Terbatal Larangan Had Masa Pergerakkan. Tergamam DS Ismail Sabri Bongkarkan Punca Tiada Lagi Larangan Had Masa Di Atas Jalan Raya Gara Gara PKPD

Terbatal Larangan Had Masa Pergerakkan. Tergamam DS Ismail Sabri Bongkarkan Punca Tiada Lagi Larangan Had Masa Di Atas Jalan Raya Gara Gara PKPD

Tiada lagi larangan had masa pergerakan untuk keluar dikuatku4sakan semasa Per1ntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan yang bertanya mengenai larangan untuk kenderaan persendirian berada di atas jalan selepas 10 malam dalam sidang media sebentar tadi.

Terbatal Larangan Had Masa Pergerakkan. Tergamam DS Ismail Sabri Bongkarkan Punca Tiada Lagi Larangan Had Masa Di Atas Jalan Raya Gara Gara PKPD
Terbatal Larangan Had Masa Pergerakkan. Tergamam DS Ismail Sabri Bongkarkan Punca Tiada Lagi Larangan Had Masa Di Atas Jalan Raya Gara Gara PKPD

”Dari segi pergerakkan sudah dibebaskan, antara daerah ke daerah sebagainya telah pun dibebaskan. Jadi tiada had dari segi jangka masa untuk keluar, tidak ada. Di dalam peraturan baru tidak ada,” katanya. Dalam pada itu, Ismail menambah, mengenai perjalanan pulang ke bandar atau sebaliknya, bagi kenderaan sendiri ia telah pun ditetapkan tetapi kenderaan awam, ia masih dalam kajian terperinci pihak polis.

ARTIKEL MENARIK:Baru 2 Hari PKP Dilonggarkan Tak Sangka Zon Merah Covid 19 Meningkat. Rupa Rupanya Ini Yg Berlaku Pada Kawasan Yang Tiba Tiba Kes Meningkat Sekaligus Menjadikan Kawasan Zon Merah

“Sebab pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan, oleh itu, kenderaan awam seperti bas ekspres tidak ada. “Saya percaya pihak polis akan melihat perkara ini lebih detail bagaimana nak menyelesaikan isu berkaitan mereka yang ingin pulang ke kampung menggunakan kenderaan awam serta mereka yang ingin balik pada 7 hingga 10 hari bulan,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini. Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit 24.20.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Siakap Keli

Dr Noor Hisham Tampil Bersuara. Tak Perlu Risau Kerana Kes Covid 19 Meningkat Sebenarnya Hanya Sebab Ini. Rupa Rupanya Ini Puncanya PKPB Dilaksanakan.

TREND peningkatan kes positif Covid-19 harian adalah melibatkan kes import dan kes yang dikesan dari lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Justeru Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua rakyat di negara ini supaya tidak bimbang mengenai peningkatan kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini, termasuklah hari ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit daripada kes import dan dari lokasi PKPD telah pun diasingkan untuk disaring sejak awal-awal lagi. “Trend kes-positif Covid-19 harian sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan kes-kes import dan kes-kes yang dikesan dari lokaliti PKPD.
“Namun kita tak perlu khuatir dengan kes-kes ini… ia kerana mereka dari awal lagi telah diasingkan untuk disaring, diuji dan dirawat di hospital, ” katanya pada sidang media harian, Sabtu petang. Dr Noor Hisham berkata, aktiviti penularan Covid 19 dalam kalangan masyarakat setempat pula dapat dikenal pasti melalui aktiviti survelan klinikal jjangkitan wabak itu yang telah lama dijalankan.
“Ini dilaksanakan dengan persampelan pesakit Influenza Like Illness (ILI) dari lokasi sentinel seluruh negara dan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di semua hospital KKM, ” katanya. Jelas Dr Noor Hisham, sehingga 1 Mei sebanyak 7,880 saringan Covid-19 dalam aktiviti survelan klinikal telah dijalankan dengan hanya 12 kes dikesan daripada ILI (0.81 peratus) dan 54 kes dikesan daripada SARI (0.84 peratus).

Loading...
loading...


“Selain itu, saringan Covid-19 juga dilaksanakan ke atas semua pesakit sebelum operation kecemasan dan separa kecemasan di hospital KKM sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di kalangan petugas kesihatan.
“Sehingga 1 Mei, terdapat hanya lima kes yang dikesan positif Covid-19 daripada 5,435 jumlah pesakit yang disaring (iaitu hanya 0.09%), ” katanya. Justeru Dr Noor Hisham berkata aktiviti pendekatan tertumpu yang dijalankan setakat ini terbukti berkesan dalam mengesan dan membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.
“Namun, ianya memerlukan tindakan selari rakyat untuk patuh kepada semua arahan dan nasihat kesihatan Kerajaan, ” katanya. Menurut Dr Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan Covid-19 dalam komuniti masih dalam keadaan terkawal setakat ini.
“Kalau kita lihat sebelum pelaksanaan PKP 1,2, 3… sebelum PKP 1, R-Naught atau kebolehjangkitan kita 3.55. Pada 14 April lalu, R-Naught dah kurang kepada satu… sekarang 0.7. Apabila kita melihat tindakan kita sekarang iaitu PKPB jadi kita jangkakan R-Naught masih kurang daripada satu. Itu modeling telah kita laksanakan. Selagi R-Naught kurang daripada satu kita boleh kawal jangkitan dalam masayarakat, ” katanya.
SUMBER : Mstar

PKP Ditarik Balik. Tak Sangka Akhirnya Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Tentang PKPB Yang Tan Sri Muhyiddin Umumkan Semalam Dan Ini Tindakan Utk Rakyat Yg Ingkar

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa meskipun PKP Bersyarat (PKPB) bakal bermula Isnin ini, tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, PKP tersebut diberikan sedikit kelonggaran kepada sektor tertentu dengan prosedur operasi standard (SOP) menerusi PKP Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa pada 4 Mei,
Jelasnya, Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terus dikuatkuasa sepanjang PKP. “PKP tidak ditarik balik, masih terus dilaksanakan. Bukan bermakna PKPB ini tidak ada akta lagi yang mengikat rakyat kita untuk patuh kepada setiap arahan.
“Akta 342 masih lagi berkuat kuasa dan tindakan masih boleh diambil terhadap mereka yang melanggar kepatuhan akta ini,” katanya pada sidang media, petang Sabtu. Pada masa ini, PKP memasuki fasa keempat dari 29 April sehingga 12 Mei.
Ismail Sabri berkata, pergerakan dan SOP ketika PKP fasa keempat masih seperti PKP fasa satu, dua dan tiga. Beliau menambah, PKPB yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, adalah berdasarkan kepada dua kriteria utama iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang semula ekonomi negara.
“Oleh sebab itu, kerajaan telah menyediakan SOP yang ketat untuk semua sektor,” katanya. Terdapat beberapa sektor yang masih dilarang beroperasi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post