Malaysia negara pertama terima Antiviral bagi merawat pesakit Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham bongkarkan yang Malaysia mula terima ubat Antiviral utk rawat 100 pesakit Covid 19

Malaysia negara pertama terima Antiviral bagi merawat pesakit Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham bongkarkan yang Malaysia mula terima ubat Antiviral utk rawat 100 pesakit Covid 19

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan Malaysia kini mempunyai pesak1t positif Covid-19 pertama yang diuji dengan ubat ant1viral, Remdeesivir. Ini kerana kata Noor Hisham, KKM telah mula menerima ubat ant1viral itu untuk mer4wat 100 pesak1t C0vid-19.

Malaysia negara pertama terima Antiviral bagi merawat pesakit Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham bongkarkan yang Malaysia mula terima ubat Antiviral utk rawat 100 pesakit Covid 19
Malaysia negara pertama terima Antiviral bagi merawat pesakit Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham bongkarkan yang Malaysia mula terima ubat Antiviral utk rawat 100 pesakit Covid 19

Ujian itu dijalankan dengan kerjasama rapat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Setakat ini kita sudah mula terima ubat untuk 100 pesak1t. Jadi ubat itu kita terima dan kita agih-agihkan kepada semua hospital.

ARTIKEL MENARIK:Hidup bersama Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham bongkarkan sesuatu mengejutkan mengenai vaksin yang dicari untuk merawat semua pesakit Covid 19

“Jadi, kes pertama telah kita masukkan dalam percubaan klinik. Tetapi sekarang ini kalau kita tengok ICU (unit rawatan rapi) pun pesak1t sudah kurang. Jadi bakinya kita akan gunakan ubat Remdesivir untuk dijalankan kajian.
“Kita pun sudah mula rekrut pesak1t pertama di Hospital Sungai Buloh iaitu yang pertama di Asia Tenggara. Jadi kita akan masukkan lebih lagi pesak1t-pesak1t untuk penyelidikan. Yang ini makan masa untuk dapat kajiannya,” katanya pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.
Noor Hisham berkata, laporan kajian berkenaan bermungkinan akan siap pada tempoh enam bulan. Setelah siap laporan, jelasnya, ia akan dihantar ke WHO. “Lambat lagi, sebab kena hantar ke WHO dan mereka akan terima laporan satu dunia. WHO ada pr0tokol penyelidikan. Mungkin dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Untuk rekod, Remdesivir merupakan antara ubat pertama yang disebut sebagai r4watan untuk C0vid-19 dan ujian klinikal secara rawak kini berada pada peringkat lanjutan. Malah saintis Amerika Syarikat juga mengakui Remdesivir berkesan untuk mer4wat C0vid-19. Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : MalaysiaGazette

Mengejutkan Bila Pakar Perubatan Dari China Minta 3 Benda Ini Dari Malaysia Untuk Cegah Covid 19. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

MALAYSIA perlu melindungi hab-hab pengangkutan, hospital dan komunitinya bagi mengelak lantunan pandemik Covid-19 apabila kerajaan negara ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin ini.
Beberapa pakar perubatan dari China berkata perlindungan terhadap ketiga-tiga hab amat penting dalam usaha mencegah kes pandemik itu daripada berulang secara domestik mahupun di luar negara. Profesor Madya merangkap Penyelia Lepasan Ijazah, Ketua Pakar Bersekutu Unit Rawatan Rapi, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong Dr Wen Miaoyun berkata bagi mencapai objektif itu, Malaysia hendaklah memperluas penggunaan kit ujian pantas antigen.
Beliau berkata Malaysia juga hendaklah menggunakan metodologi teknologi maklumat bagi memantau keadaan kesihatan seperti QRHealth Code yang digunakan secara meluas di China. “Amat sukar untuk kita meramalkan sama ada gelombang kedua akan berlaku. Buat masa ini, situasi di Malaysia semakin stabil dan turut menunjukkan tanda-tanda penurunan. Kita perlu memastikan bahawa ketiga-tiga barisan hadapan ini dilindungi, dan kita juga perlu mengambil pendekatan holistik dalam melindungi ketiga-tiga barisan hadapan ini.
“Dengan menggabung kesemua aspek, kita sebenarnya dapat mengetahui perkembangan kes masing-masing dan mencegah kemungkinan berlakunya gelombang kedua. Jadi kita perlu memberikan perhatian kepada pencegahan wabak dan semasa kita menarik balik langkah sekatan seperti PKP, ” katanya dalam satu temu bual kepada Bernama dan The Star di Kedutaan China di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Seorang lagi pakar Dr Sun Jiufeng, yang bertugas sebagai penyelidik di Universiti Sun Yat-sen, berkata apabila PKP yang lebih longgar ini dilaksanakan, pihak berkuasa perlu melakukan lebih banyak ujian terhadap mereka yang mempunyai gejala Covid-19, pengunjung kawasan yang teruk dilanda pandemik itu atau kontak rapat pesakit.

Loading...
loading...

Beliau berkata jika pihak berkuasa gagal melakukan ujian dalam kes terbabit, ia boleh menyebabkan kemungkinan berlaku jangkitan pada masa akan datang. “Penamatan PKP dan pemulihan aktiviti sosioekonomi hendaklah dilakukan selaras dengan tahap risiko. Di China, setiap kawasan telah dikategorikan kepada tiga tahap risiko iaitu tinggi, sederhana dan rendah.
“Oleh itu, PKP dan langkah-langkah sekatannya hendaklah disesuaikan dengan perkembangan situasi pandemik di Malaysia, ” katanya. Dr Sun berkata adalah penting untuk melakukan banyak ujian, termasuk ujian antibodi dan ujian genom, dalam usaha mengawal situasi seperti di Guangdong baru-baru ini.
“Kami juga menindaklanjuti dan menemu bual pesakit sama ada gejala mereka meningkat atau sama ada mereka telah menjangkiti mana-mana orang selepas didiscaj. Berdasarkan pemerhatian kami di makmal dan kajian berkaitan gejala klinikal serta epidemiologi, meskipun kesemua pesakit terbabit sekali lagi telah diuji positif, kebolehjangkitan mereka sebenarnya rendah. Sebabnya ialah tubuh manusia memerlukan masa untuk menyingkirkan virus COVID-19, ” katanya.
Sementara itu, Ketua Pakar merangkap Profesor dan Penyelia Lepasan Ijazah Perubatan Kecemasan Bersepadu Cina dan Barat Dr Li Jun berkata secara keseluruhan, Malaysia mempunyai keupayaan yang utuh bagi mengawal wabak tersebut berdasarkan kunjungan serta perbincangan dengan pakar tempatan baru-baru ini.
Beliau berkata sikap dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan petugas barisan hadapan dan pekerja kesihatan di Malaysia adalah mengagumkan. “Daripada stok peralatan perlindungan diri (PPE) dan bahan lain di beberapa hospital yang dikhususkan untuk merawat pesakit dijangkiti virus itu, kami yakin dan percaya bahawa ia adalah mencukupi bagi menangani situasi semasa Covid-19, ” kata Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Guangdong itu.
Pasukan yang terdiri daripada lapan profesional perubatan dari China itu tiba di Kuala Lumpur dua minggu lepas iaitu pada 18 April dan bertemu pakar tempatan, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, baru-baru ini.
Pada Jumaat, Dr Noor Hisham dilaporkan sebagai berkata kesemua pakar perubatan dari China telah memuji tindakan pantas dan berkesan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19, termasuk melalui pelaksanaan PKP. – BERNAMA
SUMBER : Mstar via apampink


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post