Boleh solat di masjid dan surau. Akhirnya Menteri Agama dedahkan syarat utk rakyat Malaysia solat dan lakukan aktiviti di masjid dan surau. SOP dah siap cuma tunggu arahan kerajaan

Boleh solat di masjid dan surau. Akhirnya Menteri Agama dedahkan syarat utk rakyat Malaysia solat dan lakukan aktiviti di masjid dan surau. SOP dah siap cuma tunggu arahan kerajaan

Semasa kita menjalani PKP, kerajaan telah mengumumkan masyarakat yang beragama Islam tidak dibenarkan membuat aktiviti keagamaan di masjid dan surau.

Boleh solat di masjid dan surau. Akhirnya Menteri Agama dedahkan syarat utk rakyat Malaysia solat dan lakukan aktiviti di masjid dan surau. SOP dah siap cuma tunggu arahan kerajaan
Boleh solat di masjid dan surau. Akhirnya Menteri Agama dedahkan syarat utk rakyat Malaysia solat dan lakukan aktiviti di masjid dan surau. SOP dah siap cuma tunggu arahan kerajaan

Terbaru, pembukaan semula masjid dan surau akan dilaksanakan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan SOP yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), lapor Bernama.

ARTIKEL MENARIK:Bakal terima pesakit Covid 19 lebih ramai musim raya. Kali ini frontliners luah sesuatu yang mengejutkan orang ramai.

Menerusi laporan itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata garis panduan telah siap dan sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lepas.
Dalam perkara ini, kebenaran daripada KKM dan MKN sangat penting dalam pembukaan semula masjid dan surau ini. Turut difahamkan SOP berkenaan telah disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik,” – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Pembukaan masjid akan dilaksanakan dalam masa terdekat, tetapi sepanjang PKPB ini segala aktiviti masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.
Sumber: Lobakmerah

Garis panduan ibadah di masjid, surau telah disediakan, tunggu arahan kerajaan

KUALA LUMPUR, 4 Mei  — Pembukaan semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang telah disiapkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
 Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan itu disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya. Zulkifli berkata garis panduan itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada 30 April lepas yang dipengerusikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh serta dihadiri oleh para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia dan ahli-ahli yang dilantik MKI. 
“Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini menjawab soalan lazim (FAQ) mengenai aktiviti agama di masjid dan surau yang masih dilarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Loading...
loading...

Menjawab soalan sama ada wujud kebarangkalian ia dilaksanakan dalam waktu terdekat, menteri itu berkata: “Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat Malaysia secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat KKM dan MKN.”
Buat masa ini, berdasarkan pertimbangan pihak-pihak berwajib, kerajaan memutuskan sebarang bentuk aktviti agama berjemaah di masjid dan surau masih dilarang dalam tempoh PKPB. Dalam pada itu, Zulkifli berkata jika pelaksanaan garis panduan itu mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan, ia tetap tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa utama di negeri-negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.
“Urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri yang jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
— BERNAMA via apampink

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post