Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Tular gambar petugas media bersesak dalam masjid langsung tak ikut SOP KKM. Sekali Datuk Ismail tampil bersuara bagi nasihat padu. |
ARTIKEL MENARIK: Gara gara ingkar arahan PKP terkini 7 sekeluarga disahkan positif covid 19. Akhirnya terbongkar rupanya ini yang terjadi.
Petugas media digesa patuhi penjarakan sosial
Petugas media digesa mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 termasuklah menjaga jarak sosial semasa bertugas. Peringatan itu diberikan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang mengulas gambar tular di media sosial memaparkan sejumlah anggota media yang bertugas di Masjid Negara semalam ketika membuat liputan solat Jumaat pertama yang diadakan setelah hampir dua bulan penutupan masjid.
“Semalam terdapat isu, bukan isu jemaah tetapi pengamal-pengamal media yang datang terlalu ramai berhimpit-himpit dan jelas tidak mengamalkan penjarakan sosial. “Justeru saya memohon kepada pengamal media jika ingin membuat laporan berita sekalipun tolong patuhi setiap SOP yang dikeluarkan termasuk penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Gambar berkenaan tular di media sosial dan mengundang kritikan warganet terhadap wartawan yang bertugas di lokasi berkenaan. Malaysiakini difahamkan bahawa gambar itu diambil semasa taklimat mengenai panduan solat Jumaat yang baru, dan petugas media tidak dibenarkan untuk menyertai sesi solat selepas itu.
Ismail sebelum ini mengatakan bahawa menteri agama, Zulkifli Mohamad telah memberitahu mesyuarat menteri hari ini bahawa semua 25 masjid dan 30 surau yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat kebanyakannya mematuhi prosedur operasi standard baru.
Ismail bagaiamanpun bersetuju agar penganjur acara harus memastikan ruang yang cukup kepada pengamal media untuk mengamalkan jarak sosial. “Kita akan berbincang dengan pihak penganjur kalau macam itu. Mungkin media pun tak tahu tempat itu sempit atau tidak.
“Tapi saya rasa pengamal media pun tau tentang asas SOP seperti penjarakan sosial. Kalau dah nampak tempat tu sempit, saya percaya tak perlu masuk lagi kerana membahayakan diri sendiri. “Saya setuju penganjur mana-mana penganjur program kalau nak undang pengamatan media kena sediakan kawasan bertanda…jika didapati kawasan tersebut sempit, maka mereka pun boleh menghadkan media yang hadir,” katanya.
Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.
1.Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid. 2.Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut. 3.Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan
4.Jemaah menghidap sakit teruk, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid. 5.Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing ke masjid
6.Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang. 7.Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat. Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:
”Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah” ”Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat”
”Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa” ”Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran” Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : MB
Gara Gara Ingkar Arahan PKP Terkini 7 Sekeluarga Disahkan Positif Covid 19. Akhirnya Terbongkar Rupanya Ini Yang Terjadi.
Pegawai pencegahan COV1D-19 Kota Solo, Ahyani berkata, keluarga itu terdiri daripada usia dua hingga 58 tahun. “Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid. “Ujian swab test menunjukkan semua mereka positif apabila ketua keluarga itu mula mengalami gejala.
“Saringan kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala,” katanya. Menurutnya, dia mengesyaki jangkitan itu daripada bapa yang menunaikan solat tarawih di masjid. Keluarga itu diIaporkan dirawat di Hspital Bung Karno dan pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penuIaran wabak di masjid dan kontak rapat lelaki itu.
Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa supaya masyarakat beragama Islam di negara itu tidak menunaikan solat di masjid termasuk solat Jumaat dan tarawih. Bagaimanapun, arahan itu tidak dihiraukan penduduk setempat menyebabkan penularan wabak itu di Indonesia semakin membimbangkan.
Sumber:BH via Era Kini
Post a Comment