Tongkat dan mimbar ‘rare’ ketika baca khutbah! Macam-macam ragam pertama kali jadi imam, khatib solat sunat Aidilftri di rumah

Tongkat dan mimbar ‘rare’ ketika baca khutbah! Macam-macam ragam pertama kali jadi imam, khatib solat sunat Aidilftri di rumah

SETIAP yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga dengan pandemik C0v1d-19 apabila 1 Syawal diraikan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tongkat dan mimbar ‘rare’ ketika baca khutbah! Macam-macam ragam pertama kali jadi imam, khatib solat sunat Aidilftri di rumah
Tongkat dan mimbar ‘rare’ ketika baca khutbah! Macam-macam ragam pertama kali jadi imam, khatib solat sunat Aidilftri di rumah

Walaupun sambutan Aidilfitri kali ini agak berbeza daripada kebiasaan, tetapi amalannya tetap sama.

ARTIKEL MENARIK:Ia mem4lukan! gambar hari raya sambil ramas pvnggung isteri/gf kini jadi ikutan. Cikgu ini tampil beri komen

Malah, ramai kaum Adam yang teruja apabila merasai pengalaman pertama kali menjadi imam dan menyampaikan khutbah solat sunat Aidilfitri kepada ahli keluarga di rumah.

Kenangan manis yang mungkin belum pernah dirasai itu dikongsikan di media sosial. Meskipun berdarah gemuruh tetapi mereka tetap yakin melakukannya.

Seorang pemuda berkongsi pengalaman menjadi imam buat pertama kali untuk solat sunat Aidifitri. Foto twitter @FaezFlizzow

“Ramadan dan raya kali ini paling bermakna. Mana taknya, yang tak pernah jadi imam, kali ini gilirannya. Yang tak pernah jadi khatib kali ini gilirannya.


Loading...
loading...

“Allah memberi kebahagiaan tanpa sangkaan hambaNya. bvkti bahawa keterpaksaan membuka keterbatasan insan,” tulis seorang penggina Twitter @eirfansqmsul.

“Bapa aku dengan tenang dan penuh tawadduknya suruh aku jadi imam dan khatib tadi masa solat sunat raya. Tiba-tiba rasa macam pegang obor Olimpik. Gemuruh beb,” ujar @sigadaffi berkongsi perasaannya.

Seorang pemuda menerusi akaun @FaezFlizzow memberitahu menjadi imam untuk keluarganya bukan pertama kali, tetapi pengalaman yang pertama menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri.

“Sebelum ini dah biasa jadi imam untuk famili. Raya tahun ni first time jadi khatib untuk famili sendiri untuk solat raya Aidilfitri,” katanya sambil memuat naik gambarnya membaca khutbah menerusi telefon pintar.

Lampu berdiri (kiri) dan joran (kanan) dijadikan sebagai tongkat ketika membaca khutbah. Foto twitter ma1iadesu / riflupq

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun merasai pengalaman membaca khutbah, sementara abangnya menjadi imam.

“Bila adik lelaki saya yang umur 10 tahun baca khutbah. Sebab kat kampung ada dua ni je lelaki tidak termasuk abah. Si abang dah jadi imam, jadi adik kena baca khutbah.

 

Bapa aku dengan tenang dan penuh tawadduknya suruh aku jadi imam dan khatib tadi masa solat sunat raya. Tiba-tiba rasa macam pegang obor Olimpik. Gemuruh beb.

PENGGUNA TWITTER

 

“Tak sabar habis PKPB ni nak balik kampung, cari tongkat dia guna ni,” tulis seorang pengguna Twitter @aydarazali.

Turut menarik perhatian adalah tongkat yang digunakan ‘khatib’ semasa menyampaikan khutbah.

694551.jpg

Treadmill (kiri) dan mesin basuh dijadikan mimbar. Foto twitter crshni2 / farishakimi__

Ada yang menggunakan pedang cahaya atau lightsaber, malah ada yang menjadikan sumpit, mop lantai dan joran serta tripod sebagai tongkat.

Antara lain kayu golf, batang pemberat besi, batang langsir dan besi ampaian serta lampu berdiri.

Turut dikongsikan di media sosial adalah seorang anak muda yang membaca khutbah sambil memakai tengkolok berserta ‘pedang samurai’ sebagai tongkat.

Pelbagai kelengkapan juga dijadikan sebagai mimbar semasa bacaan khutbah dilakukan di rumah.

694552.jpg

Antara lain aksi menjadi imam dan khatib. Foto Twitter aydarazali / MaryamSophiaK

Ada yang menggunakan mesin senaman atau treadmill sebagai mimbar. Selain itu, penyaman udara dan mesin basuh serta rak buku juga dijadikan sebagai mimbar buat sementara.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memegang tongkat semasa berkhutbah adalah sunat, iaitu d1sunatkan memegang tongkat dengan tangan kiri manakala tangan kanan memegang bahagian mimbar.

Perbuatan tersebut bertujuan untuk menghasilkan ketenangan dalam penyampaian kepada para jemaah. Namun, tidak ada masalah sekiranya khatib berkhutbah tanpa memegang tongkat.

adik sis baca sambil pakai tengkolok,siap pedang samurai😂😂pic.twitter.com/g5pVZu1nAs

— zye;t✨ (@zyetiii) May 24, 2020

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Mstar via Berita Steady Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post