“Sudah 3 Hari Saya Tak Makan”. Ada Video.

“Sudah 3 Hari Saya Tak Makan”. Ada Video.

Sepanjang kita menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pernahkah kita membayangkan keadaan sebuah keluarga lain yang tidak mempunyai makanan di dalam rumah mereka.

“Sudah 3 Hari Saya Tak Makan”. Ada Video.
“Sudah 3 Hari Saya Tak Makan”. Ada Video.

Satu rakaman video yang tular di laman Facebook mengenai seorang budak lelaki yang mendakwa sudah tiga hari tidak makan mungkin sahaja boleh dijadikan iktibar kepada kita.

ARTIKEL MENARIK:Sebak Lihat Nasi Dibeli Untuk Santapan Keluarga Bertaburan Atas Jalan
Loading...

Video terbabit boleh buat kita semua mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Tuhan kerana masih mempunyai banyak makanan lazat di rumah biarpun pergerakan terbatas susulan PKP.


Berdasarkan rakaman video berdurasi 31 saat yang dimuatnaik oleh pemilik akaun atas nama ‘Mohd Zaki bin Salleh’ di Facebook miliknya, dia didatangi kanak-kanak lelaki berkenaan selepas memberhentikan kereta.
“Saya berhenti kereta. Datang adik Krisnen terus tanya uncle ada makanan? Saya sudah 3 hari tak makan.
“Saya tanya di rumah ada berapa orang? Dia cakap lima orang. Terus saya hulurkan lima bungkus nasi putih siap gulai, sambal belacan dan ikan keli. Mesti keluarga dia suka boleh makan malam ini,” tulis Mohd Zaki.
Menerusi video yang sama, Krisnen berkata bapanya tidak dapat bekerja.

Loading...
loading...


Video berkenaan dikongsi sebanyak 6,000 kali dan mendapat 2,800 tanda suka. Rata-rata netizen berterima kasih kepada Mohd Zaki atas sumbangan tersebut.
“Thanks bro,” kata pengguna Facebook bernama Buwaneswari Nagayan.
“Mesti family dia seronok dapat makan hari ni,” komen pengguna Facebook bernama Rizal pula.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post