KUALA LUMPUR: Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak COVID-19 yang ‘menggoncang’ dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia. Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab itu pada Jumaat lalu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.
Singapura Membuat Kajian Dan Menjangkakan Covid 19 Di Malaysia Akan Berakhir Pada Awal Bulan Mei Ini. Tapi Kena Siap Sedia Dengan Benda Ini Selepas Semuanya Berakhir. |
Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf.
ARTIKEL MENARIK:Jokowi pecat pegawainya kerana keluar kenyataan perempuan boleh hamil jika berenang di swimming pool
Sebelum ini model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS. Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.
Jangkitan wabak global di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terjejas dengan 936,293 jangkitan selain 53,511 pemergian dijangka berakhir pada 11 Mei. Perkara itu mungkin daripada hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat. Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).
Loading...
loading...
Daripada graf tersebut, jangkitan COVID-19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah negara itu. Australia merupakan satu-satunya negara yang bakal menyaksikan kadar sembuh sepenuhnya 100 peratus pada 22 Mei, iaitu lebih awal daripada negara-negara lain di dunia.
Sumber: Astro Awani
Artikel lain : Wuhan Diisytiharkan Ini Selepas Pesakit Covid 19 Terakhir Dibenarkan Keluar Dari Hospital. Tak Sangka Selepas Hampir 4 Bulan Lockdown Ini Yang Terjadi Di Wuhan.
BANDAR Wuhan, yang menjadi pusat awal koronavirus tidak lagi mempunyai pesakit Covid-19 di hospital setelah 12 individu terakhir dibenarkan keluar wad pada Ahad. Pelepasan tersebut mengakhiri mimpi buruk selama empat bulan untuk bandar itu, di mana penyakit ini pertama kali dikesan pada Disember.
Jumlah pesakit yang dirawat akibat Covid-19 di sana mencapai kemuncak pada 18 Februari dengan 38,020 kes dan hampir 10,000 daripadanya berada dalam keadaan yang teruk. “Dengan usaha bersama Wuhan dan bantuan perubatan nasional yang diberikan kepada wilayah Hubei, semua kes Covid-19 di Wuhan telah diselesaikan pada 26 April,” kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Nasional, Mi Feng pada petang Ahad.
Pengumuman itu dibuat hanya sehari selepas bandar itu membenarkan pesakit terakhir yang berada dalam keadaan teruk sebelum ini keluar dari hospital. Pesakit itu juga merupakan kes teruk terakhir di wilayah Hubei. Pesakit terakhir yang dibenarkan discaj dari Wuhan Chest Hospital itu merupakan seorang lelaki berusia 77 tahun dikenali sebagai Ding selepas dia dua kali diuji negatif untuk Sars-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19, dan dibenarkan keluar pada tengah hari Ahad.
”Saya sangat merindui keluarga saya!” Ding memberitahu Changjing Daily. Seorang pesakit lain yang tidak dikenali lega ketika tinggalkan hospital: “Udara di luar sangat segar! Cuaca sangat baik hari ini!” Wuhan menempuh perjalanan panjang dalam usaha menjadikan tiada lagi pesakit Covid-19 di bandar itu.
Bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itu juga merupakan pusat pengangkutan untuk bahagian tengah China, telah menjalani lockdown ketat pada 23 Januari selama 76 hari sehingga secara rasmi dibuka semula pada 8 April.
“Tiada lagi pesakit di hospital pada 26 April menandakan pencapaian besar untuk rawatan Covid-19 di bandar ini,” kata Suruhanjaya Kesihatan Wuhan dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna semua pesakit yang dikeluarkan tidak memerlukan rawatan susulan kerana mereka mungkin masih memerlukan rawatan penjagaan lanjut.
”Menghapus semua kes yang teruk menandakan kemenangan bagi pertempuran untuk melindungi Wuhan,” kata Menteri Kesihatan Ma Xiaowei kepada China Central Television pada Sabtu.
Post a Comment