'Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial' - Mamat Khalid tempelak golongan artis minta bantuan kerajaan

'Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial' - Mamat Khalid tempelak golongan artis minta bantuan kerajaan

Baru-baru ini, dua penyanyi tempatan memuat naik kenyataan di Instagram yang menyeru agar kerajaan memberi bantuan kepada golongan artis yang terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac hingga 14 April 2020.

'Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial' - Mamat Khalid tempelak golongan artis minta bantuan kerajaan
'Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial' - Mamat Khalid tempelak golongan artis minta bantuan kerajaan

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghadapi PKP.

ARTIKEL MENARIK:Pelawak lejen Jepun, Ken Shimura, meninggal dunia akibat koronavirus
Loading...

Menurut kenyataan dua penyanyi berkenaan, pelaksanaan PKP telah menjejaskan 'periuk nasi' golongan artis kerana banyak aktiviti industri berkenaan dibatal atau ditundakan. 

Kenyataan dua penyanyi itu dikecam teruk oleh netizen yang kemudian tampil pula dua pelawak tempatan mengeluarkan kenyataan mempertahankan rakan artis mereka. 

Jelas salah seorang pelawak berkenaan, kenyataan dua penyanyi itu dibuat bagi memperjuangkan golongan pengiat seni yang terjejas seperti veteran, pengarah, penulis skrip, jurusolek, kru produksi dan sebagainya. 

"Sebelum ni, artislah yang menghiburkan korang. Takkan tiada sedikit pun jasa penyanyi, pelakon dan pelawak yang boleh dikenang? Begitu juga sumbangan pengarah dan penulis skrip dalam menghasilkan produk drama dan filem untuk tontonan masyarakat," katanya. 

Keadaan bertambah buruk apabila Persatuan Seniman Malaysia yang mengeluarkan cadangan kepada kerajaan agar golongan artis diberi bantuan berikut: 
  1. Bantuan Khas e-Tunai atau tunai RM500 hingga RM1,000 untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barangan keperluan semasa PKP. 
  2. Skim Kerugian Seni - Bantuan kerugian dari minimum RM1,000 ke RM3,000 menanggung kerugian penangguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain-lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.
  3. Baucar keperluan diri dan rumah untuk anak seni. Jaminan kerajaan melalui KPDNHEP dengan kerjasama pasar raya seperti TEsco, Giant, NSK, Mydin dan sebagainya.
  4. Pemeriksaan Covid-19 kesihatan percuma untuk penggiat seni di hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan sahaja. 
  5. Dana Khas Persatuan-Persatuan Seni bagi kempen Covid-19 untuk membantu kerajaan memberi penerangan kepada rakyat dengan lebih berkesan
  6. Sistem bantuan penggiat seni yang tidak mempunyai KWSP. Bantuan Kewangan Khas sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.
Bagaimanapun, ada beberapa artis seperti Sweet Qismina, Amy Search dan Mamat Khalid mempunyai pandangan yang jauh berbeza. 

"It's good that my mum always remind me, 'ingat kau bekerja sebagai seorang pelakon. Lakonan tu kerja kau. Jangan ingat kau special" so therefore. I'm just a normal human being. A normal rakyat who works as an actress," katanya melalui Twitter. 

Loading...
loading...

It’s good that my mum always remind me “Ingat kau bekerja sebagai seorang pelakon. Lakonan tu kerja kau. Jangan ingat kau special” so therefore, I’m just a normal human being. A normal rakyat who works as an actress 😅
— FarhannaQismina (@Sweetqismina) March 29, 2020
Bagi Amy pula, PM telah mengumumkan bantuan tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia dan termasuk golongan artis yang juga merupakan rakyat Malaysia. 

"Saya percaya selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang bantuan kepada seluruh rakyat, itu termasuklah buat golongan artis sebab kita juga rakyat Malaysia. 

"Jadi sabar dan ikut panduan yang diberikan kerajaan tentang bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia. Kita artis, kita rakyat Malaysia, kita pasti akan dapat. 

2.jpg

"Kita kena sediakan payung sebelum hujan. Macam itu yang saya fikir, fikir tentang 10 tahun ke depan, persediaan kita misalnya. 

"Macam saya dulu, saya rasa dalam 10 tahun lepas saya hilang habis semua aset. Sampai saya hanya bawa kereta terpakai. Tapi ada artis rasa malu, naik Kancil badan boleh jadi gatal-gatal. Kita kena selalu ingat, jangan terlarut dalam sindrom 'Star'. Ada masa kita tidak tahu apa akan jadi. Maka kena beringat, ukur baju di badan sendiri. Ada lebih, saya belanja lebih. Tak ada lebih, kita ala kadar," katanya. 

Bagi pengarah Mamat Khalid, kecaman dari netizen itu berlaku kerana selama ini segelintir artis gemar berkongsi sisi gaya kehidupan mewah mereka di media sosial di mana tindakan itu telah memakan diri mereka pada waktu krisis wabak Covid-19. 

3.jpg

"Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial dengan ungkapan bukan riak sekadar berkongsi. Kongsi apa? Boleh mereka pinjam kereta yang hadiah pada emak itu kah?

"Buat amal pun digalakkan berahsia, inikan pula kerja-kerja membeli kasut atau barangan mewah. 

"Sekarang kita sudah sedar, kita yang hendak orang perhatikan gaya hidup kita dan bukan semuanya menerima gaya awak itu. Malah menimbulkan lagi rasa gusar yang terpendam. Sekali peluang terbit, terbenamlah awak dengan hakikat rasa resah hati mereka yang berbisa," katanya melalui Instagram. 



kesian abg tgk adik2 kena kecam bagai nak kiamat sbb nak menyuarakan tolong bantu pada yg tiada upaya melawan kengkangan waktu2 darurat sekarang ini. niat baik disalah ertikan. hanya kerana tiada mahu membaca penuh sesuatu artikel. kehidupan awak yg mereka riuhkan pula! apa yg dapat dipelajari adalah betapa pendam nya kesumat manusia menyimpan hasad yg menebal dgn kejayaan awak. komen mereka mmg membuat kita sedar siapa diri mereka sebenarnya. awak nothing dlm kehidupan mereka. tidak kenal tidak lawak suara sumbang dan sampai ada yg mengaku tak pernah tgk rancangan awak sbb lebih peka pada siaran obersi. yang awak pun satu tayang semuanya pada sosial media dgn ungkapan bukan riak sekadar berkongsi! kongsi apa? boleh deme pinjam kereta yg hadiah pada emak tu ke? buat amal pun digalakkan berahsia inikan pula kerja2 membeli kasut atau beg tangan mewah. sekarang kita sudah sedar kita yg hendak org perhatikan lifestyle kita dan bukan semuanya approve dgn gaya awak itu. malah menimbunkan lagi rasa gusar yg terpaksa dipendam. sekali peluang terbit terbenam lah awak dgn hakikat rasa resah hati mereka yg berbisa. abg ok... abg ok je sbb susah mula faham nikmat bersosial media ni. nikmat jahanam.
A post shared by Mamat Khalid (@khalidmamat) on Mar 29, 2020 at 9:57am PDT
Sumber: Media Hiburan Lokal via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post