakat bersabar dan memahami rasional mengapa demikian,” katanya.
Mengenai kelaziman baharu, jelasnya, dalam konteks sosial apabila perkara baharu diperkenalkan memang akan mendapat bantahan pada mulanya. Tetapi apabila ia dibuat selalu dengan justifikasi mengapa dan kenapa dihuraikan berulang kali, dalam masa tertentu masyarakat akan menerima dan mengadaptasi perbuatan itu dan akhirnya ia menjadi satu perkara biasa.
Penganalisis ekonomi, Prof Dr Mohamad Hanapi Mohamad berpendapat Malaysia sudah boleh bersedia untuk menamatkan PKPB dengan kawalan kendiri. “Prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), patuhilah dengan kawalan kendiri yang tinggi.
“Aktiviti ekonomi perlu diteruskan dan dipacu dengan cara baharu. Contoh mudah, bagi yang pergi berkebun, buat bendang, ke laut, dusun tetapi cara jual beli hasil sudah tidak seperti dahulu. “Saya nampak positif ruang besar ekonomi dalam talian dan digital. Malah sejarah gergasi e-dagang China, Alibaba ia naik selepas epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sekitar 2002 hingga 2003,” katanya.
Mungkin Perlu Lanjut Dalam Tempoh 2 Minggu
Bagi pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang juga Pakar Virologi Prof Dr Sazaly Abu Bakar berpandangan PKPB mungkin perlu ditambah tempoh dua minggu lagi dengan banyak lagi sektor boleh dilonggarkan sekatan.
Ini katanya, untuk memastikan tiada lagi kelompok pembawa virus yang tersorok atau kes sporadik tidak diketahui punca tersebar dalam komuniti. Apa pun, pastinya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kira setiap sudut pandangan sebelum mengumumkan sebarang keputusan kolektif untuk menyambung atau menamatkan PKPB selepas 9 Jun ini.
Walaupun beliau dikuarantin 14 hari sejak 22 Mei lalu namun segala perkembangan terkini Covid-19 dilaporkan secara terperinci Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sumber Hmetro via apampink
Post a Comment