Kantoi tengah hangat bercinta dengan Nonny Nadirah. Akhirnya Niezam Zaidi tampil buat pengakuan dan bongkarkan tarikh nikah buat warganet terkedu.

Kantoi tengah hangat bercinta dengan Nonny Nadirah. Akhirnya Niezam Zaidi tampil buat pengakuan dan bongkarkan tarikh nikah buat warganet terkedu.

Pelakon Nonny Nadirah mengakui sedang rapat dengan pelakon Niezam Zaidi dan tidak menolak andai bertemu jodoh dengan aktor tersebut .Menurut Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, dia bersyukur apabila Niezam hadir dalam hidupnya kini.

Kantoi tengah hangat bercinta dengan Nonny Nadirah. Akhirnya Niezam Zaidi tampil buat pengakuan dan bongkarkan tarikh nikah buat warganet terkedu.
Kantoi tengah hangat bercinta dengan Nonny Nadirah. Akhirnya Niezam Zaidi tampil buat pengakuan dan bongkarkan tarikh nikah buat warganet terkedu.

“Jujur saya katakan kami tak pernah declare apa-apa lagi cuma apa yang boleh saya nyatakan, Niezam adalah seorang yang istimewa pada saya. “Saya dan Niezam bermula sebagai kawan pada tahun 2016 dan kini kami rapat balik sejak tahun lepas.

ARTIKEL MENARIK:Setelah sekian lama menyepi akhirnya Erra Fazira tampil buka mulut bongkarkan status hubungannya dengan Shahir. Tak sangka rupanya dalam diam ini status mereka.


“Pada dia, saya nampak kesungguhan untuk ke arah hubungan yang lebih serius, pandai menjaga hati, kelakar dan terima saya seadanya,” ujar Nonny ketika dihubungi Gempak. Malah, mereka berdua berkongsi jalan cerita yang hampir sama apabila Nonny berdepan keretakan rumah tangga dan perpisahan Niezam dengan kekasih lamanya. 

Tambah Nonny lagi, trauma yang dialaminya selepas berdepan episod lvka beberapa tahun lalu berjaya diubati dengan adanya Niezam yang banyak memberikan sokongan. “Niezamlah orang yang menarik saya agar kembali aktif dalam industri seni. Dia juga sentiasa ada bila saya memerlukan 

“Alhamdulillah kini saya sudah sembuh berkat daripada doa dan bantuan keluarga serta sahabat handai.“Saya serahkan diri dan perasaan saya pada Allah, cari Dia waktu senang, susah dan saya percaya Dia juga yang mahu temukan saya dengan yang lebih baik,” jelas Nonny sebagai penutup. 

“InsyaAllah, Nak Kahwin Tahun Ini,” – Niezam Zaidi Ulas Perkembangan Hubungan Dengan Nonny Nadhirah

Pelakon Niezam Zaidi mengakui ada merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah sebelum hujung tahun ini. Bercakap menerusi Harian Metro, bintang tinggi lampai berusia 28 tahun itu sudah memikirkan perkara tersebut, namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terlibat dengan komitmen penggambaran drama.

Pada masa sama, Niezam juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama. “Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan. Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Lvka Di Hati Diya sehingga Ogos depan.

“Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan. “Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi

“Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja. Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya seperti yang dipetik. Bintang filem Sangkat dan M4M4 ini sebagai dipetik turut menjelaskan, dia merancang mahu berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu.

“Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja. “Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran wanita berusia 30 tahun ini sebagai kiriman dari Allah, begitu juga sebaliknya. “Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan.

“Selepas Nonny berpisah barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka. Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat. “Status Nonny yang pernah berkahwin dan berpisah bukan halangan untuk saya berkawan dengannya. Dia seorang yang baik. Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang.

“Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia. Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya lagi.

Nonny yang juga ekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain Adnan pada Mac 2018. Bagaimanapun keduanya mengambil keputusan untuk berpisah sekitar tahun 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak, Media Hiburan


Loading...
loading...


Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Nonny Nadhirah Bongkarkan Kisah Peribadi Yang Ramai Tak Tahu. Tak Sangka Rupanya Lepas Berpisah Dengan Bekas Suami Ini Yang Terjadi Pada Nonny.

Dalam satu entri di Instagramnya, penyanyi dan pelakon yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia berkongsi satu video dan cerita di sebaliknya. Menurut Nonny, video tersebut adalah ketika dia membuat persembahan pada sebelah pagi, sehari selepas dia dilepaskan.

“Aku masih ingat time nie dgn x tido langsung, layan nangis pastu pagi2 dah kena perform. Penat sangat. Semua org xtau apa yg dah jadi ngn life aku masa tu. Aku cuma bgtau, aku rindu mak aku. Aku simpan sorang. Orang pelik kenapa aku jadi mcm tu, aku cover sehabis baik.

Tapi bila kita ada internal problem yg sgt besar dan melibatkan muka kita on screen tambah pula kena hadap sorang2 kat kehel nie. Allahu.. mmg x boleh coverlah! Pagi kena perform, petang semalam baru kena lafaz! Korang rasa? Aku simpan lama. Aku pendam semua benda.

Sbb kes aku complicated sikit. Tujuan aku share video nie utk kaum2 hawa diluar sana yg dikasari & tertindas. Ramai yg DM minta advice dari aku, yg pisah xde anak yg pisah ada anak problem dgn nafkah dan dgn masalah2 yg lain, semua rata2 bertanya mcm mana aku boleh jadi kuat.

Gais aku x layak nak bg korg advice sbb aku pun failed!! Aku pun sama je mcm korg, aku x kuat. Tapi apa yg aku boleh share jika berlakunya lafaz di luar mahkamah jgnlah ditangguh, kena cepat2 rujuk di pejabat agama 0 yg berdekatan. Kalau pasangan x membantu, pergi! buat sendiri.

Pasal nafkah, byk yg korg boleh tuntut lagi2 melibatkan anak! Nanti sy share dekat next entri okay. Itu info hasil dari bual bicara dekat Al-hijrah yg sy pernah join sblm nie. xtau nak bercerita dgn siapa plus korang malu bincanglah dulu dgn keluarga yg paling afdal dgn kedua ibubapa kita dan yg paling penting kalau nak share dgn kawan, carilah sahabat yg betul2 kita boleh percaya dan yg byk mengajak kita ke jalan Allah.

Jangan buat keputusan terburu2. Jgn jadi mcm sy. Sblm nie, sy terlampau ikutkan perasaan mcm org xde iman. Alhamdulillah Allah masih syg sy. Dia hantar hamba Dia utk monitor sy dan alhamdulillah sy terpelihara sampai skrg. Hasil berkat dari doa dan pertolongan mereka semua.

“Jika kamu mempunyai sahabat yang menolong kamu dalam taat kepada Allah, maka genggam dia, jangan lepaskan. Kerana mendapatkan sahabat yang balk adalah perkara yang sukar, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah” (Imam Shafi ‘ i) Bila mana kita betul2 buntu tak ada jalan penyelesaian jgn malu utk bercerita dgn Allah.

Allah maha mendengar maha mengasihani. Tak reti solat, yg penting niat. X reti doa mula dgn al-fatihah. Allah maha mengetahui. Segala persoalan, segala kemusykilan akan terungkai satu persatu dgn izin Allah. Tak perlu dicari tak perlu dikejar.

Jika mmg kesalahan itu dtgnya dari diri sendiri, kamu pasti akan rasa penyesalan tersebut. Jika kesalahan itu dtgnya dari pasangan kamu, Allah pasti akan tunjukkan. Allah maha adil. Sentiasa bersangka balk dgn Allah. Korg nak selesai masalah dgn cara x betul,maka ianya jadi x betul.

Tapi jika kamu pilih ke jalan Allah.. Allahuakhbar.. kamu sendiri akan merasa kemanisan didalamnya.  Orang yg tenang selalu menang. Orang yg sabar ganjarannya Syurga Allah. “Don’t simply judge! Apa yang saya belajar tentang Islam adalah Islam itu indah & mudah.

Tapi bukan bermakna kita boleh ambil mudah. “Cantik tak saya freehair? Saya boleh pilih untuk sentiasa kelihatan cantik di mata manusia, encolok mata, jadi macam penyanyi kpop, makeup 24 jam, ya saya pernah berada di situ,” tulis Nonny.

Tambah Nonny, apa yang dimiliki adalah milik Allah, lalu kenapa kita perlu igkar perintahnya. Ada sebab kenapa Allah perintahkan supaya menutup aurat. “Dikira saya pilih jalan untuk kembali ke fitrah masa nama meningkat naik, tapi saya tak pernah menyesal.

“Sebab saya takut dengan Allah. Cantik macam mana pun ini semua mainan dunia, makin hari kita makin tua. Entah sempat atau tidak untuk bertaubat. “Sekarang saya dah jadi mokcik2 tapi saya gembira! Inilah ketenangan yang saya cari selama nie. Hidayah itu mahal. Paksa & latih diri untuk berubah ke arah yg lebih baik, tulis Nonny panjang lebar.

Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah Maha Mengetahui. “Lepas balik dari umrah saya diuji dengan terbolak-baliknya hati ini. Sebab tu kita dipesan jangan tinggal solat dan hari demi hari saya bagi masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, bukan disebabkan makhluk tapi kerana Lillahi Ta’ala.

“Janganlah dikeji atau dikrittik selepas ini jika masih ada kekurangan dari diri saya. Kita semua manusia biasa. Tidak lari dari melakukan kesilapan,” tulis Nonny. Menurut Nonny, tidak menjadi masalah untuk menegurnya tapi biarlah dengan cara dan adab yang betul.

“Perlahan-lahan, tapi pasti, dengan izin Allah saya akan ke arah lebih baik. “Jangan hanya suruh saya, tapi tunjukkan pada saya. Anda lebih baik daripada saya,” tulis Nonny. Nonny pernah berkahwin pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen, namun perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post