JAKARTA, 2 Jun – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27,549 dengan angka pemergian akibat jangkitan virus itu kini berjumlah 1,663 orang.
Mengejutkan Terkini Kes Covid 19 Di Indonesia Hampir Mececah 28 Ribu Kes Positif. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Di Sana. |
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan rupa rupanya Saintis China dah jumpa Vaksin untuk cegah Covid 19. Tak sangka Saintis China dedahkan ini tentang vaksin itu.
“Ketika ini juga, seramai 13,213 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah pemergian tertinggi iaitu 518 kes diikuti Jawa Timur (418 kes), Jawa Barat (151) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Sumber: Bernama
Terkini Dr Noor Hisham Bongkarkan Wabak Covid 19 Dijangka Akan Berakhir 14 Julai Di Malaysia Tapi Dengan Syarat. Rupanya Ini Syarat Yang Rakyat Perlu Patuhi.
PUTRAJAYA – Berdasarkan data perbandingan kes harian Covid-19 (ditolak kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti) berbanding unjuran pemodelan pada 21 Mei mendapati wabak Covid-19 akan berakhir pada 14 Julai depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan berlaku sekiranya rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Unjuran kes harian penularan tempatan melibatkan rakyat negara ini adalah sejajar dengan pemodelan yang diramal oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Menurutnya, unjuran tersebut menggambarkan impak positif tindakan yang telah diambil kerajaan selain pematuhan rakyat terhadap SOP. “KKM ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberi kerjasama kepada kerajaan untuk mencapai pencapaian ini bagi membendung penularan Covid-19,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat harus kekal waspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat setempat. “Hari ini merupakan hari ke-29 sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu dan kerajaan telah membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi secara terkawal dan berhati-hati dengan pelbagai SOP diperkenalkan,” katanya.
Sementara itu, berdasarkan data bilangan kes baharu, kes tertinggi direkodkan di Melaka dengan 13 kes membabitkan kes import. Selangor merekodkan 11 kes baharu termasuk tujuh kes import dan Kuala Lumpur juga mencatatkan 11 kes baharu dengan enam kes import.
Selain itu Negeri Sembilan merekodkan dua kes penularan tempatan manakala Sabah satu kes. Pada perkembangan sama, tiga kluster telah tamat di mana tiada lagi kes aktif direkodkan. Ia melibatkan Kluster Madrasah Ayer Merbau (41 kes), Kluster Kampung Baru (24 kes) dan Kluster Malayan Mansion (13 kes).
Sumber : Sinar Harian
Sebenarnya Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Sesuatu.
PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) — Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baharu COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas turut berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.
“…jadi dalam kita melihat (kes COVID-19 di Malaysia) kita ada permodelan, kita lihat modelling yang kita gunakan. Waktu sebelum PKP, kita lihat kita punya kebolehjangkitan, R0 itu ialah 3.55, bermakna seseorang itu boleh menjangkiti 3.55 orang, dan apabila kita laksanakan PKP, kita dapat kurangkan R0 sehingga 0.6 dan sekarang ini (semasa PKPB) kita punya R0 0.3.
“Bererti seseorang yang dijangkiti hanya boleh menjangkiti 0.3 orang, jadi ia semakin berkurang dan untuk melihat kepada kes-kes yang akan datang, model ini sedang berjalan dengan baik. Sekarang ini, kita di peringkat pemulihan yang terakhir,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama Bernama di sini.
R0 merujuk nilai kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes yang berlaku. Dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak, menurunkan nilai R0 kurang daripada angka 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau situasi semasa negara sepanjang PKPB yang dikuatkuasakan sehingga 9 Jun. “Sekiranya kes baharu boleh dicapai dalam satu angka untuk tempoh melebihi seminggu berkemungkinan sektor ekonomi akan dibuka 100 peratus, selain sektor sosial dan pendidikan,” katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan itu turut berkongsi data sejak 4 Mei lepas hingga 29 Mei, hampir sebulan PKPB dikuatkuasakan, yang menunjukkan hanya kira-kira 200 kes melibatkan rakyat Malaysia daripada 1,800 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia.
“Ini bermakna PKPB itu berjaya, PKP pun berjaya melandaikan lengkungan. Rakyat patuh kepada SOP, Kejayaan ini bukan sebab tanggungjawab atau dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan kerajaan, tetapi kejayaan ini kejayaan bersama dengan rakyat sebab rakyat Malaysia patuh kepada SOP,” katanya optimis.
Dr Noor Hisham berkata selain berdepan kenaikan kes mendadak melibatkan pendatang asing tanpa izin di Depoh Tahanan Imigresen, KKM juga menjangkakan kes rentas negeri semasa perayaan Aidilfitri. Namun, beliau berkata ia mungkin tidak akan tercetus pada kadar yang tinggi dan masih boleh dikawal sekiranya rakyat kekal patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
“…mungkin kita akan dapat peningkatan kes tapi tidak secara mendadak, jadi kalau rakyat patuh kepada SOP mungkin kita tak dapat gelombang ketiga, kita menunggu sekarang ini, raya dah lepas, mungkin dalam tempoh seminggu, dua minggu kita akan melihat kes (baharu) setiap hari. Kalau kes ini masih lagi rata iaitu dua angka dan juga satu angka, tempoh PKPB akan tamat pada 9 Jun. Kita akan lihat bagaimana keadaan kita nanti,” katanya.
Setakat semalam, tiada kes pemergian berkaitan COVID-19 direkodkan di Malaysia dalam tempoh tujuh hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas dengan jumlah kumulatif kes pemergian kekal pada 115 kes (1.49 peratus). Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga semalam adalah 7,732 kes.
Sumber: BERNAMA
Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Keputusan PKPB Akan Ditamatkan. Tak Sangka Ini Keputusan Yang Diberi Dr Noor Hisham.
PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) — Masih terlalu awal bagi Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan sama ada untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata adalah penting untuk KKM memantau situasi COVID-19 berikutan sejak dua minggu lepas jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 tidak banyak. “Dari 4 Mei hingga sekarang hanya terdapat kira-kira 222 rakyat Malaysia yang dijangkiti daripada 1,800 kes (COVID-19) dalam negara,” katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19 di KKM di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya adakah Malaysia sudah bersedia untuk menamatkan PKPB selepas 9 Jun. Beliau berkata jangkitan COVID-19 kini kebanyakannya membabitkan pekerja asing. “Melihat pada perkembangan dua hari lepas iaitu walaupun kes meningkat kepada 172 dan 187 kes tetapi jumlah yang melibatkan rakyat Malaysia adalah rendah iaitu pada dua angka.
“Mungkin rakyat Malaysia mengamalkan semua SOP (prosedur operasi standard) tetapi persoalannya adakah pekerja asing mengamalkan SOP. Jadi kami perlu mendidik pekerja asing mengenai SOP kerana soal kesihatan melibatkan warganegara dan bukan warganegara,” tegas Dr Noor Hisham.
Beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia mematuhi SOP, tidak akan berlaku peningkatan kes pasca-Hari Raya. “Jadi kita hanya akan tahu pada minggu depan atau minggu berikutnya,” katanya. Ditanya mengenai saringan dilakukan majikan (terhadap pekerja asing), Dr Noor Hisham berkata KKM sedang memantau perkara itu.
“KKM jangka indeks tinggi akan berlaku membabitkan pekerja asing. Dari 4 Mei hingga 29 Mei, KKM mendapati hampir 78 peratus kes positif COVID-19 di Malaysia membabitkan pekerja asing,” katanya. Dr Noor Hisham berkata KKM juga akan berusaha menyelesaikan isu penginapan pekerja asing.
“Saya fikir kami perlu menangani masalah itu, bukan sahaja (untuk) COVID-19 tetapi (untuk) tuberkulosis dan penyakit berjangkit yang lain juga. Jadi ini sesuatu yang kami perlu tangani secara serius dan bekerjasama dengan agensi dan kementerian berkaitan secara menyeluruh,” katanya.
SUMBER : BERNAMA
Tak Sangka Ini Berita Baik Yang Ditunggu Rakyat Malaysia Tentang PKPB Pada Jun Ini. Ini Yang Akan Dilaksanakan Pada Awal Bulan Jun Nanti.
Sebarang sekatan beberapa sektor seperti sektor pendidikan dan aktiviti sosial yang dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula dil0nggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes Cov1id-19 di negara kita kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian Covi1d-19 pada 28 Mei. Sebarang keputusan akan diberitahu pada minggu pertama Jun. “Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” jelasnya.
Namun, beliau juga meminta agar rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa agar wabak ini tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan kelak. Kes yang melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang oleh warga asing.
“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya. Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat.
Semoga orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta mematuhi arahan yang dikeluarkan amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVI1D-19 di negara ini.
Pelbagai perkara diperhalusi sebelum sekolah dibuka
Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wab4k COV1ID-19.
“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”
“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan melibatkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.
Semua perkara itu, katanya antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka. Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan w4bak COV1ID-19 di negara ini.
Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.
“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan… inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata perdana menteri.
Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa. “Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan … yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya,” katanya.
-Bernama
Sumber: APPLE HIJAU via Era Kini
Post a Comment