Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat jumlah pecahan kes mengikut daerah dan zon di Malaysia setakat 12 pm, 15 Mei 2020. Menerusi data bilangan pecahan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon merah terus menunjukkan penurunan. Setakat 15 Mei 2020, zon merah dilaporkan telah berkurang kepada 7.
Terkejut Dr Noor Hisham bongkarkan ini yang terjadi pada zon merah dan zon hijau yang terkena Covid 19. Tak sangka sampai macam ni sekali yang jadi. |
ARTIKEL MENARIK:Wartawan Berhimpit Himpit Ketika Bertugas Langsung Tak Patuhi SOP KKM. Akhirnya SD Ismail Sabri Bersuara Lantang Menegur Pengamal Media Yang Masih Ingkar SOP
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa kes aktif yang berada di zon merah adalah kluster-kluster yang masih aktif dan lokaliti PKPD. Daerah/zon kategori zon merah terus berkurang menjadi 7 manakala zon hijau bertambah menjadi 126. Kes aktif di zon merah melibatkan kluster-kluster yang masih aktif dan lokaliti PKPD.
Sumber: KKM
Tan Sri Muhyiddin Lantang Bersuara Tentang Sekolah Yang Bakal Dibuka. Akhirnya Perdana Menteri Dedahkan Murid Yang Akan Mula Bersekolah Semula Dengan Sop Yang Baru
Menerusi Perutusan Khas Perdana menteri sempena Hari guru tanggal 16 Mei 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan diberikan keutamaan untuk ke sekolah terlebih dahulu apabila sekolah dibuka nanti.
“Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu”, ujarnya. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa SOP mengenai jarakkan sosial yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi supaya penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga sekolah dapat dielakkan.
“Ini untuk memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi. “SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain”, tambahnya lagi.
Sumber: Bernama/Muhyiddin Yassin
Covid 19 Belum Selesai Tapi Sesi Persekolahan Dibuka Semula. Akhirnya Menteri Pendidikan Bersuara Lantang Pelajar Perlu Kembali Ke Sekolah. Tak Sangka Ini Cabaran Dan SOP Yg Bakal Diambil
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam fasa merangka prosedur operasi standard (SOP) pasca Covid-19 bagi sesi persekolahan negara apabila ia dibuka semula. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara.
Menurutnya, ia cabaran besar kepada KPM untuk memastikan pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan tidak terjejas ketika di sekolah. “Jika dulu sebuah kelas boleh memuatkan sehingga 35 pelajar namun selepas ini jumlah itu akan dikurangkan kepada 16 hingga 17 orang bagi menjaga jarakkan sosial.
“Ini adalah cabaran KPM bagaimana untuk menempatkan pelajar ini agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan tetapi dalam masa sama SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Soal Rakyat Wawancara Khas Bersama Menteri Kanan Pendidikan terbitan TV3, semalam.
Beliau berkata, guru juga perlu bersedia memastikan pelajar terus bermotivasi selepas tidak hadir ke sekolah lebih dua bulan lalu kerana pandemik Covid-19. Katanya, peranan guru juga akan berbeza kerana perlu memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi pelajar apabila sekolah dibuka nanti.
“KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam untuk hadir ke sekolah terlebih dulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan. “Kementerian juga akan pastikan penerokaan ilmu itu akan terus berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HM
Boleh Solat Jumaat Terawih Dan Solat Aidilfitri Di Masjid. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang Perbincangan Melibatkan Solat Jumaat Buat Ramai Terkedu
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jangkaan mengenai situasi penularan Cov-19 dalam tempoh dua hingga empat minggu kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
Mesyuarat yang bermula awal hari ini kata Noor Hisham, adalah untuk memberikan memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung cadangan membenarkan silat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya sudah membentangkan perkembangan COV-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu. “Selain solat Jumaat, ada banyak yang dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya pada sidang media harian hari ini.
Noor Hisham berkata demikian menjawab pertanyaan media tentang nasihat KKM tentang mesyuarat yang membincangkan tentang saranan solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri semasa PKPB. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah memberikan penerangan dan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.
“Kita berharap kebijaksanaan jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,
garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Garis panduan itu adalah sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.
Post a Comment