Isteri selalu makan hati gara gara mertua selalu cakap isteri hasut suami. Rupanya bila dah 5 tahun kahwin ini perangai sebenar mak mertua.

Isteri selalu makan hati gara gara mertua selalu cakap isteri hasut suami. Rupanya bila dah 5 tahun kahwin ini perangai sebenar mak mertua.

Saya tidak tahu macam mana mahu bersabar dengan mak mentua ini. 5 tahun sudah berkahwin, selalu brbalah dengan suami berpunca dari keluarga mentua.

Isteri selalu makan hati gara gara mertua selalu cakap isteri hasut suami. Rupanya bila dah 5 tahun kahwin ini perangai sebenar mak mertua.
Isteri selalu makan hati gara gara mertua selalu cakap isteri hasut suami. Rupanya bila dah 5 tahun kahwin ini perangai sebenar mak mertua.

Tolanglah ibu bapa/ipar/biras/ adik beradik bila mana salah seorang ahli keluargmu sudah berumahtangga, tolonglah jangan masuk campur, menyibuk dan mengata lebih kurang.

ARTIKEL MENARIK:20 Tahun Tidak Bercakap Dengan Isteri. Anak Anak Usaha Selesaikan Masalah Mereka Dan Akhirnya Punca Sebenar Terbongkar


Kenapa tidak diberikan galakan dan sokongan untuk mereka bina sebuah masjid yang bahagia dan aman. Kenapa perlu iri hati dan berdengki antara satu sama lain. Lebih dahsyat bila mak mertua masuk campur, bila tidak balik kampung , dikatanya si isteri yang tidak mahu balik.

Isteri menghalang dan lebih teruk setiap hari telefon disuruhnya balik, smpai menagih simpati anak dengan ayat, “kenapa taknak balik kampung, mak ada buat salah dengan isteri kamu ke, isteri kamu benci mak ke?” Ya Allah, padahal baru bulan lepas balik. Dituduhnya si isteri yang menghasut tidak balik.

Sepanjang perkahwinan kami,setiap 2 bulan kami akan pulang ke kampung jenguk mak mertua. Dan bulan berikutnya family sebelah aku supaya adil, so tiap tiap bulan kami akan pulang ke kampung. Aku tak kisah kalau dia nak tuduh aku tidak mahu balik ke yang penting jangan la sampai menghasut adik ipar duai mengatakan aku ni jenis queen control tak benar kan suami pulang ke kampung. Aku sabar….

Dulu pernah terjadi satu kes dimana saya tegur abang suami, abang ipar yang selalu meminta duit daripada suami, dalam sebulan boleh dikatakan setiap minggu telefon suami minta duit. Dah tahu nak pindah rumah dan perlukan duit deposit rumah, kenapa tidak menyimpan siap-siap, minggu depan mahu pindah setelah didesak oleh isteri abang ipar untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa dan terus menelefon suami saya mintak RM3,000. Aku sabar…

Suami merahsiakan perkara ini dari saya. Semua ini saya tahu lepas saya kemas rumah dan terjumpa diari suami yang mencatat hutang abang-abangnya hampir RM60k. Diakui gaji suami lebih tinggi, tapi suami sudah berkahwin dan banyak tanggungjawab.

Saya bukan kedekut dan nak mengawal duit suami tapi kenapa suami saja yang diminta, mereka ada 6 adik beradik, semua dikatakn kerja stabil dan boleh sangat kalau diminta tolong. Yang saya sedih suami saya cukup berjimat, sampai baju pun dibeli di bundle, keperluan saya dan anak dicukupkn tapi keperluan dia, diendahkan. Saya sedih sangat. Aku sabar…

Saya boleh tegur abang ipar itu sebab saya pelik, selalunya bulan-bulan suami akan ada lebihan gaji, namun sejak dua tiga bulan ini , gaji suami tidak pernah cukup. Sampai suami suruh saya dahulukan duit biasiswa (saya masih belajar) untuk membeli susu anak.

Bila saya paksa suami, barulah suami cerita abang dia yang minta pinjam duit untuk bayar duit muka sewa rumah baru. Suami enggan beri, tapi dipaksa oleh ibu mertua. Dalam masalah saya ni, banyak campur tangan mak mertua. Ada suatu hari family gathering, abang ipar cerita kereta dia mahu kena tarik, tetiba mertua cakap dengan lantangnya.
Loading...
loading...


“Hah, Abu (suami saya) tolon lah bayar duit kereta abang kau tu, kesian abang” Abang ipar bukan tidak bekerja, tapi jenis tidak tahu menyimpan duit. Bila saya suarakan ketidak puasan hati saya tentang hal ini, mak mertua cop saya menantu jhat. Menantu yg menghabiskn duit anak dia sb saya xkerja. Ya Allah sebak saya rasa.

Bukan saya nak mengata mak mertua saya, cuma saya dah xtahan. Depan saya dia berlakon baik sgt, depan suami baik sgt layan saya, bila jauh dimengatanya saya mcm2. Kebaikn sya dia langsung xnampak (kalau balik kg, saya akn beli mcm2, masak, mengemas tapi saya tgk biras saya yg lain kalau balik melenggang ja, xtolong pun masak bagai, lebih duduk melepak sembang) , saya bukan nak mengungkit tapi saya terkilan.

Saya cukup dah xtahan dgn mak mertua mcm ni. Ksian suami bila gduh mesti sya ungkit perihal mak & keluarga dia. Saya tahu dia tersepit, tapi dah 5 tahun berkahwin, saya dah tahan mcm mni. Dengan ipar & biras dengki iri hati dgn kehidupan kami, dengan mertua perngai talam dua muka. Saya betul2 hilang sabar.

 via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post