Siapa yang tidak dikenali dengan penyanyi Haruskah nyanyian Adam AF 2? Baru-baru ini Adam dilaporkan telah terserempak dengan bekas isterinya, Fiza Abdul Halim bersama suami barunya di salah satu kedai makan.
Mengejutkan ini luahan ikhlas Adam AF bila terjumpa dengan Fiza Halim dan suami barunya. Tak sangka ini luahannya. |
ARTIKEL MENARIK:Tak pernah dapat kasih sayang dari bapa. Fasha Sandha tampil buka mulut dedah cerita tentang keluarganya buat warganet terkedu.
Adam juga memaklumkan bahawa dia selalu berdoa untuk Fiza supaya mendapat kebahagian, selain memberitahu bahawa dia berasa sangat bersyukur kerana ada seorang lelaki yang akan menjaga Fiza di masa depan.
“Sebenarnya selepas kami berpisah saya memang tidak henti-hentinya mendoakan kebahagiaannya. Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa sangat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang dapat menjaganya. Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.
“Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik,” Selain itu, Adam juga memaklumkan bahawa hubungan antara dia dan Fiza sangat baik dan tiada kebencian dari mana-mana pihak.
“Dia adalah wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya ingin membencinya .. Saya selalu mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya, ” Adam dan Fiza mendirikan rumah tangga pada September 2013 tetapi mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata. Pada 21 Disember tahun lepas, Adam melafazkan talak satu kepada Fiza di rumah mereka di Gombak sebelum menegaskan pembicaraan lafaz di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember tahun yang sama.
Semoga Adam dan Fiza memperoleh kebahagian dengan pasangan masing-masing. Hidup lebih gembira. Selepas kembali menjadi ‘orang bujang’ buat kali kedua, Adam AF tampil ceria dan tubuhnya juga semakin berisi. Adam, 34, berkata, sebelum ini dia tidak berniat menjauhkan diri daripada sesiapa, cuma dia tidak suka menghebohkan hal rumah tangganya kepada masyarakat kerana ia terlalu peribadi.
“Mana yang saya boleh jawab, saya jawab tetapi bagi saya masalah rumah tangga lebih baik kita simpan saja supaya tidak mengaibkan sesiapa. Selepas berpisah masing-masing boleh teruskan hidup sendiri tanpa rasa terbeban apa-apa. Sekarang semuanya sudah selesai dan saya gembira kerana bekas isteri (Fiza Elite) pun sudah bertemu jodoh baru. Saya doakan mereka bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.”
SUMBER : Gen2.pw via apampink
Post a Comment