SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini berbeza buat Nor Hidayah apabila terpaksa meraikannya tanpa suami tercinta, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Menerusi Instagram, Hidayah berkongsi foto kenangan mereka berdua berlatarbelakangkan sawah padi di Sungai Besar, Selangor.
Setelah sekian lama Abam pergi isteri dedahkan hasrat terkahir Abam yang tak kesampaian. Rupanya ini yang Abam pernah cakap sebelum dia pergi. |
ARTIKEL MENARIK:Sedih Dah Dua Tahun Dah Tak Dapat Raya Sekali Dengan Ank. Mengejutkan Tiba Tiba Zarina Bagi Komen Win Lepas Fizo Luahkan Macam Tu.
“Masa ni ayah cakap, tahun depan Hamzah pula bergambar dekat pemandangan sawah padi ni. Ayah, harini ibu bawa Hamzah bergambar di pemandangan sawah padi yang ayah dan ibu pernah bergambar tahun lepas.
“Betullah apa ayah cakap, tahun ni Hamzah pula bergambar. Semoga abang tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai syurga!,” katanya. Perkongsian Hidayah itu mengundang sebak dalam kalangan pengikut di Instagram milik Abam itu.
Sementara itu, Hidayah mengakui terlalu merindui Abam dan berasa sedih ketika membuat persiapan untuk Hamzah di pagi 1 Syawal lalu. “Tahun lepas beraya dengan Abam, Hamzah masih dalam kandungan tapi tahun ni sekelip mata Abam pergi tinggalkan kami terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan apabila pakaikan Hamzah baju raya di pagi raya, terasa pilu sekali.
“Abang, sayang rindu sangat dengan abang, sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami.
Hidayah bersama Hamzah bergambar bersama foto Abam.
“Hanya sekeping gambar nikah yang menjadi pengubat rindu sayang dan Hamzah, hanya Allah yang tahu perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh… kenangan sampai ke syurga!,” ujarnyaDalam pada itu, Hidayah turut meluahkan rasa lega apabila berjaya mendapatkan semula akaun Instagram suaminya yang digodm pada awal Mei lalu. “Alhamdulillah, Instagram ni dapat semula setelah di hck beberapa minggu lepas… terima kasih kepada yang sudi membantu,” katanya.
Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 11 bulan. Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar via Era Kini
Post a Comment