PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak dua bulan lalu bagi membendung penularan wab4k C0vid-19 memberi k3san kepada rakyat yang sem4kin k3sempitan hidup apabila tidak bekerja. Justeru itu, pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin menerusi Instagramnya menyatakan sokongan dan memahami keputusan
Kedai Pajak Gadai Diserbu. Rupa Rupanya Ini Punca Mengejutkan Kerajaan Buka Balik Ekomoni. Ramai Orang Ke Pajak Gadai Gara Gara Hilang Kerja |
kerajaan membuka semula ekonomi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula Isnin. Dia turut berkongsi beberapa foto yang tular di media sosial memperlihatkan orang ramai beratur di kedai pajak gadai bagi menukar barang berharga mereka kepada wang tunai.
ARTIKEL MENARIK:Baru beberapa jam pkp dilonggarkan Kkm kesan ada satu lagi kluster baru yang libatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur. Rupa rupanya ini yang terjadi di tapak pembinaan itu.
Shahrulezad berkongsi foto-foto tular orang ramai beratur di kedai pajak bagi menukar barang berharga mereka kepada wang tunai. “Pemandangan di beberapa buah kedai pajak. Sebaik bermulanya PKPB hari ni ramai yang berpusu-pusu ke situ.”
“Sekarang fahamkan kenapa kerajaan terp4ksa ambil keputusan tak popular buka balik aktiviti ekonomi walaupun berisiko tinggi? Sebab kerana macam inilah.” “Lagi lama kita shutdown lagi banyak pemandangan sebegini kita akan lihat hari demi hari. m4kin ramai yang hilang pendapatan. m4kin ramai yang hilang kerja, ” ujarnya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB yang membolehkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi pada Isnin. Dalam pada itu, dia berharap agar orang ramai menggunakan kelonggaran yang diberikan ini dengan sebaiknya dan menjaga diri masing-masing mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan.
“Cuma saya harap sangat masing-masing jaga diri masing-masing jangan sampai hujung-hujung muncul pulak kluster pajak gadai sudah. Kasihan KKM dengan frontliners nak kawal balik pandemik ini, ” ujarnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: mstar
Loading...
loading...
Hari Pertama PKPB, Kedai Pajak Gadai Penuh Kena Serbu. Sekali Tauke Kedai Baru Tahu Sepatutnya Tak Boleh Buka
Selepas 46 hari seluruh negara dikenakan perintah kawalan pergerakan PKP, kelonggaran sekatan yang berkuatkuasa hari ini menyasikan sebilangan besar rakyat yang kekurangan wang tunai beratur di kedai-kedai pajak gadai. Fenomena di seluruh negara ini dilaporkan oleh ramai warga maya di media sosial.
Tinjauan Malaysiakini di Petaling Jaya mendapati ramai yang berbaris panjang di beberapa kedai pajak gadai. Malah, sebuah kedai yang kami kunjungi mempunyai kira-kira 30 pelanggan yang berbaris di luar. Freeman Tan, yang mengendalikan cawangan Pajaking di bandar lama Petaling Jaya, berkata,
sebahagian besar daripada pelanggan menggadaikan emas mereka untuk mendapatkan wang tunai. Katanya, sebahagian besar mereka adalah golongan berpendapatan rendah yang kehidupannya terjejas teruk akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac lalu.
Sediakan sejumlah besar wang tunai
Tan berkata bahawa dia menyediakan sejumlah wang tunai yang besar hari ini kerana memang menjangkakan peningkatan pelanggan hari ini. ” Sepanjang tempoh PKP, ramai pelanggan menelepon dan meminta saya membuka semula kedai.
” Mereka sangat memerlukan wang tunai,” katanya, sambil menambah bahawa dia terpaksa menolak permintaan tersebut. Menurut Tan, sebilangan pelanggan tidak menyimpan wang di bank dan lebih suka memakai barangan kemas yang mudah digadaikan atau dijual apabila timbul keperluannya. Walaupun kerajaan membenarkan kedai pajak gadai beroperasi semasa fasa 2 tempoh PKP, namun kebanyakan mereka memilih untuk menutup.
Datang untuk tebus cincin
Pada awal April lalu, persatuan yang mewakili kedai pajak gadai bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembayaran selama tiga bulan. Pajaking adalah antara kedai yang mematuhi lanjutan tiga bulan itu. Ada juga pelanggan yang memberitahu Malaysiakini bahawa mereka bimbang kehilangan barang yang digadaikan dan memutuskan untuk datang menebusnya, hari ini.
Seorang pelanggan, yang tidak mahu dikenali, berkata, dia menggadaikan cincinnya dan tarikh akhir tebus adalah pada 1 April. Dia mahu menyelesaikan pinjamannya hari ini dan menebus cincinnya. ” Saya kerja menghantar barangan dan dibenarkan kerja semasa tempoh PKP. Jadi saya mampu bayar balik pinjaman,” katanya.
Seorang pelanggan lain bekata tempoh gadaiannya sudah luput dan dia segera datang untuk membayar bunga serta memohon lanjutan untuk mengelakkan barangannya dirampas. Dia tidak menyedari tentang lanjutan tiga bulan yang diberikan itu.
Peniaga keliru, sepatutnya tak boleh buka
Sementara itu, Tan berkata bahawa dia tidak menyedari bahawa industri pajak gadai bukan termasuk sektor yang dibenarkan beroperasi mengikut peraturan kerajaan negeri Selangor. Peraturan itu dimuat naik di laman web Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada jam 10 malam tadi.
Tan bukannya keseorangan. Banyak perniagaan lain yang tidak termasuk dalam senarai Amirudin dibuka hari ini. Mereka termasuk, Hong, 30, yang menjalankan perniagaan mencuci kereta. Dia berkata, terdapat kekurangan penyelarasan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
” Saya tidak terima notis dari kerajaan negeri Selangor. Jika mereka beri notis, saya tidak akan buka,” katanya. Hanya seorang pelanggan yang mencuci kereta di kedai Hong pagi ini dan pengusaha itu bimbang tentang masa depan perniagaannya. Sebagai langkah berjaga-jaga, dia kini tidak membenarkan pelanggan menunggu di premisnya.
Pemilik kedai alat tulis, yang hanya ingin dikenali sebagai Kuok, berkata sejak sekolah ditutup, prospek perniagaan jangka pendeknya suram. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : M.U via apampink
Post a Comment