Sehingga ke hari ini, masih ada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini termasuklah individu yang menjalani kuarantin cuba melarikan diri.
Lelaki lari dari pusat kuarantin sebab nak makan mi, siap post gambar di Facebook |
ARTIKEL MENARIK:Larangan rentas negeri masih kekal sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat
Lapor Sin Chew Daily, lelaki berusia 27 tahun itu juga dipakaikan gelang (QR code) agar pihak berkuasa dapat memantau pergerakannya.
Terdahulu, Kerajaan Sarawak menetapkan, mana-mana individu yang masuk ke negeri ini dikehendaki memakai gelang tangan khas tersebut dan menjalani kuarantin selama 14 hari.
Dengan keputusan yang diwartakan itu, mereka yang didapati cuba menanggalkan gelang tangan khas tersebut dianggap melanggar undang-undang.
Dalam kes ini, lelaki terbabit menanggalkan gelang tangan khasa itu dan lari dari hotel menuju ke sebuah kedai makan untuk menikmati hidangan mi. Malah, dia turut memuat naik gambar hidangannya di Facebook dengan kapsyen, "Kuarintin days-7".
Loading...
loading...
Netizen mengecam tindakannya yang jelas sekali melanggar arahan kuarantin. Menyedari dirinya dikecam teruk di media sosial, lelaki itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya pada pagi 25 Mei 2020.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian itu dan akan kes itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Post a Comment