Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Keputusan PKPB Akan Ditamatkan. Tak Sangka Ini Keputusan Yang Diberi Dr Noor Hisham.

Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Keputusan PKPB Akan Ditamatkan. Tak Sangka Ini Keputusan Yang Diberi Dr Noor Hisham.

PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) — Masih terlalu awal bagi Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan sama ada untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Keputusan PKPB Akan Ditamatkan. Tak Sangka Ini Keputusan Yang Diberi Dr Noor Hisham.
Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Keputusan PKPB Akan Ditamatkan. Tak Sangka Ini Keputusan Yang Diberi Dr Noor Hisham.

Beliau berkata adalah penting untuk KKM memantau situasi COVID-19 berikutan sejak dua minggu lepas jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 tidak banyak. “Dari 4 Mei hingga sekarang hanya terdapat kira-kira 222 rakyat Malaysia yang dijangkiti daripada 1,800 kes (COVID-19) dalam negara,” katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19 di KKM di sini, hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Rupa Rupanya Masih Boleh Rentas Negeri Kalau Lakukan Tiga Perkara Ini. Boleh Ambil Tahu Tentang Tiga Perkara Ini Jika Mahu Rentas Negeri Semasa PKPB.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya adakah Malaysia sudah bersedia untuk menamatkan PKPB selepas 9 Jun. Beliau berkata jangkitan COVID-19 kini kebanyakannya membabitkan pekerja asing. “Melihat pada perkembangan dua hari lepas iaitu walaupun kes meningkat kepada 172 dan 187 kes tetapi  jumlah yang melibatkan rakyat Malaysia adalah rendah iaitu pada dua angka.

“Mungkin rakyat Malaysia mengamalkan semua SOP (prosedur operasi standard) tetapi persoalannya adakah pekerja asing mengamalkan SOP. Jadi kami perlu mendidik pekerja asing mengenai SOP kerana soal kesihatan melibatkan warganegara dan bukan warganegara,” tegas Dr Noor Hisham.

Beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia mematuhi SOP, tidak akan berlaku peningkatan kes pasca-Hari Raya. “Jadi kita hanya akan tahu pada minggu depan atau minggu berikutnya,” katanya. Ditanya mengenai saringan dilakukan majikan (terhadap pekerja asing),  Dr Noor Hisham berkata KKM sedang memantau perkara itu.

“KKM jangka indeks tinggi akan berlaku membabitkan pekerja asing. Dari 4 Mei hingga 29 Mei, KKM mendapati hampir 78 peratus kes positif COVID-19 di Malaysia membabitkan pekerja asing,” katanya. Dr Noor Hisham berkata KKM juga akan berusaha menyelesaikan isu penginapan pekerja asing.

“Saya fikir kami perlu menangani masalah itu, bukan sahaja (untuk) COVID-19 tetapi (untuk) tuberkulosis dan penyakit berjangkit yang lain juga. Jadi ini sesuatu yang kami perlu tangani secara serius dan bekerjasama dengan agensi dan kementerian berkaitan secara menyeluruh,” katanya.

SUMBER : BERNAMA

Tak Sangka Ini Berita Baik Yang Ditunggu Rakyat Malaysia Tentang PKPB Pada Jun Ini. Ini Yang Akan Dilaksanakan Pada Awal Bulan Jun Nanti.

Sebarang sekatan beberapa sektor seperti sektor pendidikan dan aktiviti sosial yang dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula dil0nggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes Cov1id-19 di negara kita kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian Covi1d-19 pada 28 Mei. Sebarang keputusan akan diberitahu pada minggu pertama Jun. “Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” jelasnya.

Namun, beliau juga meminta agar rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa agar wabak ini tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan kelak. Kes yang melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang oleh warga asing.

“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya. Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat.

Semoga orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta mematuhi arahan yang dikeluarkan amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVI1D-19 di negara ini.
Loading...
loading...

Pelbagai perkara diperhalusi sebelum sekolah dibuka

Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wab4k COV1ID-19.

“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”

“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan melibatkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.

Semua perkara itu, katanya antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka. Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan w4bak COV1ID-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan… inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata perdana menteri.

Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa. “Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan … yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya,” katanya.

-Bernama

Sumber:APPLE HIJAU via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post