Covid 19 belum selesai tapi sesi persekolahan dibuka semula. Akhirnya Menteri Pendidikan bersuara lantang pelajar perlu kembali ke sekolah. Tak sangka ini cabaran dan SOP yg bakal diambil

Covid 19 belum selesai tapi sesi persekolahan dibuka semula. Akhirnya Menteri Pendidikan bersuara lantang pelajar perlu kembali ke sekolah. Tak sangka ini cabaran dan SOP yg bakal diambil

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam fasa merangka prosedur operasi standard (SOP) pasca Covid-19 bagi sesi persekolahan negara apabila ia dibuka semula. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara.

Covid 19 belum selesai tapi sesi persekolahan dibuka semula. Akhirnya Menteri Pendidikan bersuara lantang pelajar perlu kembali ke sekolah. Tak sangka ini cabaran dan SOP yg bakal diambil
Covid 19 belum selesai tapi sesi persekolahan dibuka semula. Akhirnya Menteri Pendidikan bersuara lantang pelajar perlu kembali ke sekolah. Tak sangka ini cabaran dan SOP yg bakal diambil
Menurutnya, ia cabaran besar kepada KPM untuk memastikan pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan tidak terjejas ketika di sekolah. “Jika dulu sebuah kelas boleh memuatkan sehingga 35 pelajar namun selepas ini jumlah itu akan dikurangkan kepada 16 hingga 17 orang bagi menjaga jarakkan sosial.

ARTIKEL MENARIK:Mengejutkan Ramai Orang Pergi LHDN Untuk Buat Rayuan BPN. Tiba Tiba Ada Peguam Dedahkan Jangan Datang Melenggang. Rupanya Ini Yang Perlu Bawa Untuk Buat Rayuan.

“Ini adalah cabaran KPM bagaimana untuk menempatkan pelajar ini agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan tetapi dalam masa sama SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Soal Rakyat Wawancara Khas Bersama Menteri Kanan Pendidikan terbitan TV3, semalam.

Beliau berkata, guru juga perlu bersedia memastikan pelajar terus bermotivasi selepas tidak hadir ke sekolah lebih dua bulan lalu kerana pandemik Covid-19. Katanya, peranan guru juga akan berbeza kerana perlu memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi pelajar apabila sekolah dibuka nanti.

“KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam untuk hadir ke sekolah terlebih dulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan. “Kementerian juga akan pastikan penerokaan ilmu itu akan terus berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Boleh Solat Jumaat Terawih Dan Solat Aidilfitri Di Masjid. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang Perbincangan Melibatkan Solat Jumaat Buat Ramai Terkedu

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jangkaan mengenai situasi penularan Cov-19 dalam tempoh dua hingga empat minggu kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Mesyuarat yang bermula awal hari ini kata Noor Hisham, adalah untuk memberikan memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung cadangan membenarkan silat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya sudah membentangkan perkembangan COV-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu. “Selain solat Jumaat, ada banyak yang dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya pada sidang media harian hari ini.


Loading...
loading...

Noor Hisham berkata demikian menjawab pertanyaan media tentang nasihat KKM tentang mesyuarat yang membincangkan tentang saranan solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri semasa PKPB. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah memberikan penerangan dan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Kita berharap kebijaksanaan jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,

garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Garis panduan itu adalah sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

Garis Panduan Solat Jumaat dalam tempoh PKPB akan diputuskan Majlis Raja-raja

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam hari ini memutuskan satu garis panduan solat Jumaat semasa tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimanapun berkata, resolusi muzakarah itu akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja. “Ia bagi sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Awal hari ini, Zulkifli berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah meneliti cadangan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dan surau untuk mencegah jangkitan Cov-19.

Kata Zulkifli, faktor masa yang sesuai untuk pelaksanaan garis panduan itu akan berpandukan kepada nasihat dan saranan KKM selaku pihak yang berkepakaran. Tambah Zulkifli lagi, Raja-raja Melayu mempunyai hak untuk memutuskan sebarang urusan berhubung hal ehwal agama di negeri-negeri.

“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. “Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya.

Sumber : MalaysiaGazette via apampink



-----------------------------------------------------------------


 

Post a Comment

Previous Post Next Post