Sebarang sekatan beberapa sektor seperti sektor pendidikan dan aktiviti sosial yang dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula dil0nggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes Cov1id-19 di negara kita kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.
Tak sangka ini berita baik yang ditunggu rakyat Malaysia tentang PKPB pada Jun ini. Ini yang akan dilaksanakan pada awal bulan Jun nanti. |
ARTIKEL MENARIK:Pelik tiada pemergian lansung enam hari berturut turut dan kes positif Covid 19 makin hari makin menurun. Rupa rupanya ini puncanya.
Namun, beliau juga meminta agar rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa agar wabak ini tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan kelak. Kes yang melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang oleh warga asing.
“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya. Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat.
Semoga orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta mematuhi arahan yang dikeluarkan amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVI1D-19 di negara ini.
Pelbagai perkara diperhalusi sebelum sekolah dibuka
Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wab4k COV1ID-19.
“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”
“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan melibatkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.
Semua perkara itu, katanya antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka. Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan w4bak COV1ID-19 di negara ini.
Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.
“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan… inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata perdana menteri.
Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa. “Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan … yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya,” katanya.
-Bernama
Sumber:APPLE HIJAU via Era Kini
Post a Comment