Kali ini boleh naik 4 orang dalam satu kereta tapi dengan syarat. Akhirnya Datuk Ismail Sabri jelaskan syaratnya yang rakyat perlu patuhi.

Kali ini boleh naik 4 orang dalam satu kereta tapi dengan syarat. Akhirnya Datuk Ismail Sabri jelaskan syaratnya yang rakyat perlu patuhi.

Minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula Isnin ini perlu digunakan majikan dan pekerja untuk menyusun strategi, merancang dan melaksanakan perubahan baharu di tempat kerja masing-masing.

Kali ini boleh naik 4 orang dalam satu kereta tapi dengan syarat. Akhirnya Datuk Ismail Sabri jelaskan syaratnya yang rakyat perlu patuhi.
Kali ini boleh naik 4 orang dalam satu kereta tapi dengan syarat. Akhirnya Datuk Ismail Sabri jelaskan syaratnya yang rakyat perlu patuhi.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tidak wujud keperluan bagi mana-mana sektor untuk memulakan perkhidmatan sepenuhnya, sebaliknya perlu menumpukan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam sektor masing-masing dan normal baharu di tempat kerja.

ARTIKEL MENARIK:Memang Malaysia Sekarang Di Fasa Pemulihan.Tapi Belum Sampai Ke Pengakhiran Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan apa yang akan terjadi lepas ini.

Dr Noor Hisham berkata, garis panduan yang disediakan Kementerian Kesihatan jelas, justeru kini adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk melaksanakannya. “Ini adalah tanggungjawab sosial kita dan kita memerlukan disiplin dan pematuhan sosial untuk melaksanakan SOP ini.
“Kita mesti membiasakan diri dengan normal baharu ini. Dunia sudah tidak sama lagi. “Kita mesti belajar bahawa tindakan setiap individu memberi kesan terhadap bagaimana kita menguruskan COVID-19 dalam masyarakat. Kita perlu membiasakan dan menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam hidup,” katanya.
Empat sekeluarga serumah boleh naik satu kenderaan
Kerajaan membenarkan kenderaan persendirian membawa maksimum empat penumpang, dengan syarat mestilah daripada keluarga dan rumah yang sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata isu penjarakan sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga yang tinggal serumah, justeru tiada masalah mereka menaiki kenderaan persendirian bersama. “Mungkin ada yang cuba bawa kawan, ada yang ingkar. SOP (prosedur operasi standard) ini mesti dipatuhi dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sumber : BHARIAN ONLINE

Bila Pkp Dilonggarkan Bukan Bermaksud Boleh Pergi Jalan Jalan Sesuka Hati. Akhirnya Ketua Polis Negara Tampil Buka Mulut Beri Kenyataan Pada Buat Warganet Terkedu.

“Jangan hilang pedoman dan hilang akal apabila dibolehkan bergerak mulai Isnin ini,” demikian saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kepada orang ramai apabila kerajaan melonggarkan beberapa syarat, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung.
Orang ramai diminta untuk bersabar dan sentiasa membuat pertimbangan yang sebaiknya semasa ingin keluar dari rumah kerana penularan dan penyebaran wabak COVID-19 masih berlaku. Abdul Hamid berkata, sebaiknya hanya mereka yang benar-benar perlu keluar sama ada untuk bekerja di sektor yang sudah dibenarkan, membeli barang keperluan, mendapatkan rawatan kesihatan, selain mempunyai kaitan dengan kebenaran kerajaan boleh bergerak untuk menjalankan aktiviti harian mereka.
“Keputusan yang dibuat kerajaan ini bukanlah satu jaminan bahawa penyakit ini sudah berjaya diatasi. Namun, kerajaan memberikan kelonggaran disebabkan atas kepentingan ekonomi. Jadi orang ramai perlu bersabar dan tidak tergopoh-gapah.

Loading...
loading...

“Jadi saya menyarankan orang ramai untuk tidak mengambil kesempatan dan menggunakan peluang ini untuk mereka keluar beramai-ramai tanpa tujuan semata-mata untuk berada di luar rumah,” katanya selepas melawat penugasan sekatan jalan raya di Jalan Rawang-Kuala Lumpur.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (kiri) ketika melawat penugasan sekatan jalan raya di Jalan Rawang-Kuala Lumpur.
Beliau berkata, kerajaan sebenarnya akan melonggarkan lagi syarat yang ada dalam PKP pada masa akan datang supaya orang ramai boleh keluar untuk beriadah. “Itu memang ada dalam perancangan kerajaan tetapi masih belum diputuskan masa yang sesuai. Namun, harus dipastikan keadaan benar-benar selamat dan penjarakan sosial sentiasa diamalkan.
“Justeru saya sekali lagi menegaskan, jangan pula pada hari Isnin ini, keadaan menjadi kelam-kabut, kesesakan panjang berlaku dan orang ramai keluar sehingga keadaan menjadi tidak tentu arah. Ikutlah saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kita berjaya mengatasi penyebaran dan penularan COVID-19,” katanya.
Sumber : Bharian Online via Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post