KUALA LUMPUR — Isu membabitkan pelarian Rohingya yang cuba memasuki negara ini perlu ditangani sebaik mungkin.
Tindakan Usir Pelarian Rohngya Tidak Sepatutnya Berlaku – DS Anwar Ibrahim |
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mengusir pelarian Rohingya tidak sepatutnya berlaku walaupun ia bertentangan dengan undang-undang negara ini.
ARTIKEL MENARIK: Wakil Rohingya Diugut Bunuh Lepas Hantaran Palsu 'Kami Nak Jadi Warga Negara'
Loading...
Jelasnya, apa yang dihadapi etnik Rohingya adalah melibatkan isu kemanusiaan yang harus dipikul bersama masyarakat antarabangsa.
“Kita tidak boleh biar orang tenggelam, mati dan tambah pula dia itu jadi mangsa kezaliman. Dia lari sebab didera di negeri sendiri.
“Saya harap kerajaan menjaga dalam bentuk kawalan yang terhad tetapi tidak mengusir sehingga mereka tenggelam atau tidak membiarkan mereka dalam keadaan kelaparan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial.
Sebelum ini, media melaporkan lebih 382 warga Rohingya berdepan kebuluran dengan 50 daripadanya maut ketika cuba memasuki perairan negara.
Pasukan keselamatan yang bertembung dengan kumpulan itu kemudian menghulurkan bantuan makanan sebelum bertindak mengusir bot yang dinaiki mereka.
Terdahulu, Anwar mengingatkan kerajaan agar meningkatkan kawalan kesihatan terhadap pekerja warga asing di negara ini.
Mengambil contoh negara jiran Singapura yang mencatatkan bilangan tinggi jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing, Anwar berkata golongan tersebut di negara ini harus dikawal selia sebaik mungkin.
“Jadi kelompok-kelompok (warga asing) ini kadang-kadang duduk di kawasan sesak seperti di Singapura yang menyebabkan terjangkit positif Covid-19.
“Jadi ini kerajaan harus tangani segera untuk mempastikan rakyat terkawal,” katanya lagi.
Loading...
loading...
Anwar Ibrahim: Tangani isu Rohingya dengan penuh kemanusiaan (VIDEO)
ProjekMM
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
via KL Viral
Post a Comment