Lepas 4 tahun single akhirnya Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri orang. Tak sangka rupa rupanya suami dia bukan calang calang orang.

Lepas 4 tahun single akhirnya Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri orang. Tak sangka rupa rupanya suami dia bukan calang calang orang.

DENGAN sekali lafaz pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada pagi Ahad. Dira atau nama nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar, 36, melangsungkan pernikahan di Masjid Al Azim, Melaka kira-kira pukul 10.30 pagi.

Lepas 4 tahun single akhirnya Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri orang. Tak sangka rupa rupanya suami dia bukan calang calang orang.
Lepas 4 tahun single akhirnya Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri orang. Tak sangka rupa rupanya suami dia bukan calang calang orang.

Dalam majlis tersebut, Syfik, 46, menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dari pengantin perempuan. Dira menerima mas kahwin RM1,000 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan.

ARTIKEL MENARIK:Akui 5 Tahun Tak Boleh Lupakan Aiman Hakim. Tak Sangka Rupanya Sepanjang 5 Tahun Tu Ini Yang Terjadi Pada Fathia Latiff.


Pasangan ini berkenalan kira-kira setahun lalu sebelum mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka sebagai suami isteri. Pada tahun 2011, Dira pernah berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan berpisah pada tahun 2016. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.

Sebelum itu, Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada 2007 dan berpisah pada 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 12 tahun. Dira juga mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dira makin bahagia dengan kehadiran Waris

KUALA LUMPUR: Tiga tahun selepas kembali menjalani kehidupan tanpa suami, Dira Abu Zahar mengaku dirinya bertambah bahagia dengan kehadiran cinta baharu. Begitupun, usah lekas membuat tanggapan konon pelakon terbabit kini mempunyai kekasih, sebaliknya Dira berasakan dunianya lebih lengkap apabila mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa.

Mula menjaga si comel terbabit sejak empat bulan lalu, pelakon Kimchi Untuk Awak ini berkata, kehidupannya kini hampir berubah sepenuhnya. “Kehidupan saya sekarang semakin baik. Saya juga masih giat dalam dunia perniagaan dan penerbitan, di samping aktif melakukan kerja kemasyarakatan.

“Bukan setakat itu, hidup saya turut dirasakan semakin indah dengan kehadiran Waris. Sesibuk mana pun jadual kerja setiap hari, saya dan anak, Tengku Anggun Deandra, tidak boleh melepaskan peluang bermanja dengannya.

“Kami berdua amat bersyukur kerana akhirnya rumah kembali terisi dengan ‘lelaki’ yang sangat kacak dan paling baik,” kata Dira atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar, 34. Dengan kehadiran Waris juga, ujar Dira, anak perempuannya tidak lagi kesunyian.

“Sebelum ini, Anggun memang rasa terlalu sunyi kerana kebiasaannya saya lewat pulang ke rumah. Jadual kerja menuntut saya berada di luar hampir setiap hari. Hujung minggu pula biasanya dipenuhi dengan pelbagai program di kampung.

“Anggun juga kini dilihat semakin bertanggungjawab memainkan peranan sebagai kakak kepada adiknya itu. Menginjak usia 12 tahun, memang terserlah dirinya sebagai anak gadis yang kian membesar,” katanya. Dira yang dua kali berdepan episod keruntuhan rumah tangga berazam untuk membesarkan kedua-dua permata hatinya itu sebaik mungkin.

“Saya akan memastikan keperluan dan kehendak mereka dilayan sama rata. Insya-Allah, saya akan jadi ibu dan bapa terbaik untuk mereka. “Saya akan cuba mendidik dua anak saya ini dengan secukupnya dan memberikan kasih sayang tidak berbelah bagi buat Anggun serta Waris,” katanya.


Loading...
loading...


Dira ‘terbang’ ke Syria tunai impian

KUALA LUMPUR: Sudah lama menyimpan niat dan sudah tahu ‘jalan’, Dira Abu Zahar tidak bertangguh lagi merealisasikan impian menyertai misi kemanusiaan. Tengah malam tadi, Dira atau nama sebenarnya, Khaidirah Abu Zahar, 35, bersama 11 anggota sukarelawan Yayasan Afdlin Shauki, Yayasan Kubra dan Sadaqah Centre berangkat ke Syria bagi menghantar bantuan dalam misi musim sejuk.

Dira memberitahu, sebelum ini, dia tidak tahu prosedur untuk menyertai misi kemanusiaan sehinggalah menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang diutuskan Afdlin, baru-baru ini. “Penyertaan saya dalam misi ini adalah kebetulan. Saya terima mesej Afdlin yang memaklumkan mengenai pencarian dana untuk misi ini.

“Lantas saya ambil kesempatan untuk bertanya bagaimana jika saya mahu turut sama dalam misi dan membantu sekadar yang mampu. “Sudah lama saya teringin menyertai misi kemanusiaan tetapi tidak jumpa ‘jalan’. Bukan saya tidak mahu bantu rakyat Malaysia, tetapi saya ingin melihat kesengsaraan rakyat Syria yang sering menjadi tajuk berita sekarang,” katanya kepada BH Online.

Dira berkata, sumbangan sebanyak RM340,000 akan digunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti selimut, bakar bahan dan bakar untuk diagihkan. Barangan itu akan dibeli di Syria bagi memudahkan urusan logistik.

Kali pertama menyertai misi kemanusiaan di luar negara, Dira tidak menafikan dirinya gementar. “Sedikit rasa risau tentulah ada. Ini kerana kita bukan pergi bercuti atau bersuka ria. “Apatah lagi kami pergi ke tempat bergolak. Malah, ada rakan prihatin bertanya sama ada saya membuat keputusan betul. Apatah lagi, Iran sedang tegang.

“Insya-Allah, kami akan dijaga dengan baik dan menggunakan prosedur betul. Semoga segala-galanya dipermudahkan,” katanya. Dira berkata, misi itu turut disertai Afdlin dan beberapa anggota sukarelawan yang pernah beberapa kali berangkat ke Syria mengagih bantuan.

“Jadi saya yakin dengan pengalaman mereka,” katanya. Berikutan cuaca di Syria yang dilaporkan sangat sejuk, Dira sudah bersedia dengan bekalan ubat. Ditanya perasaan tinggalkan dua cahaya mata, Tengku Anggun Deandra, 13 dan Waris Iskandar Andiqa, 1 tahun, Dira mengaku risau. Namun, tambah Dira, anak sulungnya mendoakan dirinya selamat sepanjang berada di Syria.

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post