Kakak ipar suruh bawak dia pergi kedai emas pilih gelang besar. Tergamam dia paksa isteri bayar cash time tu jugak untuk dia. Tak sangka ini tindakan mengejut isterinya

Kakak ipar suruh bawak dia pergi kedai emas pilih gelang besar. Tergamam dia paksa isteri bayar cash time tu jugak untuk dia. Tak sangka ini tindakan mengejut isterinya

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali terima kasih kerana siarkan cerita panjang yang aku tulis di page.

Kakak ipar suruh bawak dia pergi kedai emas pilih gelang besar. Tergamam dia paksa isteri bayar cash time tu jugak untuk dia. Tak sangka ini tindakan mengejut isterinya
Kakak ipar suruh bawak dia pergi kedai emas pilih gelang besar. Tergamam dia paksa isteri bayar cash time tu jugak untuk dia. Tak sangka ini tindakan mengejut isterinya

Aku tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, aku terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan aku, semasa aku tulis ceritn itu hari itu, tersedu-sedu aku menaip sebab tidak pernah aku meluahkan.

ARTIKEL MENARIK:Sanggup isteri buat macam ni. Bersungguh lelaki ini cari duit hantaran sampai 30 ribu bila hari nikah tiba tiba isteri bisik sesuatu buat suami tergamam. Tak sangka lepas 2 bulan kahwin terus pergi ke mahkamah syariah untuk ini.


Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan aku kuat. Ramai juga yang mendoakan aku supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin aku belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last kejadian di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu aku cuba lupakan dulu.

Namun, tidak mudah sebenarnya untuk aku kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada.

Aku sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga aku tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga aku lihat komen mengatakan aku kurang cerdik sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat aku, anda akan tahu mengapa aku buat keputusan tersebut.

aku tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf aku, aku tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, aku gagal bersabar. Bekas suami masih contact aku, dan pujuk aku.

Selalu juga dia tunggu di tempat aku kerja dan memujuk aku dan berjanji akan bawa aku duduk jauh dari keluarganya, namun aku tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Aku cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik.

Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha. Aku keras hati? Ya, aku tak nafikan. Mungkin sebab dah lama aku berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Aku bukan tak tahu, apabila aku sedar aku ni dipergunakan, aku selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri.

Aku akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata aku suka mengungkit, maaf ini aku sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun aku di rumah itu, aku tidak pernah mengungkit di hadapan mereka.

Suami ada ajak aku berbincang dan aku tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, “saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu.”

Aku cuma mengungkit pada hari aku ditampar mertua dan dikenakan oleh kakak ipar, ya aku mengungkit hanya pada hari itu kerana aku dah tidak tahan. Aku tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan lepas ini memang la sedih tanpa suami namun aku akan kuat.


Loading...
loading...


Aku berbuka dengan ibu aku pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, aku akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap.

Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak aku teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, aku bawak kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta aku bayarkan.

Terkejut, aku terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta aku. Lama juga kami tidak bertegur sapa.

Tapi tidak apalah, aku tetap halalkan semua, aku hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar aku ada limit. Pada yang kata aku berkira, ya mungkin betul. Sebab aku yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Aku bukan malaikat.

Selepas aku mulakan hidup baru, aku semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini aku hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam aku bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa aku meminta perpisahan daripada suami. Aku harap sangat aku diampunkan.

Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan aku pergi buat selamanya dengan cepat dan memaki hamun namun aku tidak reply kerana apa yang penting aku nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar aku yang masih belajar juga ada yang telefon aku,

pada mulanya aku fikirkan mereka betul-betul rindukan aku dan mahu aku dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata “kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit.”

Hati aku perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap “ko jangan nak lepas tangan, perempuan tak guna! Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko”. Aku screenshot dan aku hantar pada bekas suami, dan cakap

“Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah!” Selepas itu, aku putuskan semua contact dengan bekas suami, aku tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang aku tahu bekas suami masih tunggu aku di tempat kerja aku, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan aku dari jauh.

Mungkin. Akhir kata, aku maafkan semua perkara, aku hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Aku cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan aku, namun lebih teruk. Sekurangnya aku masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, aku masih ada keluarga aku.

Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu aku selalu pesan pada adik perempuan aku , belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami.

Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Kredit: apampink

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post