Saja aku kongsikan kisah ini kerana baru-baru ni apabila PM menyatakan kita mungkin tidak akan beraya, secara spontan isteriku memberikan respond, ‘Ayang ok je kalau tak raya, kalau raya pun selalu penuh drama je’. Aku sebenarnya terkedu dengan apa yang diperkatakan oleh isteriku.
Bini mengadu kat suami yang keluarga suami selalu cakap dia bukan bukan tapi suami buat tak tahu je. Tiba tiba satu hari suami ternampak mak dia tengah buat sesuatu kat bini dia. |
ARTIKEL MENARIK:Isteri Selalu Makan Hati Dengan Mertua Gara Gara Apa Yang Isteri Buat Semua Salah Di Mata Mertua. Tak Sangka Apa Yang Isteri Balas Pada Suami Memang Mengejutkan.
Tiada halangan dari ibu mahupun keluarga. Kini usia perkahwinan sudah pun 12 tahun dan kami masih belum punya cahaya mata. Untuk pengetahuan pembaca, isteriku adalah ‘lebih’ dari semua segi berbanding aku. Baik pendidikan, kerjaya mahupun pendapatan.
Untuk menjelaskan part ni, gaji isteriku adalah lebih 4 kali dari gaji aku. Diawal perkahwinan, aku nampak semua effort yang dilalukan oleh isteriku untuk mengambil hati ibu dan adik-beradik. Kalau ada birthday sesiapa dia selalu belikan kek.
Untuk ibu pula selalu dia selalu menghantar kiriman barang secara online. Kami tinggal berasingan dengan keluarga. Isteriku ini rajin orangnya, dari perihal menjaga rumah, masak dan even menjaga aku. Perfect. Tidak ada yang kurang.
Malah setiap kali selepas solat dan sebelum tidur, pasti dia akan memohon maaf walaupun aku tak pasti apa dosanya. Cuma, 4-5 tahun kebelakang ini banyak benda tak kena. Setiap kali balik kerumah ibuku, ada je luahan rasa terhadap ibu mahupun adik-beradik yang lain.
Namun respond aku biasalah ‘Abang tak nampak pun’. Memang aku tak nampak dan tak pernah dengar apa-apa. Isteriku kata semuanya berlaku bila aku keluar ke kedai atau berjumpa kawan-kawan. Dari sejak hari aku tidak mengendahkan cerita isteriku itu, dia ‘jarang’ sangat mengadu.
Aku kira semuanya dah selesai. Sehinggalah suatu hari, aku keluar nak berjumpa kawan. Tapi aku tertinggal wallet. Aku patah balik, aku dengar ibu sedang marah isteriku. Tinggi suaranya. Aku terkejut. Betullah seperti apa yang isteriku adukan. Sejak dari hari itu, aku mula membuka mata dan memasang telinga.
Ye semua benda tak kena. Kakakku bila bercakap selalu perli isteriku. Terutamanya soal anak. Sedih sangat aku rasa. Ibu pula pernah bertanya kepada isteriku kain baju raya beli di mana. Bila isteri aku bercerita dimana tempat dia beli, ibukan akan jawab ‘yelah ibu tak mampu’.
Aku jadi pelik. Ibu yang tanya, kemudian jawapan itu di twist seolah isteriku nak tunjuk lagak. Ni aku dengar sendiri ketika isteri sedang menolong ibu masak di dapur. Kalau raya memang penuh drama, ibu tak suka aku balik beraya dirumah mertuaku.
Kalau tiba giliran disana, ibu mesti call aku minta aku balik cepat dengan pelbagai alasan. Kalau gilirannya di rumah ibu, memang susah ibu nak lepaskan kami balik kesebelah sana. Malah semua masakan isteriku menjadi salah. Ada sahaja terlebih dan terkurang.
Actually bila aku makan, taklah seperti yang mereka perkatakan. Sekarang ni aku cuma mampu melarang isteriku masak di rumah ibu. Aku dah tak sanggup nak dengar kata-kata mereka. Apa ibu nak semua aku dah cuba penuhi. Ibu aku rajin melancong, aku sponsor. Ibu nak beli pekakas elektrik aku belikan.
Kadang-kadang, ada bahagian yang isteriku tambah duit. Ibu tak boleh nampak sesuatu yang baru dalam rumah aku. Pasti ibu akan lahirkan keinginannya. Korang tahu apa respond isteriku bila tiap kali ibu meminta itu dan ini. Dia akan cakap ‘abang belikanlah ibu barang tu.
Kalau tak sekarang bila lagi. Ibu dah tua, abang kena gembirakan hati ibu. Abang tak cukup duit abg cakap, ayang tambahkan’. Aduh berkaca mata aku masa aku menulis ni. Baikkan isteri aku. Malam tadi aku confess dengan isteriku.
Kebetulan aku baru sahaja menghadiakan rantai emas buat ibuku sebelum PKP. Untuk pengetahuan semua, seperti biasa isteriku chip in. Aku mulakan perbualan dengan bertanya tentang cukupkah nafkah yang aku bagi. Isteriku jawab ‘Cukup sangat Abang, abang dah bagi lebih dari sepatutnya. Duit tu Ayang simpan dalam tabung haji’.
Aku cakap, aku jarang belikan isteriku dengan benda-benda yang mewah-mewah dan kebanyakan benda semua dibeli duitnya sendiri. Dan jawapannya ‘Abang, nafkah abang terhadap Ayang yang wajib dah abang tunaikan. Tak ada kurang pun.
Bila abang dah mampu nanti abang belikanlah. Buat masa ni Insyaallah semuanya cukup. Lagi pun ada juga benda yang Ayang nak, Abang dah belikan. Benda-benda tu cuma hadiah je kan, bukannya wajib’. Aku menangis depan isteriku.
Bagaimanalah mak dia mendidik isteriku sehingga sebegitu baik dia bertolak ansur. Dan Aku teruskan bertanya pada isteriku, kenapa dia masih baik dengan ibuku sedangkan banyak benda yang telah ibuku buat. Sambil senyum isteriku kata ‘Kerana dia ibu abang, kalau dia ibu jiran sebelah dah lama Ayang maki dia’. Sambil isteriku gelak dan buat lawak.
‘Ayang perlukan doa ibu abang. Redha ibu pada abang, adalah kebahagiaan kita. Abang berbaktilah kepada ibu abang. Ayang pun tak tau apa salah Ayang pada keluarga abang. Kitakan manusia biasa. Mesti ada silap. Sebenarnya Ayang takut mana tau Ayang pernah tersilap terbawa-bawa sikap seorang boss ketika bersama adik beradik abang yang buat mereka rasa annoyed.
Abang pun tau memegang jawatan besar ni menjadikan Ayang sangat tegas. Namun Ayang dah cuba kawal sikap tu bila berada di luar office. Ayang pun tak boleh paksa semua orang suka pada Ayang. Ayang dah tak mampu buat baik dengan keluarga abang. Tapi Ayang tak boleh biar abang derhaka pada ibu abang.
Yelah mana kita tau kan, mungkin ada salah Ayang kot. Yang penting Ayang tau, Ayang dah jaga abang dengan baik.’ Dan senyuman isteriku masih terukir. Allahu. Isteriku mencari salah sendiri. Aku tak pasti adakah isteriku tidak mahu berkongsi dengan aku perasaannya kerana dia sudah tawar hati, atau kerana 12 tahun ini dah cukup mematangkannya.
Namun setiap bait ucapannya memang menyentuh hati. Buat suami-suami di luar sana. Jika ada isteri-isteri terkurung dalam bilik bila di rumah ibu kita, mula jadi pendiam bila bersama keluarga kita, mula luahkan rasa, mula jadi tak kena, kita perlu membuka mata, memasang telinga.
Keluarga kita adalah daging kita tapi mereka juga ‘manusia biasa’. Buat isteriku (dia suka baca IIUM confession juga), ketahuilah, abang faham perasaan ayang, abang sangat tersepit dan bertul-betul rasa bersalah. Terima kasih kerana menjadikan abang suami yang hebat dan anak yang soleh.
Abang akan selalu doakan Ayang mendapat syurga Firdausi seperti yang Ayang idam-idamkan. Dan aku mohon kepada pembaca sekalian, doakan aku kuat menghadapi ibuku, tidak derhaka padanya, dan moga Allah kekalkan hati isteriku untuk terus menyangi aku kerana aku ingin sekali kesyurga bersamanya.
– Aku yang menyintaimu (Bukan nama sebenar)
Sumber : iiumc via apampink
Post a Comment