Saya rasa ramai orang tulis poin-poin penting, terutamanya berkaitan bantuan-bantuan baru kerajaan kepada rakyat, daripada ucapan Perdana Menteri ke-08 #PM8 tadi.
2 benda penting yang rakyat tak perasan semasa Perdana Menteri berucap semalam. Tak sangka ucapan tu nampak tak penting tapi mampu buat rakyat tergamam |
ARTIKEL MENARIK:Status PKPB tergantung. Rupa rupanya ini yang berlaku bila Perutusan khas Perdana Menteri semalam menjadi tanda tanya status PKPB tak diumumkan
1) Sentuh hal-hal rakyat sahaja; bagaimana nak jaga diri, bantuan-bantuan kepada rakyat, cara nak jana ekonomi, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, mak cik Kiah jual pisang goreng, Suami Masak Apa Hari Ni, bla bla bla. Ucapan ada doa yang dibaca tenang, yang ni terasa dekat di hati.
2) Tak sebut pasal politik kepartian; tak sebut kerajaan sebagai Kerajaan PN, tak sebut pasal Pembangkang walaupun ada je artikel-agenda PH yang viral, tak nampak berpolitik sepanjang PKP ini. Dan ada sekurang-kurangnya satu kali ada kerendahan diri apabila menyebut ayat berbunyi (lebih kurang) begini
“Walaupun kerajaan ini bukan kerajaan pilihan anda, anda harus tahu kerajaan ini sangat komited prihatin untuk menjaga rakyat…” Dan ada elemen memohon maaf daripada rakyat. Ingat tak? Sekadar pemerhatian saya, sebagai seorang rakyat marhaen sahaja.
Sebab saya rasa, PM8 ni tampak abah-abah betul. Macam abah jaga anak. Rasa rilek dengar ucapannya, tak rasa kelam-kabut risau… PM8 hantar hadiah kepada Sugu Pavithra, ingat? Oh, ini sangat win. Moga cepat Allah hilangkan pandemik Covid19 ini dari muka bumi.
Tak larat dah tengok insan-insan mulia berkorrban berjuang menjadi barisan hadapan… Dan tak larat dah tengok sebilangan manusia yang kritik sana-sini menuding jari. Kita ini sesama manusia, be
Berikut reaksi warganet
*Zarina Halim : Allahuakhbar.. memang benar Perikatan Nasional bukan la kerajaan yang kita undi.. tetapi hakikatnya inilah kerajaan dan pemimpin pemimpin berjiwa rakyat yang kita perlukan.. Yang penting intergriti dan keberhasilan tanggungjawab yang diamanahkan.. rakyat yang semakin bijak akan menilai dengan akal fikiran dan pengalamna.. syukur Alhamdulillah.. amin aminn
*Ishak Bin Abdul Rahman : Nanti tolong tulis pulak inti pati sidang live atok ari ni.. memang nampak berbeza jauh berbeza.. *PokLann Tanah MerAH : Sokongan 100% pada tok abah. *Amer Shah : Terbaik PM8… Tak ada buruk burukkan orang lain.. Orang yang baik tak akan bercakap buruk orang lain
“Saya berdoa agar keadaan dapat dikawal sebaiknya…” – PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengumumkan mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi. Seperti ucapan sebelum ini, beliau sudah semestinya menyelitkan unsur-unsur nasihat dan petikan surah al-Quran yang sering menjadi perhatian penonton dan pendengar.
Pada penghujung kata, beliau dan barisan jemaah menteri akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik buat rakyat selain berdoa agar semua situasi dapat dikawal dengan sebaiknya. “Sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku, namun itulah kuasa dan perancangan Allah. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 54…
“Buat seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama saya dan barisan jemaah menteri saya untuk memastikan negara kita terus maju dan gemilang,” katanya. p/s: Sama-sama kita doakan semoga TS Muhyiddin sentiasa dalam rahmat Allah dan di permudahkan segala urusan untuk mentadbir negara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://musangviral.com/ Media Malaya
Perdana Menteri Telah Tamat Kuarantin Covid 19. Tak Sangka Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Bila Tan Sri Muhyiddin Dan 34 Pegawai Sudah Mula Bertugas
Akhirnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua 34 pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet yang sebelum ini dikenakan kuarantin 14 hari di rumah, sudah dibenarkan memulakan tugas di pejabat, esok.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka menamatkan tempoh kuarantin yang bermula 21 Mei lalu susulan seorang pegawai didapati p0sitif C0VlD-19. ”Ujian calitan dijalankan terhadap kesemua mereka dan didapati neg4tif. Oleh itu, esok, mereka boleh memulakan semula tugas di pejabat,” katanya pada sidang media harian C0VlD-19 di sini, hari ini.
Beliau berkata keadaan pegawai yang sebelum ini didapati positif, sudah semakin baik dan ujian calitan mendapati ia neg4tif. Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata inisiatif negeri Sabah yang membenarkan rakyat Malaysia yang disaring neg@tif pulang ke Sabah untuk bekerja tanpa kuarantin 14 hari boleh diguna pakai.
Jelasnya, jika saringan boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga hari maka proses kuarantin boleh dikecualikan jika keputusan neg4tif. “Ia mungkin satu inisiatif yang boleh diguna pakai. Kita (Kementerian Kesihatan) pun sedang merancang sama ada boleh guna pakai bukan sahaja bagi mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak tetapi untuk negara bagi mereka yang kembali atau ingin datang ke Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang ingin memasuki pintu negara perlu menjalani saringan terlebih dahulu di negara masing-masing. “Kalau neg@tif kita lihat bagaimana boleh membenarkan mereka datang tetapi kuarantin tetap akan dilaksanakan jika tiada saringan,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata pertimbangan yang sedang dilaksanakan adalah sekarang ini bagi rakyat yang kembali sama ada dikuarantin secara wajib di pusat kuarantin atau di rumah. Ditanya saringan dalam tempoh tiga hari boleh dilaksanakan, Dr Noor Hisham berkata ia mampu dilakukan kerana 80 peratus ujian boleh dilaksanakan dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Sumber : BERNAMA
Perdana Menteri Dengar Hujahan Penjawat Awam. Tak Sangka Dr Noor Hisham Bongkarkan Kesudian Tan Sri Muhyiddin Mendengar Dan Ambil Tindakan Dgn Hujahan Penjawat Awam
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kesudian beliau mendengar hujah dari penjawat awam. Susulan itu, keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jngkitan C0VlD-19 dilakukan berlandaskan Akta 342.
“Walaupun berlakunya peralihan kerajaan ketika tempoh melawaan pandemik ini, kami di Kementerian Kesihatan (KKM) tetap melaksanakan tugas kami. “Kami terus memantau data dan merancanakan strategi bagi mengawalan penuIaran C0VlD-19.
“Pada hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yasssin memulakan tugas, beliau sudah memanggil saya untuk berbincang tentang perkembangan pndemik ini.“Apa yang penting adalah kami berjaya meyakinkan beliau untuk mengambil tindakan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara ini mengikut Akta 342 dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas kesudian mendengar hujah kami,” jelasnya.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham sekali lagi menegaskan setiap keputusan yang dicapai oleh KKM adalah berlandaskan data dan fakta. Beliau berkata demikian dalam program Temu Minda KKMM yang dihoskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada malam Rabu.
Sumber: Awani via apampink
Post a Comment