Nama youtuber Sugu Pavithra sedang melonjak naik ketika ini. Berkongsi video-video masakan santai tanpa suntingan profesional, tempoh PKP menjadi permulaan transformasi dapur rumah mereka sebagai sumber pendapatan.
Bila dah famous saudara dan kawan yang lama menghilang tiba tiba cari balik. Tak sangka ini respon mengejut dari Pavithra buat warganet terkedu. |
ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan 29 Tahun Tak Pernah Usik Duit Gaji. Tak Sangka Tun M Dedahkan Yg Sejak Dulu Lagi Dia Tk Guna Duit Gajinya. Rupa Rupanya Ini Punca Dia Simpan Semua Gajinya. Pengetahuan
Pendidikan terhenti di tingkatan 2
Lebih tiga tahun Sugu menyara keluarganya dengan membanting tulang di estet. Pendidikan pula terhenti setakat di tingkatan 2. Banyak pekerjaan pernah dibuat termasuk sebagai tukang cuci di Singapura. Bapa kepada dua anak lelaki itu kini membantu merakam video aksi isterinya memasak. Ditanya
perancangan akan datang selain perkongsian video di YouTube, Sugu realistik untuk menumpukan sepenuhnya terhadap YouTube. Perniagaan berasaskan makanan juga menjadi pertimbangan terdekat. “Kami belum berminat untuk keluar TV. Bukan sombong tapi selesa dengan cara begini,”tegas Sugu.
Utama privasi
Isu penetapan harga sehingga RM10,000 untuk muncul di program TV yang tular baru-baru ini menjadi perbualan hngat warganet. Majoriti menyebelahi pendirian pasangan suami isteri ini. Mereka akui populariti yang diraih sekarang perlu dimanfaatkan sehabis baik. Bagaimanapun ada had yang enggan dilangkaui, terutama Sugu.
Sebagai ketua keluarga, Sugu mahu melindungi privasi famili. Liputan media berlebihan kurang disenangi meskipun kebanyakan tawaran yang datang bukan calang-calang. Program-program TV berlumba-lumba mahu menjemput mereka. Ia ditolak baik Sugu yang lebih mengutamakan kesederhanaan berbanding glamor.
Pendirian Sugu ketara selepas beberapa jam sesi fotografi dan temu bual Pepatung bersama mereka selesai. Foto di sebalik tabir yang dimuatnaik jurusolek dan penata gaya di laman Instagram peribadi masing-masing ditularkan warganet dalam tempoh yang singkat.
Belum pun menjelang petang, Sugu dihujani panggilan telefon daripada wartawan yang inginkan kepastian berhubung transformasi Pavithra yang ditatarias anggun. Semestinya situasi tersebut mersahkan Sugu yang tidak selesa dihubungi media tanpa henti.
Banyak Terima Panggilan
Seorang lelaki yang berhenti kerja di ladang kelapa sawit, telefonnya kini menerima panggilan tidak dikenali saban hari. Sugu layak untuk paniik dan berasa kurang senang. Penerimaan dan kefahaman terhadap perhatian mega masyarakat terhadap dia dan isteri masih belum dicerna secara total. Sugu ada sebab tersendiri untuk melindungi pivasi Pavithra. Seorang suami yang hanya mahukan keselamatan isteri terjamin. Sebagai orang luar, memadai untuk kita mengagumi semangat mereka di layar YouTube.
Tak kisah kalau esok lusa tak lagi popular
Boleh dilihat ketegasan Sugu dalam mengatur jadual mereka. Pavithra memberitahu pemikiran, penerimaan dan pemahaman mereka berbeza. Pavithra lebih terbuka dengan pelawaan daripada stesen-stesen TV dan liputan media. Dia faham semua itu dapat memberi manfaat kepada kerja mereka sekarang.
“Saya tak ada masaIah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi saya ikut sahaja yang terbaik. Kami pun masih baru dalam bidang ini. Banyak lagi perlu belajar,” lembut Pavithra menutur kata.
“Dulu kita mlskin dan orang anggap kita akan selama-lamanya hidup susah. Bila senang sedikit, ada juga orang tak suka. Sindlran seperti sekarang lupa dirilah dan tak sabar tengok kejtuhan kami pun ada. “Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematahkan semangat,” luah Pavithra.
Terima kritikan
Pavithra juga mendedahkan sejak menjadi tumpuan masyarakat, dia menerima panggilan daripada saudara-mara dan rakan-rakan yang telah menghiIang sejak bertahun-tahun. Semua disambut baik Pavithra tanpa prasangka.
Anak kedua daripada lima adik-beradik itu turut menyatakan keterujaan setiap kali membaca komen-komen membina di video-video YouTube-nya. Komen-komen yang mengkritik dan ksar juga diterima dengan hati terbuka.
Di awal pembabitan sebagai YouTuber, Pavithra mengakui terkesan dengan komen-komen negatif warganet. Terngiang-ngiang sehingga terbawa-bawa dalam tidur. Susah untuk melelapkan mata dan tidak dapat menerima kata-kata kesat yang ditinggalkan segelintir individu.
Cabaran sebegitu menguatkan tekad Pavithra untuk menghasilkan video-video yang lebih baik. Hampir setiap hari Pavithra dan suami akan menyediakan sekurang-kurangnya satu video. Idea resipi kebiasaannya berdasarkan perkongsian dengan ibu mentua dan daripada video-video YouTuber lain.
Keunikan video Pavithra adalah apa yang dimasak dan ditunjukkan kepada penonton adalah percubaan kali pertama. Setakat ini semua masakan yang dihasilkan menjadi, cuma rasa sahaja yang adakalanya kurang menepati selera.
“Tapi rasa pedas, masin, manis, masam itu semua kita boleh betulkan. Penonton pun boleh sesuaikan ikut cita rasa masing-masing,” tambah Pavithra. Seperti kebanyakan wanita lain, skil memasak Pavithra hanya benar-benar diperhebatkan selepas mendirikan rumah tangga. Sebelum itu, dia sekadar memasak juadah ringkas seperti telur goreng dan sardin.
Apabila bersuami pada umur 21, Pavithra banyak belajar memasak dengan ibu mentua. Dalam tempoh lapan tahun, siapa sangka dengan video masakan, dia menjadi popular. Pendapatan pertama yang diperolehi daripada
YouTube dibelanjakan dengan membeli pakaian baru untuk anak-anak, barang-barang keperluan rumah dan bahan-bahan masakan yang selama ini sangat jarang dibeli seperti udang dan sotong. Pasangan suami isteri ini juga merancang membeli rumah dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.
Bukan Orang Senang
Bercerita lanjut, Pavithra menjelaskan, jika orang lain mempunyai perkakasan dapur yang canggih, tidak pula bagi mereka yang hanya mempunyai perkakasan asas di dapur. Berbekalkan dua periuk termasuk periuk untuk memasak nasi selain kuali dan sudip, kandungan video dihasilkan menggunakan telefon pintar yang dibeli secara hutang untuk tujuan perkongsian video terbabit.
Rakaman juga menurutnya dibuat selepas suami pulang dari kerja atau pada hari cuti. “Sejujurnya, kami bukanlah orang senang. Saya hanya suri rumah sepenuh masa manakala suami pekerja ladang kelapa sawit dan kami tinggal di kuarters yang disediakan majikan suami.
“Sebab itu, perkakasan yang digunakan untuk kandungan video hanyalah periuk, kuali dan sudip biasa, barang sedia ada di rumah yang kami gunakan setiap hari, tiada pun peralatan canggih. “Kami juga tiada tripod (kaki tiga)
jadi untuk menstabilkan telefon ketika rakaman, kami hanya letakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh. “Memandangkan suami agak pemalu, saya lebih banyak bercakap khususnya ketika kenalkan bahan-bahan dan cara-cara namun proses suntingan klip video dilakukan bersama selepas makan,” katanya.
Dapat Hadiah Peralatan Dapur
Dalam pada itu, Pavithra turut menzahirkan terima kasih kepada pelanggan salurannya yang menghadiahkan mereka dengan pelbagai peralatan dapur. “Saya menerima pelbagai perkakasan seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan) dan ketuhar yang tidak pernah saya gunakan apa lagi miliki seumur hidup saya.
“Tidak kurang juga pengikut yang menghantar bahan mentah serta rempah ratus untuk saya gunakan dalam penghasilan video. “Saya juga sangat berterima kasih kepada keluarga, jiran, rakan dan pelanggan yang sentiasa memberikan idea mengenai menu masakan seterusnya untuk saya hasilkan dalam video,” katanya.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber: Utusan Rimbabara
Sangat humble. Akhirnya jurusolek terkenal tampil buka mulut bongkarkan perangai sebenar Sugu Pavithra buat warganet terkedu.
Jurusolek selebriti popular Razzi Musa akui kagum dengan keperibadian dimiliki YouTuber S. Pavithra ketika kali pertama bertemu ibu beranak dua tersebut. Razzi berkata, Pavithra seorang wanita yang sopan santun, lemah lembut serta sangat menjaga tutur katanya ketika berbicara.
“Bila jumpa Pavithra, macam mana dia dalam video, macam tu jugalah dia di luar. Tutur kata yang sopan, orangnya lemah lembut. Dia menjaga bahasa dia setiap kali nak bercakap dengan kita. Sangat humble,” katanya kepada Gempak.
Ketika ditanya pengalaman pertama ‘mencantikkan’ wajah seorang wanita bukan selebriti, Razzi mengakui sudah lama memasang impian untuk menyolek Pavithra, tambahan lagi dia juga merupakan peminat dan mengikuti Pavithra di YouTube.
“Bila dapat tahu akan solekkan Pavithra saya teruja sebab saya memang followers di saluran YouTube Sugu Pavithra sebelum mereka viral lagi. “Memang dream come true, sebab sebelum ini pun memang dah ada niat nak solekkan dia. Dia memiliki raut wajah (features) yang cantik.
“Bukan memilih nak solekkan orang itu atau ini, tetapi dari awal lagi dia buat saya kagum dengan usaha dia. “Saya rasa mana-mana jurusolek pun akan mempunyai perasaan sama, jika dia mengagumi seseorang dan kemudiannya dapat ‘pegang’ pula muka orang tu, mesti teruja!” katanya.
Tambah Razzi lagi, dia gementar ketika mahu menyolekkan Pavithra kerana bimbang ‘look’ yang diberikan tidak disukai. “Saya memang nervous sebab memang saya dah plan nak berikan dia look yang simple dan minimalis. Memang saya takut hasil kerja saya tidak diterima, tapi Alhamdulillah saya menerima maklum balas positif daripada warganet.
“Ada yang tanya kenapa saya pilih look tersebut? Saya mahu educate orang di luar sana yang make-up simple dan minimalis pun boleh buat kita kelihatan cantik, tak perlu bereskperimen dalam solekan.
“Terima kasih kerana suka hasil kerja saya. Saya menghargainya,” katanya merendah diri. Dalam pada itu, Razzi sempat memberikan tips kepada semua yang baru berjinak-jinak dalam dunia solekan.
“Memegang title jurusolek itu bukan sesuatu yang mudah. Kita ada tanggungjawab terhadap orang lain yang mengharapkan hasil terbaik dari kita. “Jadi jika mahu menjadi jurusolek yang bagus, kita kena study dulu tugasan diberikan. Apa hasilnya (outcome) selepas itu.
“Sesuaikan solekan kita dengan keperluan dan situasi. Contohnya kalau nak look fashion, kita kena study tentang fashion look…kalau solekan untuk personaliti, kita kaji juga apa yang sesuai untuk look tersebut.
“Begitu juga dengan majlis-majlis seperti makan malam atau kenduri kahwin. Setiap teknik solekan adalah berbeza-beza. “Jurusolek juga perlu educate client tentang make-up, jangan lokek berkongsi ilmu dan bertukar pandangan,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK
Terpaksa Keluar Dari Rumah. Akhirnya Sugu Pavithra Tampil Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu. Tak Sangka Rupanya Ini Sebab Dia Pindah Rumah Lain.
Pengendali saluran YouTube Sugu Pavithra, M. Sugu, menjelaskan bahawa dia dan isteri, S. Pavithra berpindah ke rumah baharu bukan kerana memperolehi sumber pendapatan lumayan hasil video masakannya di Youtube.
Sebaliknya, Sugu memberitahu, selepas membuat keputusan berhenti kerja, dia tidak boleh terus tinggal di sana memandangkan rumah tersebut merupakan kuarters yang disediakan khusus buat pekerja ladang sahaja. “Dulu saya tinggal di kuarters, jadi apabila sudah berhenti kerja, saya kena cari rumah lainlah.
“Rumah baharu ini pun bukan saya beli, saya hanya menyewa dengan membayar RM400 sebulan,” jelasnya kepada Gempak. Terdahulu, menerusi satu video di YouTube, pasangan tersebut berkongsi pengalaman mereka berpindah ke rumah baharu di Sungai Siput, Perak.
Ekoran video tersebut, ramai yang membuat andaian mendakwa pasangan tersebut kini benar-benar menjana pendapatan tinggi di YouTube sehingga mampu berpindah ke rumah baharu. Dalam pada itu, kata Sugu, selepas ini, dia tetap berhasrat untuk mencari pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan tetapnya dalam menyara keluarga.
“Semua orang mahu berikan yang terbaik buat keluarga, begitu juga saya. Saya pun ingat nak cari kerja lain selepas ini. Tak bolehlah duduk rumah lama-lama. “Tengoklah, mungkin kerja kilang ke atau apa sahaja yang ada dekat sini nanti,” katanya.
Begitupun, menurut Sugu dia akan terus tetap memberikan komitmennya bersama isteri, S. Pavithra dalam menghasilkan video-video masakan seperti biasa. “Tak apa, kalau saya kerja nanti, masih ada masa di rumah untuk buat video pada waktu petang,” ceritanya.
Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral. Bahkan, pasangan yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK
Selepas Tular Tentang Isu Bayaran 10k Macam Chef Wan. Sekali Chef Wan Tampil Bukamulut Beri Respon Win Buat Sugu Pavithra.
Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memberi komen tentang isu YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra yang meletakkan harga RM10,000 kepada pengacara Anim Ezati Rizki untuk program masakan selama satu jam.
Kata Chef Wan, sekiranya Sugu Pavithra membuat keputusan untuk meletakkan harga tersebut bagi perkhidmatannya itu adalah rezeki. Mungkin itu rezeki mereka. Tak apalah masing-masing punya bahagian. “Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Chef Wan, dia akui mengenali Sugu Pavithra dan menonton video masakan yang dimuat naik di laman Youtube. “Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja.
“Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada.“Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi,” katanya lagi.Terdahulu, Anim mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.
Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Chef Wan. Namun menurut Sugu, itu bukan harga yang sebenar kerana sebolehnya mereka tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan.
Justeru, pemilik nama Anim Ezati Rizki Mohd Khalid tampil memberi penjelasan dan menyatakan dia berhak untuk bersuara tentang kadar bayaran yang ditetapkan. Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.
Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube. Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK via Era Kini
Post a Comment