Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka. Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula.

Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka. Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 105 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,176 kes setakat Sabtu. Daripada jumlah kes itu, 11 adalah kes import. Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes dengan 60 kes dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka. Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula.
Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka. Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula.

Sebanyak 69 kes positif direkodkan pada Jumaat, 57 (Khamis) dan 94 pada Rabu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada pemergian akibat virus itu direkodkan pada Sabtu, menjadikan pemergian keseluruhan kekal 103 kes.

ARTIKEL MENARIK:Jatuh air mata Ustaz Ebit gara gara orang besar Kedah. Akhirnya Ustaz Ebit Lew dedahkan individu yang memaksanya utk berhenti beri bantuan tanpa minta izin dari mereka


“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, tiada pemergian berkaitan Covid-19 direkodkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes pemergian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 103 kes,” ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.
Tambahnya, seramai 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 12 kes memerlukan bantuan pernafasan. Sehingga hari ini, 116 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan keseluruhan pulih di Malaysia sebanyak 4,326 kes.
SUMBER : Mstar

Ramai Pihak Tidak Setuju Bila Pkp Dilonggarkan. Sebenarnya Ini Punca Mengapa Pkp Di Malaysia Diberi Kelonggaran.

PUTRAJAYA: Malaysia berjaya memenuhi enam kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antaranya ialah memperketatkan kawalan sempadan negara untuk mengelakkan kes import positif COVID-19.
“Kedua, negara berjaya mengawal pergerakan untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dan meningkatkan keupayaan fasiliti kesihatan. Selain itu keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya turut dipertingkatkan, selain melaksanakan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai penutup muka,” katanya.
Tambah Muhyiddin, kriteria keenam yang berjaya dipenuhi negara adalah pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu. “BEBERAPA minggu lalu, kita bimbang jangkitan ini (Covid-19) berlaku kenaikan tinggi.
“Disebabkan itu kita meminta penangguhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beberapa minggu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, beliau berkata, negara kini berada dalam fasa pemulihan berbanding ketika tempoh pelaksanaan PKP di peringkat awal dan berharap ia semakin baik.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan nasihat (kepada kerajaan) sebelum tindakan seterusnya. Tujuan utama kita untuk melandaikan lekuk jangkitan dan kita berjaya melakukannya serta membuat langkah mengekang sejak awal lagi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, keputusan kerajaan melonggarkan PKP fasa empat seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan kejayaan semua pihak melandaikan jangkitan Covid-19. Katanya, pada awal pelaksanaan tiada impak ekonomi berlaku dan keputusan terbaharu dibincangkan secara kolektif oleh semua pihak terbabit.

Loading...
loading...

COVID-19: Enam kriteria tentukan PKP sambung atau tidak

KUALA LUMPUR: Enam kriteria utama perlu diambil kira untuk menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung atau tidak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum PKP diputuskan bersambung atau tidak.
“Kriteria pertama ialah kawalan sempadan yang penting untuk mengelakkan kes import berlaku dan perkara ini kita belajar daripada negara lain. Kriteria kedua, kawalan pergerakan untuk memastikan tiada rakyat tempatan dijangkiti dan pentingnya untuk rakyat berada di rumah.
“Kriteria ketiga pula adalah berkenaan peningkatan fasiliti kesihatan, manakala kriteria keempat ialah keperluan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, kriteria kelima pula adalah mengenai mengadaptasi normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai pelindung muka yang perlu dilakukan masyarakat hari ini. Kriteria keenam ialah pemerkasaan komuniti yang penting untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu,” katanya.
Sumber Bharian via Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post