(Video) Ramai Sayu Lihat Warga Emas Ini Luah Rindu Pada Isteri Dikuarantin Covid-19

(Video) Ramai Sayu Lihat Warga Emas Ini Luah Rindu Pada Isteri Dikuarantin Covid-19

Seorang veteran tentera berusia 97 tahun terpaksa berpisah dengan isterinya kerana pandemik Covid-19 namun dia tetap mempunyai cara yang romantis untuk bersama isteri kesayangannya.

(Video) Ramai Sayu Lihat Warga Emas Ini Luah Rindu Pada Isteri Dikuarantin Covid-19
(Video) Ramai Sayu Lihat Warga Emas Ini Luah Rindu Pada Isteri Dikuarantin Covid-19

Warga emas yang bernama Lou itu telah melawat isterinya, Jackie, di Rumah Tentera dan Pelaut DMVA di Erie, Pennsylvania.

ARTIKEL MENARIK:Timbalan Menteri Alami Kemalangan Di LPT2
Loading...

Duduk di luar tingkap, Lou meniup lagu yang indah menggunakan harmonika sambil didengari oleh Jackie di dalam rumah tersebut.
Video yang menyentuh hati itu dikongsikan oleh Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan dan Veteran Pennsylvania di laman Facebook pada ahad lalu.
“Lou merebut peluang baru untuk melakukan interaksi sosial dengan menghabiskan masa bersama Jackie.

“Dipisahkan oleh penjarakan sosial, pasangan tersebut masih lagi boleh berhubung melalui alunan harmonika, meluahkan rasa cintanya kepada Jackie,” kata Jabatan tersebut.

Loading...
loading...



Gambar: Daily Mail


Menerusi video itu, Lou meletakkan alat pejalan kakinya di luar tingkap dan duduk di kerusi yang membolehkannya berhadapan dengan isterinya.

Jackie yang dikuarantin di dalam, duduk dengan selesa dan mendengar suaminya meniup harmonika.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post