Tolak Keluar Pelarian Etnik Rohngya, Kerajaan Malaysia Tidak Berperikemanusiaan, Kata Suaram

Tolak Keluar Pelarian Etnik Rohngya, Kerajaan Malaysia Tidak Berperikemanusiaan, Kata Suaram

NGO Suaram mengutuuk tindakan kerajaan Malaysia enggan menerima kemasukan bot mangsa pelarian etnik Rohingya dan menolak mereka semula ke laut pada 16 April lalu.

https://berita-1dunia.blogspot.com/2020/04/suram-sangat-terawikh-yang-dilakukan-di.html
Tolak Keluar Pelarian Etnik Rohngya, Kerajaan Malaysia Tidak Berperikemanusiaan, Kata Suaram

Suaram berkata, walapun Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1951 yang mengiktiraf hak-hak seseorang sebagai pelarian, namun negara ini masih mempunyai tanggungjawab terhadap kemanusiaan sejagat.

ARTIKEL MENARIK:Suram Sangat Terawikh Yang Dilakukan Di Masjidil Haram. Semua Jemaah Mengalirkan Air Mata Sepanjang Solat
Loading...

” Pihak tentera menyatakan tindakan tersebut adalah bagi mengelakkan kemasukan wabak COVlD-I9 ke dalam negara.
” Dengan prosedur saringan dan pengasingan sosial, mereka masih dapat tetap diselamatkan tanpa perlu menjejaskan kesihatan awam rakyat Malaysia.
” Sebagai contoh, Cuba telah membenarkan dua buah kapal dermaga yang membawa penumpang positif COVlD-I9 untuk berlabuh di perairan mereka bagi mendapatkan bantuan kesihatan, kerana mereka berpendapat bahawa hak kepada perkhidmatan adalah hak asasi semua.
” Tindakan Malaysia yang membahayakan nyawa 200 penumpang dengan menolak bot-bot ini kembali ke laut jelas tanpa sebab yang munasabah merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan,” kata Suaram dalam kenyataan.
Pada 16 April lalu pihak berkuasa Malaysia menyekat 200 orang pelarian Rohingya yang cuba memasuki negara secara haram menggunakan sebuah bot.
Sehari sebelum itu, pengawal laut Bangladesh dilapor menyelamatkan sebuah bot yang mengandungi 382 pelarian yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, selepas lebih dua bulan terdampar.
Menurut Suaram, kemasukan kapal berkenaan ke Malaysia dinafikan pihak berkuasa dan lebih 30 orang dilaporkan meninggal dunia sebelum bantuan sampai.
Isu mengenai kewajaran kerajaan menerima kemasukan kapal-kapal berkenaan turut menjadi perdebatan di media sosial.
Tok Mat turut bersuara
Sebelum ini Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, tindakan menerima bot-bot berkenaan hanya akan mengundang masalah besar kepada negara yang sedang menghadapi wabak COVlD-I9.
Menurut Mohamad, jika kerajaan membenarkan bot membawa pelarian itu menghampiri sempadan Malaysia, lebih banyak kejadian seumpama itu akan berlaku.

Loading...
loading...

Katanya ketika ini jumlah pelarian Rohingya di Malaysia dianggarkan kira-kira 150,000 orang dan negara ini tidak lagi mampu menampung kedatangan mereka.
” Menerima Rohingya pada waktu seperti ini akan membuka lebih banyak pintu buat warga asing dan bot untuk mendekati sempadan Malaysia dan oleh itu menghalang usaha kerajaan untuk memerangi COVlD-I9,” Mohamad dipetik sebagai berkata.
Malaysia patut jadi contoh
Sementara itu Suaram berkata pihaknya bersetuju bahawa konflik ketenteraan, kewarganegaraan dan status etnik Rohinya merupakan tanggungjawab bersama negara Asean lain.
Namun, katanya, Malaysia sepatutnya menjadi contoh yang lebih progresif bagi negara-negara Asean dalam menegakkan hak asasi manusia dalam rantau ini.
” Suaram juga ingin mengingatkan bahawa pelarian-pelarian yang tinggal Malaysia, walaupun diiktiraf oleh sebagai pemegang kad Pesuruhjaya Tinngi Pelarian PBB (UNHCR), namun tidak diktiraf oleh kerajaan Malaysia.
” Mereka tidak mempunyai hak untuk bekerja, mendapat Pendidikan formal dan akses kepada servis kesihatan awam.
” Dengan kekangan yang dihadapi mereka masih perlu menyara kehidupan dan keluarga, seringkali menyebabkan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa, menambah kesulitan kepada kehidupan harian mereka,” jelasnya.
via KL Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post