Lepas keluar dari hospital dan pulang ke rumah Ustaz Kazim mengadu sakit. Akhirnya Ustaz Kazim dikejarkan ke hospital semula. Tak sangka ini keadaan terkininya.

Lepas keluar dari hospital dan pulang ke rumah Ustaz Kazim mengadu sakit. Akhirnya Ustaz Kazim dikejarkan ke hospital semula. Tak sangka ini keadaan terkininya.

IPOH: Setelah mendapat nasihat daripada pihak pakar perubatan, pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dimasukkan semula ke sebuah hospital swasta di sini semalam. Perkara itu disahkan oleh abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz melalui laman Facebooknya hari ini.

Lepas keluar dari hospital dan pulang ke rumah Ustaz Kazim mengadu sakit. Akhirnya Ustaz Kazim dikejarkan ke hospital semula. Tak sangka ini keadaan terkininya.
Lepas keluar dari hospital dan pulang ke rumah Ustaz Kazim mengadu sakit. Akhirnya Ustaz Kazim dikejarkan ke hospital semula. Tak sangka ini keadaan terkininya.



ARTIKEL MENARIK: Dr Noor Hisham bongkarkan jika R Naught meningkat kepada 1 ini yang akan terjadi pada Malaysia. Apa yang dibongkar sangat mengejutkan orang ramai.

“Biarlah beliau berehat sementara kerana doktor mengatakan beliau kurang rehat,” katanya. Najmuddin berkata, hari ini adiknya sudah boleh tidur sedikit, cuma masih lemah akibat kesan bius. Kami ahli keluarga dan peminat-peminatnya pasti gembira dan lega dengan perubahan positif hari ini.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengambil berat keadaan beliau,” ujarnya. Najmuddin berkata, pihak keluarga amat menghargai segala doa orang ramai dan amat berharap agar doa itu dapat diteruskan.

“Allah sahaja yang mampu membalasnya. Bukan publisiti yang kami cari, cuma saya memikirkan bahawa beliau adalah milik orang ramai. Maka saya kena beritahu perkembangannya untuk maklumat tuan puan jua, terima kasih banyak-banyak,” katanya lagi.

Sebelum ini ustaz kazim di laporkan mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut dan beliau sudah dibenarkan pulang. Bagaimanapun selepas balik ke rumah Ustaz Kazim masih mengadu sakit pada bahagian belakang dan perutnya juga masih kembung.

sumber : awani via coretan ummie

Ustaz Kazim pernah kena buatan orang..

MESKIPUN beberapa kali kena buatan orang dan terlantar sakit, kesusahan itu sedikit pun tidak menghalang atau melemahkan semangat penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Muhammad Kazim Elias, 42, yang lebih popular dengan panggilan Ustaz Kazim meluaskan usaha dakwah.

Malah pengalaman yang pelbagai itu, termasuk yang agak keterlaluan iaitu diugut untuk disimbah asid dan keselamatan keluarga diancam oleh pihak yang memusuhi dan tidak senang dengan pendekatan sama rata digunakan beliau dalam mengembangkan usaha dakwah tanpa memilih ideologi politik, menguatkan lagi keazamannya untuk melakukan tugasnya.

Pendekatannya yang banyak memuji pelbagai usaha baik yang dilakukan kerajaan turut mendapat reaksi kurang menyenangkan beberapa pihak, malah ada yang sanggup menggelar dan memfitnah Pengetua Pusat Pendidikan Islam Al-Barakah itu.

“Memang sebelum ini saya memutuskan untuk bersara daripada menjadi penceramah bebas kerana menerima pelbagai ugutan, rumah saya dibaling botol yang dipenuhi dengan air kencing dan asid, menerima pelbagai cemuhan dan pelbagai ugutan.

“Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan dan mendengar nasihat daripada pelbagai pihak, saya membuat keputusan hanya untuk mengurangkan aktiviti ceramah dan menetapkan masa ceramah pada hujung minggu saja dengan keutamaan masih lagi kepada Pusat Pendidikan Islam Al-Barakah,” katanya.

Ustaz Kazim turut memuatkan segala pengalaman pahit manis dan payah jerih bergelar pendakwah bebas melalui penerbitan sebuah buku Hidupku…Sebuah Autobiografi yang menceritakan pembabitan awal beliau dalam bidang dakwah dan sejarah hidup ringkas yang diceritakan secara bersahaja.


Loading...
loading...

“Bukan semua pengalaman itu indah. Saya juga tidak terlepas daripada ditimpa musibah dan dilanda badai kehidupan. Saya juga pernah jatuh sakit, ditimpa kemalangan, dihimpit kesusahan baik dari segi kewangan, kesedihan atau pun kesihatan.

“Ia banyak membentuk jati diri saya dan mengubah kehidupan saya kepada yang lebih baik. Datangnya ujian itu adalah dalam pelbagai bentuk dan ia silih berganti,” katanya. Bukunya disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir di Ipoh tahun lalu.

SUMBER : Berita Harian via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post