Selamba Dia Intai Mak Senyap Senyap Dalam Bilik. Tergamam Muka Mak Merah Dan Tengah Dakap Sesuatu. Rupanya Ini Yang Mak Selalu Sorokkan

Selamba Dia Intai Mak Senyap Senyap Dalam Bilik. Tergamam Muka Mak Merah Dan Tengah Dakap Sesuatu. Rupanya Ini Yang Mak Selalu Sorokkan

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan. Assalamualaikum semua. Menjelang sywal yang akan bakal tiba, teringin pulak nak kongsi kisah lama. Kisah yang dah berlalu hampir 10 tahun lepas.

Selamba Dia Intai Mak Senyap Senyap Dalam Bilik. Tergamam Muka Mak Merah Dan Tengah Dakap Sesuatu. Rupanya Ini Yang Mak Selalu Sorokkan
Selamba Dia Intai Mak Senyap Senyap Dalam Bilik. Tergamam Muka Mak Merah Dan Tengah Dakap Sesuatu. Rupanya Ini Yang Mak Selalu Sorokkan

Masing masing dah ada kehidupan sendiri namun duka tersebut kekal dalam ingatan. Sebelum tu aku perkenalkan dulu adik beradik aku. Kami ada 6 orang adik beradik dan aku nombor 4. Along, angah, acik, aku, ila dan naim. Along aku duduk jauh dengan kami.

ARTIKEL MENARIK:Kantoi Mengadap Laptop Dan Segak Berbaju Melayu Sambil Angkat Tangan Untuk Berjabat. Isteri Terkejut Dengan Apa Yang Aaron Aziz Lakukan Senyap Senyap

Kami di utara dan along nun jauh di selatan. Sebab zaman dulu rumah kami tak ada sekolah menengah jadi mak hantar along duduk dengan nenek aku dekat Johor. Maka berdikarilah along sendirian di sekolah agama dekat johor. Zaman dulu pulak tak ada telefon bimbit dan telefon tiang tu pun kalau ada along kena jalan 4 km dari sekolah dan mak perlu ke pekan untuk menggunakannya.
Jadi mak hanya mengutus surat buat along dengan harapan along balas. Sekali dua adalah along balas. Itupun jika posmen masuk ke kampung kami. Zaman tu susah sikit. Ibu mana yang tak rindukan anak. Mak aku hantar dia jauh sebab nak kasi pendidikan pada dia.
Abah aku cerita tiap tiap malam mak aku tahajjud sebut nama along along.
Doa along jadi orang berguna. Doa along jadi haffiz, mampu uruskan sendiri emak nanti. Kalau mak nampak budak budak sebaya along, abah kata mak mulalah cengeng. Menangis rindu.
Tapi apa boleh buat. Jarak memisahkan. Kalau kereta uzur abah sihat, dapatlah abah bawa mak balik johor. Kalau tidak mak hanya mampu menarap potret along. Daam setahun mungkin 2, 3 kali sahaja mereka jumpa. Pendek cerita, along tamat belajar.
Tak jadi haffiz tapi alhamdulillah jadi orang berguna. Mak punya suka sampai buat kenduri doa selamat. Abah kata excited betul mak jemput orang kampung datang kenduri. Sempena dengan along tamat belajar. Sebulan selepas tu, abah kata along dapat kerja.
Along telefon uncle chong (tauke kedai runcit) kawan abah. Dia antara yang ada telefon di rumah. Along cakap along dah kerja. Kerja sambilan sahaja di sebuah restauran. Bila abah balik beritahu mak, mak punya suka sampai terus sujud syukur atas tanah masa tengah sapu sampah.
Bila dengar je ketawa abah, mak baru sedar dia sujud atas tanah. 2,3 tahun lepas tu along dah jarang contact mak. Abah pun. Mak pula walaupun sibuk menjaga kami, tapi mak tetap tak lupa. Hari-2 mak cerita pasal along pada kami. Aku ingat lagi masa tu, mak cakap alonglah harapan mak dan adik-2 masa mak dan abah tua nanti.
Aku pula angguk-2 saja acah faham. Zaman makin berlalu. Along berkahwin dengan wanita dari johor juga. Selepas 1 tahun kahwin, along seakan lupa mak dan abah. Akak ipar aku juga tidak ada menghubungi emak dan abah bertanya khabar. Sepi. Maka mak dan abah pergi ke rumah along.
Masa tu aku umur dalam darjah 5 lebih kurang (tak ingat sangat). Akak ipar aku kerja, along pun kerja. Kami datang rumah tu sekolah datang beramah mesra dengan dinding, pagar and so on. Rumah tidak ada orang. Sudahlah begitu, balik kerja je kakak ipar aku tinggal makan apa yang mak aku masak.
Membantu di dapur usah dikatalah. MemAng tidak sekali. Raya memang along tiap2 tahun raya belah isteri dia. Pernah sekali sahaja along balik beraya di rumah. SEKALI. Itupun banyak mak abah yang tanggung duit minyak. Along berhenti kerja. Nak mula bussines sendiri.
Aku dan adik beradik lain memang tak sokong sebab takut along jenis yang cepat putus asa. Tapu orang kata doa mak ni kan tak ada hijab, hari-2 doa akhirnya along berjaya buka restauran Tahun demi tahun berlalu. Aku mula bising pada along. Suruh along balik beraya. Mak dan abah pula bukannya makin muda.
Esok-2 bila mak abah tak ada baru nak datang sujud kat tanah sana. Aku dan adik beradik lain semua bising. Tapi respon along cuma “busy, orang ramai. Crew restoran tak cukup”. Mak aku punya husnuzon tahap tinggi langit. Aku dah cakap kat mak, restoran abang tu dah maju. Pekerja ramai, apa lagi yang tak cukupnya.

Loading...
loading...

Mak cuma cakap “biarlah along nak raya di sana agaknya”. Bulan-2 pula kadangkala along ada beri mak wang, tak banyak tapi cukuplah katanya. Hmm. Aku setiap kali raya mesti mengintai mak dalam bilik. senyap senyap intai, itupun setelah kawtim dengan boss (abah).
Malam raya selalunya mak akan sediakan kelengkapan dan bahan untuk masa esok pagi. Lepas je siap mak akan masuk bilik, berehat katanya. Aku pun intai di sebalik pintu, nampak mak pegang gambar kami masa kecik2 (gambar along cantum dengan gambar kami).
Mak peluk gambar tu, pejam mata dan aku rasa mak menangis. Tapi wajah tetap tenang. Bila aku buat-2 berdehem nak masuk bilik, mak cepat-2 baring. Konon tengah berehat. Retak hati aku tengok mak macam tu. aku ada mesej along tapi katanya aku tak faham dia. Entahlah.
Mak aku ada cakap, setiap kali raya akak ipar aku tak pernah cakap apa-2 pada mak. Aku memang benci dia dari dulu lagi. Dia selalu lebihkan keluarga dia. Masukkan gambar makan-2 dengan keluarga, keluar jalan-2 dengan keluarga dia. Habis kami? Pernah dia fikir? Aku bukan nak duit
Aku tak hamak pun. Tapi aku nak masa seorang anak. Aku nak tu. Aku tak nak mak aku nangis di hujung usia. Kakak ipar aku jenis cakap depan semut pun tak mti. Kalau belakang allahu, tuhan je tahu peritnya. Mak aku pernah pinjam duit pada dorang.
Masa tu aku dengan abang2 lain baru nak masuk belajar, tak cukup duit. Akak ipar aku pergi canang kat semua orang kampung. Bila mak aku balik johor, satu kampung tahu. Malu mak aku. Kakak ipar aku tak reti masak. Along aku saja yang tahu sebab dulu mak sempat ajar dia masak mana yang mudah.
Setiap kali kami balik johor dan datang rumah along, mesti mak aku akan jadi hamba abdi dia. Siang pagi malam keja masak aje. Kami pulak yang lelaki ni kadang-2 masuk dapur tolong mak. Akak ipar duduk di ruang tamu main telefon. Along jangan haraplah dia nak marah. Mak aku? Hmm pendam selagi mampu.
Hujung usia mak aku, ada kisah yang berlaku. masa tu aku cuti awal. Aku balik 1 minggu sebelum raya. Aku tengok mak bersungguh-sungguh nak siapkan barang-2 nak raya. Baju raya mak pilih yang mahal. Sanggup mak nak keluarkan duit (tapi aku tak bagi, aku bayar) sebab nak beli baju mahal.
Aku layankan saja sebab ingat sekali sekala mak nak bergaya,
Kuih-2 raya bersusun bertingkat-2, daun palas selalu beli satu ikat tapi hari tu beli dua ikat. Berlambak. Itik, ayam, daging… semua mak beli. Bila aku tanya, akhirnya keluarlah sebuah jawapan dengan wajah yang berseri-2.
“Along nak balik lusa” aku tanya lagi kenapa tak balik raya? Raya along sibuk mak kata. Aku senyum sinis. Heh, macam aku tak tahu bini kau yang tak nak. Sibuk nak berkepit dengan keluarga sana. Hari yang dijanjikan kunjung tiba. Mak aku masak banyak juadah berbuka. Penuh satu meja.
Katanya anak cucu nak makan. Tunggu punya tunggu along kata tak jadi balik. Anak dia mengamuk tak nak balik. Kereta dia pun meragam. Mak senyum sambil jawab “tak apa long, mak faham” aku masa tu macam orang naik hantu.
Berbakul-2 makian aku sembur pada along. Dia cuma diam. Entah dia atau entah bini dia yang bca mesej. Emak kemas meja, emak masukkan lauk-2 yang dimasak dalam bekas dan simpan dalam peti. Aku alang dan acik menitis air mata sambil bantu mak.
Mak kata lauk ni simpanlah boleh makan lagi dua tiga hari. Panaskan saja. Lepas tu mak terus masuk bilik. Malam ni kami berlima datang duduk atas katil mak. Mak mengadu dia lenguh. Adik aku urut kaki mak, aku urut tangan. Alang dan acik baring peluk mak. Mak kata rindu masa kami kecik-2 dulu. Selalu melekat je dengan mak.
Malam tu mak cerita semua pasal kami. Bermula dengan pregnat, melahirkan dan menjaga kami sampai besar panjang. SEMUA. Menitis air mata jantan kami. Sahur pagi esoknya, mak skit badan. Lenguh-2 katanya. Kami tak kasi mak bangun. Lauk pauk kami panaskan.
Tunggang terbalik jugaklah dapur dibuatnya. Kami suap mak, duduk sembang lagi. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Tengah sembang-2 mak cakap kalau along ada mesti lagi best. Kami marah sebab mak terlalu lembut dengan along. Mak kata mak tak sampai hati.
Lepas solat berjemaah subuh, mak rebah. Pendekkan cerita, mak menghembuskan nafas sebaik menunaikan solat subuh. Mak sempat menyuruh kami menyampaikan salamnya buat along. Sedih. Sebak. Kami telefon along tapi panggilan tidak berjawab.
Pendekkan cerita lagi, along menghubungi kami semula ketika urusan memandi dan mengkafankan mak selesai. Itupun setelah melihat hampir 100 miscall dari kami semua. sebaik sahaja aku beritahu yang emak sudah tiada, along menagis. Tiada gunanya log. Tiada guna!
Along suruh tunggu dia balik, dia nak tengok mak tapi kami sepakat untuk menyegerakan urusan mak. Kasihan mak. Ustaz juga ada menasihati kami agar menyegerakan urusan. Along sampai di rumah malam itu. Menangis meraung meratal semuanya ada.
Along peluk abah tapi abah tolak. Abah kata kenala pulang? Along bersujud minta maaf tapi abah kata mak kau dah takde. Along pergi pula pada kami, menangis minta maaf. Kami juga kosong ketika itu. Kosong jiwa. Kosong minda. Sahur itu kami panaskan lauk masakan terakhir emak.
Ada diantaranya yang masih elok. Kami makan sambil menitis air mata. Abah suap kami seorang demi seorang. Katanya masa tinggal berdua dengan emak, itulah guruan merek. Saling menyuapkan. Esoknya along ke tanah mak, meraung meratap memanggil emak kembali.
Tapi tiada sahutan. Tiada senyuman. Tiada suara riuh emak bercerita. Tiada lagi insan yang mendoakan. Kini, sudah 10 tahun peristiwa itu berlalu. Tapi kenangan dengan mak masih segar dalam ingatan. Setiap kali ramadhan, masih terngiang-2 suara mak memanggil kami makan.
Menyambut kami di pintu rumah setiap kali balik cuti. Lidah kami masih terasa keenakan masakan emak. Masih terbayang keletah lincah mak memasak di dapur. Rindu. Rindu yang tak terluah. Along pula menanggung sesal yang tak sudah. Along berpindah duduk di rumah lama kami.
Rumah kenangan emak dan abah. Tapi abah masih terluka. Masih belum mampu maafkan perbuatan alonf. Akak ipar aku pula sibuk berubat sana sini supaya along kembali ‘taat’ kepadanya. Macam mana aku tahu? Sebab aku sendiri pernah terkena benda buruk yang dihantar. Doa aku semoga dia berubah.
Pengajaran cerita aku ialah anak lelaki, utamakan ibumu. Ibu satu. Tiada ganti. Hilang itu maka hilanglah selamanya. Baliklah beraya hiburkan hati mak abah masing-2. Jangan sekadar menghulur wang. Hulurkan juga kasih sayang. Kerana kasih sayang pengikat tali kekeluargaan. Maaf cerita panjang. Hope dapat ambil pengajaran. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: kuasaviral.com&transformasi.pw via apampink

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post