Terkini Covid-19: Dua Kematian, 166 Pulih.

Terkini Covid-19: Dua Kematian, 166 Pulih.

Seramai 166 pesakit pulih daripada jangkitan Covid-19 seperti dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Terkini Covid-19: Dua Kematian, 166 Pulih.
Terkini Covid-19: Dua Kematian, 166 Pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah kali kedua jumlah dibenarkan keluar wad mengatasi jumlah kes baharu dan secara keseluruhan 1,487 sudah dibenarkan pulang.

ARTIKEL MENARIK:Suasana Sayu Doktor Ini Menangis “Terhalang” Jumpa Anak Memanggil Dari Bilik Kuarantin
Loading...

“Sebanyak 156 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,119 kes di seluruh negara.


“Daripada jumlah itu, seramai 76 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 45 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Noor Hisham berkata, dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 65 kematian.
Beliau berkata, kes kematian ke-64 (kes ke-2903) adalah perempuan warganegara Malaysia berumur 58 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi.
Menurutnya, beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang 7 April.

Loading...
loading...

“Kes kematian ke-65 (kes ke-1906) adalah lelaki warganegara Pakistan berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.
“Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9.30 pagi 8 April,” katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post