Suasana sayu menyelubungi apabila tiga beradik dikebu-mikan dalam satu liiang di Tnah Perkub0ran Islam Kampung Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung, Marang, hari ini.
Suasana Sayu, Jnazah Tiga Beradik Dike bumi Satu Liiang. Anggota PoIis Turut Hadir |
ARTIKEL MENARIK:5 remaja baru nak berseronok bersama tak sangka berakhir bila polis serbu depan rumah. Tergamam dorang nekad lalukan aktiviti ini di rumah
Majlis berkenaan dihadiri hampir 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan mereka.
Terdahulu, jnzah mereka tiba di tanah perkub0ran pada 5.30 petang menggunakan kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Anggota poIis turut berada di tanah perkub0ran bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam kejadian 6.30 petang semalam, mgsa dikatakan ke Sungai Terengganu kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Kampung Kuala Telemong, Kuala Berang tanpa disedari bapa arwh Mohd Ismail, 64, yang ketika itu berada di masjid.
Kejadian dikatakan berlaku apabila Khalif Naim dikatakan le-mas sebelum disusuli Khairil Firdaus dan Umar Iskandar ketika berusaha menyelamatkan adik mereka.
Kesemua myat mereka ditemui antara 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari, hari ini pada jarak 50 meter antara satu sama lain.
Luahan bapa mngsa buat ramai sebak
Terdahulu, bapa kepada tiga beradik itu meluahkan rasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jnazah anak ke tnah perkuboran.
” Sejak bekerja membawa kenderaan jnazah, saya sudah menghantar hampir 40 jnazah ke tnah perkuboran tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian… semangat saya menjadi lemah,”
Demikian luahan Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik yang le-mas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.
Mohd bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari myat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.
” Saya reda kerana orang kata m4ti le-mas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya.
Myat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.
Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.
Katanya lagi, Allahyrham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyrham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyrham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya.
” Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jnazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi.
MALAYSIA UNITED via KL Viral
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Post a Comment