Geneva: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Jumaat memberi amaran, menarik balik kawalan pergerakan “terlalu awal” boleh mencetuskan penularan semula COVID-19 yang jauh lebih buruk, lapor agensi berita Xinhua.
WHO Beri Amaran, Tarik Balik Kawalan Pergerakan ”Terlalu Awal” Boleh Membawa Padah |
Beliau berkata “ada beberapa negara sudah merancang untuk menarik balik arahan duduk di rumah”.
ARTIKEL MENARIK:Risiko Penularan Wabak Covid-19 Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi
Loading...
“Langkah itu boleh menimbulkan keadaan lebih berbahaya jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul,” katanya.
WHO kini sedang bekerjasama dengan negara terjejas COVID-19, berhubung strategi bagaimana untuk melonggarkan kawalan pergerakan secara berperingkat dan selamat.
Beberapa negara Eropah antaranya sudah mempertimbangkan untuk melonggarkan arahan itu berikutan jumlah jangkitan COVID-19 menunjukkan trend penurunan.
Antaranya, Austria dan Switzerland, masing-masing bercadang melonggarkan sekatan bermula pertengahan dan hujung April.
Ketua WHO itu menegaskan, sebarang keputusan untuk menarik balik kawalan pergerakan seharusnya dengan syarat penularan sudah dapat dikawal; perkhidmatan perubatan dan kesihatan awal yang secukupnya; risiko penularan di kemudahan khas seperti lokasi penjagaan jangka panjang diminimumkan; langkah pencegahan diambil di tempat kerja, sekolah dan tempat tumpuan orang ramai; risiko kes import dapat dikawal; dan komuniti sudah sedar dan faham mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan penjarakan sosial dalam tempoh peralihan ini.
Loading...
loading...
Di seluruh dunia, hampir 1.5 juta kes positif COVID-19 dilaporkan kepada WHO, dengan lebih 92,000 kematian.
Sumber: Bernama via Siakap Keli
Post a Comment