Terbabas Dan Bertembung Dengan Lori, Dua Tentera Maut Selepas Pulang Mesyuarat

Terbabas Dan Bertembung Dengan Lori, Dua Tentera Maut Selepas Pulang Mesyuarat

KUANTAN - Seorang pegawai dan anggota tentera yang dalam perjalanan pulang ke Kem Tentera Darat Mempaga di Bentong, maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar lori di Kampung Lebu, kira-kira 20 kilometer dari kem itu hari ini.

Terbabas Dan Bertembung Dengan Lori, Dua Tentera Maut Selepas Pulang Mesyuarat
Terbabas Dan Bertembung Dengan Lori, Dua Tentera Maut Selepas Pulang Mesyuarat

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, Mejar Mohd Shaiful Azhar Saad, 38, dari Baling, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pada jam 3.30 petang itu.

ARTIKEL MENARIK: Didakwa Ingkar PKP, Anak Zahid Cabar Pengikut Instagram Lapor Polis Terhadapnya
Loading...

“Sementara pemandu kereta Proton Saga milik Angkatan Tentera Malaysia, Koperal Azizul Azmy, 33, dari Ulu Kinta, Perak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang semasa menerima rawatan di Hospital Bentong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua mereka difahamkan dalam perjalanan pulang ke kem tentera itu selepas pegawai terlibat selesai menghadiri mesyuarat di ibu negara.

Loading...
loading...

Kamarulzaman berkata, nahas jalan raya itu berlaku dalam keadaan hujan lebat dan menurutnya pemandu lori muatan barangan runcit yang berusia 39 tahun dari Terengganu terselamat dalam kejadian itu.

Jenazah pegawai itu dibawa ke Hospital Bentong. - Bernama

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post