Ashraf Muslim menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khabar gembira apabila dibenarkan keluar wad selepas mendapat rawatan akibat jangkitan C0vid-19. Meski disahkan bebas dari w4bak itu, pelakon tersebut menyatakan rasa sebak apabila terpaksa tinggalkan sahabat lain di wad.
Dah lama negatif Covid 19 tapi saje duduk ward lagi. Akhirnya Ashraf Muslim bongkarkan punca dia pilih duduk di ward padahal dah boleh pulang sehari sebelum Ramadan |
Malah dia mendedahkan memilih untuk terus kuarantinkan diri di hospital meski mendapat keputusan negatif sehari sebelum Ramadan kerana ingin merasai pengalaman berjemaah pada bulan mulia ini. “Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk tinggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.
ARTIKEL MENARIK:Tiada pendapatan lepas Abam Bocey pergi buat selamanya. Akhirnya ini yang Nor Hidayah lakukan demi kelangsungan hidup mereka anak beranak
“Allahuakbar, tak boleh nak terjemahkan perasaan ini… 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang abang dan adik adik warga Wad 31 dan rakan rakan Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan rakan saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya.
“Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua,” jelasnya. Ashraf pada masa sama turut mengakui banyak pengalaman serta memori tercipta sepanjang tempoh menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh itu.
“Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pes4kit pesakit semuanya dtg dr pelbagai kaum, agama dan latarbelakang tapi hanya satu sahaja yg kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. “Jangan risau sahabat.. Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.
“Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan rakan artis dan wartawan yg ada bertanyakan bila saya boleh keluar dr wad. Tapi saya sentiasa mengelak utk menjawabnya. “Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad31 utk kuarantin kan diri di wad.
Byk sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yg dapat buat bersama-sama dgn pes4kit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. “Maafkan saya kalian dgn tindakan saya itu.
Loading...
loading...
“Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pes4kit-pes4kit C0vid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah. “Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pes4kit c0vid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya,” tulisnya sambil memberikan kredit buat para pes4kit lainnya.
Terdahulu, Ashraf Muslim disahkan p0sitif COVlD-19, sebaik pulang selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland, penghujung bulan Mac lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Foto : Instagram Ashraf Muslim
Sumber : Media Hiburan via Era Kini
Post a Comment