PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat sini, hari ini. Ia susulan selebriti berkenaan membeli dan menggunakan cincin berukiran mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Akhirnya Wak Doyok dipanggil pihak berkuasa untuk memberi keterangan tentang cincin ukir yg mempunyai lambang pribadi Sultan Johor. Tak sangka ini yang terjadi ketika dia memberi keterangan. |
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke IPD Iskandar Puteri dari Klang sejak jam 11 pagi tadi. “Wak Doyok disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
ARTIKEL MENARIK:Noor Nabila Ded4h Keadaan Sebenar Bilik Neelofar, Netizen Terpegun ” Macam Gua Harta Karun”
“Kes ini sebenarnya sudah lama, dia membeli cincin pada 2012 secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia. Namun satu laporan polis sudah dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
“Kertas siasatan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. Semalam, Wak Doyok dilaporkan memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Loading...
loading...
Wak Doyok membuat permohonan maaf di akaun Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di akaun Instagram baginda. Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Wak Doyok berdepan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau hotel besi tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.
“Memang menjadi kesalahan di Johor mengikut enakmen ini kerana tidak ada mana-mana individu boleh menggunakan, menempah, menghasilkan, menyalahgunakan lambang dan anugerah yang dikurniakan oleh Sultan Johor kecuali selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Sultan Johor. Saya bagi amaran jangan sewenang-senangnya menggunakan memakai membuat menyalahgunakan lambang ini kerana ia adalah satu kesalahan,” katanya.
SUMBER : Harian Metro via Media Metro Terkini
Post a Comment