Baru 2 hari PKP dilonggarkan tak sangka Zon Merah Covid 19 meningkat. Rupa rupanya ini yg berlaku pada kawasan yang tiba tiba kes meningkat sekaligus menjadikan kawasan Zon Merah

Baru 2 hari PKP dilonggarkan tak sangka Zon Merah Covid 19 meningkat. Rupa rupanya ini yg berlaku pada kawasan yang tiba tiba kes meningkat sekaligus menjadikan kawasan Zon Merah

ZON merah C0vid-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan, setakat 12 tengah hari semalam. Petaling di Selangor menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 52 kes, sekali gus zon merah.

angka Zon Merah Covid 19 meningkat. Rupa rupanya ini yg berlaku pada kawasan yang tiba tiba kes meningkat sekaligus menjadikan kawasan Zon Merah
angka Zon Merah Covid 19 meningkat. Rupa rupanya ini yg berlaku pada kawasan yang tiba tiba kes meningkat sekaligus menjadikan kawasan Zon Merah

Pada Ahad, daerah itu diletakkan sebagai zon kuning dengan 39 kes namun, jumlah kesnya meningkat semula, semalam. Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan.

ARTIKEL MENARIK:Minta maaf dan bayar ganti rugi RM1 juta. Akhirnya Amin Idris bersuara lantang bongkarkan kes saman Abu Syafiq yang dah expired beberapa hari lepas.

Selain itu, Infografik CPRC juga menunjukkan Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu diisytihar zon hijau apabila mencatatkan sifar kes aktif jangkitan C0vid-19. Ini menjadikan lima negeri bebas kes C0vid-19 termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak. Berlaku penambahan daerah zon hijau daripada 86 daerah kepada 111 daerah dan hingga semalam, Malaysia merekodkan 6,353 kes positif C0vid-19 serta 1,764 kes aktif.

Sebahagian kawasan di Selayang, Chow Kit dikenakan PKP ‘separa ketat’

DALAM pada itu, dua kawasan di Kuala Lumpur dikenakan perintah kawalan pergerakan “separa ketat” bagi memudahkan ujian saringan C0vid-19 dijalankan secara besar-besaran ke atas penduduk setempat. Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang, serta sebahagian daripada Chow Kit di Jalan Raja Bot dikenakan perintah itu sejak 6 pagi tadi.

Loading...
loading...

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara berkata penduduk masih dibenarkan keluar masuk kawasan itu jika mereka mempunyai alasan sah.“Perniagaan beroperasi seperti biasa,” katanya kepada FMT. Beliau berkata, perintah itu bertujuan membolehkan pihak berkuasa menjalani ujian saringan ke atas semua penduduk dan pekerja asing.
Katanya, pihak berkuasa berbincang dengan penduduk di Selayang sebelum melaksanakan perintah itu. “Hanya di Chow Kit, ia dirancang tanpa pengetahuan penduduk.” Santhara berkata, hanya kawasan kecil di sekitar pasar Chow Kit akan terjejas.
“Warga asing tanpa dokumen tidak akan dibenarkan keluar untuk memudahkan proses saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan.” Beliau berkata, disebabkan ramai yang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur tinggal di Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti, mereka mungkin menjadi kontak rapat kepada kes positif daripada Parcel D.
Oleh itu, katanya, KKM meminta kawasan itu disaring. Beliau berkata, kawasan di Chow Kit pula akan menjalani pemeriksaan seperti yang dilakukan di Kampung Baru 2 minggu lalu. “Itu berakhir 3 hari lalu.” Katanya, tiada makanan akan diberikan kepada penduduk di kawasan PKP separa ketat kerana mereka masih boleh keluar masuk.
“Kedai juga dibuka di bawah peraturan PKP.” Beliau berkata, kawasan itu di bawah pemantauan polis untuk memudahkan ujian saringan dijalankan kerana hanya 10% penduduk disaring setakat ini. “Ini untuk memastikan tiada lagi kes positif di kawasan itu.”
Pihak berkuasa akan melakukan sekatan jalan di kawasan yang dikenakan PKP separa ketat untuk memeriksa individu yang keluar masuk kawasan itu. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Harian Metro, FMT via apampink
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post