Istimewa sempena sambutan Syawal tahun ini, Neelofa bakal kembali mengendalikan program hiburan, Meletop di samping Nabil Ahmad. Perkara itu disahkan Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra dan Tayangan Hebat, Emarina Kamal.
Tak sangka Neelofa balik ke MeleTOP. Respon dari Nabil Ahmad bila dapat tahu tentang hal itu sangat mengejutkan warganet. |
ARTIKEL MENARIK:Usia dah 50 tahun tapi masih jadi rebutan ramai. A Aida dedahkan dapat banyak jambak bunga dari lelaki misteri.
“Mengapa kami bawakan Neelofa untuk program MeleTOP malam raya adalah bagi ‘meringankan’ kerinduan para penonton terhadap penampilannya di set berkenaan. Malah ketika Nabil berseorangan di studio atas situasi semasa yang berlaku kini, dia tiada peneman dan kali ini kita hadirkan teman asal Nabil, istimewa untuk malam itu nanti,” katanya.
Menyifatkan kehadiran rakan hos sebagai satu yang dinantikan, Nabil turut menyambut baik idea tersebut. “Terbaik. Bila ada ‘bunga’ di sisi rasa seronoklah sikit. Misalnya ketika bersama Sherry baru-baru ini, meriah jadinya.
“Idea (Neelofa kembali ke set MeleTOP) pun terjadi bila kami buat ‘live’ sebelum bersiaran secara langsung. Kami ada bersembang dan ada penonton yang bertanyakan mengenai penampilan Neelofa sempena edisi raya. Bagi saya lengkaplah MeleTOP raya. Terima kasih Astro,” katanya.
Selain itu, beberapa program menarik termasuk Mega Ria Raya yang akan bersiaran setiap hari selama lapan hari juga merupakan antara tarikan istimewa yang ditawarkan sempena Kempen Raya Astro kali ini. Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi menambah, menerusi program itu juga, elemen kad ucapan raya akan dihidupkan kembali dan para penonton berpeluang untuk menghantar ucapan mereka untuk dibacakan di kaca TV.
Menerusi program itu juga, Astro turut menawarkan hadiah beserta duit raya bernilai sehingga RM100,000 khas buat pelanggan mereka. Sementara itu, mengulas mengenai iklan raya Astro untuk tahun ini, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kejayaan beberapa filem animasi yang mengungguli carta filem ‘box-office’ membuatkan pihaknya terpanggil untuk membawa kelainan.
“Kejayaan beberapa filem animasi tempatan memberi inspirasi kepada kami untuk memperkenalkan watak animasi baru sebagai kempen raya tahun ini dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Astro. Kandungan animasi yang mengisahkan kanak-kanak perempuan bernama Dik Non ini juga dapat memberi keceriaan kepada penonton di rumah pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun ini.
“Kami percaya elemen superhero yang diketengahkan dalam membantu orang yang lebih berusia dan individu dalam kesusahan dapat memberi mesej positif kepada penonton. Iklan raya ini juga bertepatan dengan tema Astro iaitu Indahkan Senyuman yang mana senyuman adalah salah satu kunci utama dalam mengubati segala perkara,” katanya.
Menurutnya lagi, watak animasi ini adalah harta intelek (IP) milik mereka dan merancang untuk dikembangkan menjadi sebuah karya yang lebih besar. Saksikan sedutan sidang media secara virtual di sini; Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : MH via Era Kini
Post a Comment