Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menjangkakan jumlah kes baru Covi1d-19 akan lebih tinggi pada dua hari akan datang kerana proses pemeriksaan yang berterusan di tiga depoh imigresen.
Dijangka kes covid 19 akan meningkat mendadak pada esok dan lusa. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan puncanya, |
ARTIKEL MENARIK:PM Pertama Ketuai Alunan Takbir Raya, TSMY Buat Seluruh Rakyat Malaysia Sebak
“Jadi hari ini, esok dan lusa, kami menjangkakan peningkatan kes,” kata Noor Hisham pada sidang media Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini. Beliau menjelaskan kluster jangkitan di depoh imigrasi telah diasingkan dan mereka yang diuji positif Cov1id-19 telah dihantar ke hospital untuk dikuarantin.
Noor Hisham turut memaklumkan daripada 66 kes positif yang dikesan dalam kluster depoh imigresen Semenyih, hanya seorang sahaja warganegara Malaysia yang merupakan kakitangan pentadbiran di depoh itu.
Ketika Kementerian Kesihatan sedang memeriksa semua orang di depoh imigresen, sama ada mereka yang ditahan atau kakitangan dan pegawai depot, Noor Hisham berkata pihaknya berjaya mengenal pasti seorang kakitangan pentadbiran yang positif Cov1id-19.
Bagaimanapun, kata Noor Hisham KKM masih belum pasti sama ada kakitangan pentadbiran itu dijangki1ti Covi1d-19 daripada tahanan di depoh atau daripada masyarakat di luar. Walau apa pun, jelasnya, KKM akan melakukan pemeriksaan terhadap keluarga kakitangan tersebut serta pengesanan kes aktif untuk kontak rapat dan yang berkaitan dengan staf pentadbiran itu.
Usah bimbang, depoh imigresen terasing, terkawal – KP Kesihatan
Orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes Cov1id-19 yang dikesan di tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI) kerana DTI merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi lain kerajaan bagi pengurusan kes Covi1d-19 yang melibatkan DTI. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : MV
Mengejutkan PM Jalani Kuarintin Selama 14 Hari Mulai Hari Ini Kerana Pegawainya Positif Covid 19. Tak Sangka Ini Puncanya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.
“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19. YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.
“Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” memetik kenyataan itu.
Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini. Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.
Semoga PM kita selamat sentiasa. Aminn
Tan Sri Muhyiddin Lantang Bersuara Tentang Sekolah Yang Bakal Dibuka. Akhirnya Perdana Menteri Dedahkan Murid Yang Akan Mula Bersekolah Semula Dengan Sop Yang Baru
Menerusi Perutusan Khas Perdana menteri sempena Hari guru tanggal 16 Mei 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan diberikan keutamaan untuk ke sekolah terlebih dahulu apabila sekolah dibuka nanti.
“Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu”, ujarnya. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa SOP mengenai jarakkan sosial yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi supaya penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga sekolah dapat dielakkan.
“Ini untuk memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi. “SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain”, tambahnya lagi.
Sumber: Bernama/Muhyiddin Yassin
Covid 19 Belum Selesai Tapi Sesi Persekolahan Dibuka Semula. Akhirnya Menteri Pendidikan Bersuara Lantang Pelajar Perlu Kembali Ke Sekolah. Tak Sangka Ini Cabaran Dan SOP Yg Bakal Diambil
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam fasa merangka prosedur operasi standard (SOP) pasca Covid-19 bagi sesi persekolahan negara apabila ia dibuka semula. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara.
Menurutnya, ia cabaran besar kepada KPM untuk memastikan pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan tidak terjejas ketika di sekolah. “Jika dulu sebuah kelas boleh memuatkan sehingga 35 pelajar namun selepas ini jumlah itu akan dikurangkan kepada 16 hingga 17 orang bagi menjaga jarakkan sosial.
“Ini adalah cabaran KPM bagaimana untuk menempatkan pelajar ini agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan tetapi dalam masa sama SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Soal Rakyat Wawancara Khas Bersama Menteri Kanan Pendidikan terbitan TV3, semalam.
Beliau berkata, guru juga perlu bersedia memastikan pelajar terus bermotivasi selepas tidak hadir ke sekolah lebih dua bulan lalu kerana pandemik Covid-19. Katanya, peranan guru juga akan berbeza kerana perlu memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi pelajar apabila sekolah dibuka nanti.
“KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam untuk hadir ke sekolah terlebih dulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan. “Kementerian juga akan pastikan penerokaan ilmu itu akan terus berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HM
Boleh Solat Jumaat Terawih Dan Solat Aidilfitri Di Masjid. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang Perbincangan Melibatkan Solat Jumaat Buat Ramai Terkedu
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jangkaan mengenai situasi penularan Cov-19 dalam tempoh dua hingga empat minggu kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
Mesyuarat yang bermula awal hari ini kata Noor Hisham, adalah untuk memberikan memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung cadangan membenarkan silat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya sudah membentangkan perkembangan COV-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu. “Selain solat Jumaat, ada banyak yang dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya pada sidang media harian hari ini.
Noor Hisham berkata demikian menjawab pertanyaan media tentang nasihat KKM tentang mesyuarat yang membincangkan tentang saranan solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri semasa PKPB. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah memberikan penerangan dan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.
“Kita berharap kebijaksanaan jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,
garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Garis panduan itu adalah sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.
via Era Kini
Post a Comment