Rakyat Kelantan dinasihatkan tidak membuat aduan di laman sosial Facebook sekiranya menghadapi masalah atau memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Menteri Besar Kelantan selamba sound Ustaz Ebit. Tak sangka tiba tiba Ustaz Abu Syafiq bersuara lantang beri respon padu |
ARTIKEL MENARIK:Ramai Pelajar Tahfiz Positif COVlD-19 Tapi Tak Tunjuk Sebarang Simptom – Dr Noor Hisham
” Kalau ada bantuan yang tidak sampai, rujuklah pada penghulu atau wakil rakyat masing-masing. Jangan hanya pandai tulis di Facebook. Mereka bukan tahu pun masalah kita kalau tulis di Facebook. ” Kalau ada yang tertinggal dalam senarai, jadi rujuklah pada mereka. Sebagaimana yang kita (kerajaan negeri) beritahu, kita utamakan mereka yang tidak mampu.
” Mungkin kita tidak dapat sebab kita masih mampu beli makanan, ada duit dan sebagainya. Sebab itu, kita (kerajaan negeri) utamakan yang tak ada duit ini dulu,” katanya. Menurutnya, kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan yang sepatutnya kepada seluruh rakyat dan sumbangan daripada kerajaan negeri adalah sebagai inisiatif tambahan.
” Apa yang penting, kerajaan Pusat sudah beritahu, kena pastikan makanan ada atas meja. Sebab itu, kita tolong orang yang betul-betul susah dulu. Yang ada duit dan ada makan itu peringkat lain,” katanya. Mohd Amar turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi memastikan semua urusan dapat dilaksanakan dengan baik.
Ustaz Abu Syafiq bagi respon padu
Artikel tersebut sebenarnya bertarik 10 April 2020, namun tiba-tiba menjadi hangat semula sejak semalam selepas dikongsikan oleh pendakwah Ustaz Abu Syafiq. Menerusi satu entri, Ustaz Abu Syafiq telah berkongsi keratan artikel berhubung kenyataan Nik Amar tersebut yang dimuatnaik di Instagram beliau.
Tidak dinyatakan secara khusus nama individu dan kepada siapa ia ditujukan, tetapi Abu Syafiq antaranya ‘memetik’ mereka yang bergelar ‘Pencetus Ummah’ (PU) dan juga 4 orang penceramah bebas yang tidak disebutkan nama yang menurutnya hanya berdiam diri.
” Mana PU PU, 4 orang penceramah bebas, pro wahhabi, ayahkanda-ayahanda dan tuan-tuan guru dup tuh semua meni1kus? ” Silalah komen. Group Skype rosak takde line ke?! Kelantan banyak misk1in tegar. Jom bantu!” tulis Abu Syafiq. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:TRANSFORMASI,HOST
Amin Idris Enggan Bayar Ganti RM 1 Juta Akhirnya Ustaz Abu Syafiq Nekad Untuk Lakukan Ini. Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali Tindakan Yang Ustaz Abu Ambil
Pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq memfailkan saman terhadap Amin Idris selepas personaliti televisyen terbabit enggan membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam kenyataan didakwa berbaur fitnah. Peguam mewakili Abu Syafiq, Nurul Hafidzah Hassan, mengesahkan saman ke atas Amin dan seorang individu lain yang tidak didedahkan identitinya difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan hari ini.
Menurut peguam dari firma NHA Advocates and Solicitors itu Amin disaman atas dakwaan memuat naik kenyataan memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasi Abu Syafiq. “Anak guam kami, Abu Syafiq, memfailkan saman fitnah terhadap Amin Idris dan individu tersebut kerana memfitnah.
“Ianya dilakukan oleh defendan-defendan tersebut yang telah menerbit dan menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah mengenai anak guam kami,” katanya. Dalam notis tuntutan yang diserahkan 24 April lalu, Amin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka selain membayar pampasan berjumlah RM1 juta dalam tempoh seminggu kerana didakwa menjatuhkan reputasinya di media sosial.
Bagaimanapun, Amin melalui akaun Facebook miliknya bertegas tidak akan tunduk dengan tuntutan Abu Syafiq malah mencabar pendakwah bebas terbabit untuk meneruskan samannya tanpa perlu menunggu tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya berakhir.
Raikan perbezaan pendapat
Amin, 39, sebelum itu memuat naik kenyataan melalui akaun Facebook ekoran kritikkan Abu Syafiq ke atas seorang lagi pendakwah bebas iaitu Ebit Lew. Perkongsian Amin itu menjadi tular sebaik ia dimuat naik ke media sosialnya.
Mengulas lanjut, Nurul Hafidzah berkata, saman tersebut bertujuan melindungi reputasi Abu Syafiq, selain agar kedua-dua defendan bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka. Katanya, ia juga untuk membuktikan kebenaran bahawa Abu Syafiq tidak bersalah dan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh defendan.
Katanya sebelum mengambil keputusan untuk menyaman, Abu Syafiq berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi kedua-dua mereka enggan meminta maaf. “Abu Syafiq telah cuba meminta agar kenyataan-kenyataan fitnah dipadamkan dan permohonan maaf dilakukan namun Amin dan seorang lagi individu itu enggan berbuat demikian.
“Apa yang pasti melalui bukti-bukti yang diteliti, kami mendapati anak guam tidak membuat kenyataan-kenyataan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. “Kami juga sedang meneliti beberapa akaun lain yang membuat komen fitnah, body shaming, menghina dan perlakuan lain yang ingkar undang-undang untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Peguam korporat, sivil dan syariah itu berkata, masyarakat diharap bersikap lebih celik, peka dan tahu membezakan antara kritikan dan pendapat berbanding fitnah. “Raikan perbezaan pendapat. Salah yang bagaimanapun yang kita sangka tidak semestinya ia benar dan ia tidak memberikan lesen untuk memfitnah, memalukan dan melakukan serbuan peribadi,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Sumber Artikel : Malaysiakini
Minta Maaf Dan Bayar Ganti Rugi RM1 Juta. Akhirnya Amin Idris Bersuara Lantang Bongkarkan Kes Saman Abu Syafiq Yang Dah Expired Beberapa Hari Lepas.
PENGACARA dan penceramah motivasi, Amin Idris, 39, bersyukur apabila keputusannya untuk tidak meminta maaf dan membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta kepada Ustaz Abu Syafiq mendapat sokongan masyarakat. Ia susulan daripada tuntutan dibuat Abu Syafiq selepas status dimuat naik Amin di laman sosial pada Sabtu lalu membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan reputasi.
Amin ketika dihubungi berkata, dia berbuat sedemikian selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada pasukannya dan peguam. Hari ini Amin Idris berkongsi dengan warganet tentang perkembangan kes Saman dengn Abu Syafiq
Menurut Amin, sebelum ini Abu Syafiq ada DM dia
“Apa khabar Tuan Amin? Harap sihat hendaknya. Saya Abu Syafiq. Saya dapati, Tuan telah memetik mengatakan terhadap saya, fitnah,serta mengaiban saya dengan jelas. Saya mohon demi kebaikan Tuan, sila lakukan dua perkara ini dengan segera
1) Padam Status tuan berkaitan dengan saya. 2) Nyatakan secara umum mohon maaf kepada saya kerana nukilan perkara tidak benar “Mungkin kita ada perbezaan politik jangan memfitnah antara kita. Jangan lupa buat dua perkara itu tadi ye, nak call sy pun boleh” tulis Abu Syafiq
Amin Idiris kemudian membalas yang dia tahu apa yang dia buat, dan menasihati Abu Syafiq juga supaya jangan fitnah orang sesuka hati, serta sila cermin diri sendiri dulu Kemudian Abu Syafiq balas kembali “saya tutup pintu nok gocoh dgn demo. Sama Islam, ramadhan ni harap jangan fitnoh deh. jangan lupa quran terawih dan rahsiakan sedekah”
Pesanan Kepada Abu Syafiq dan warganet
“Kalau kamu bersedia untuk mengkritik orang, kamu kena bersedia untuk dikritik jug. Kepada warganet, tak suka macam mana pun, jaga perkataan kita. Jangan sampai menghina. Jangan maki. Tak ada masalah kalau tak bersetuju dengan sesiapa.
Tetapi, jangan sampai menghina. Apabila kamu dapati golongan yang sombong, berlakulah sombong terhadap mereka. Apabila kamu dapati kalangan yang tawadhu, maka berlakulah tawadhu terhadap mereka” Amin juga memberitahu ilmu yang tidak dijalin dengan akhlak tidak ada nilai dan mengesa warganet untuk boikot Abu Syafiq.
Berikut Perkembangan terkini selepas lebih 7 hari Abu Shafiq ugut nak saman 1 Juta. Terdahulu, Amin yang mengendalikan program The Amin Idris Show mendedahkan tuntutan yang dibuat Abu Syafiq di semua laman sosial. Dalam tuntutan dibuat Abu Syafiq menerusi peguamnya menyifatkan status dimuat naik Amin membuatkan Abu Syafiq mendapat menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.
“Hasil daripada ‘posting’ itu, anak guam kami menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat termasuklah ratusan kritikkan, ugutan dan komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam,” katanya.
Menerusi tuntutan sama, permohonan maaf itu dibuat di semua medium dan mesti diluluskan oleh Abu Syafiq. Amin diberi masa tujuh hari untuk memohon maaf dan membayar RM1 juta. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Sumber : http://trendingsangat.pw/ by Samson Bujang Lapok via apampink
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment