Hari ini satu berita yang cukup menyedihkan kita terima, apabila dimaklumkan seorang lagi pejuang barisan hadapan kita iaitu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia telah meninggal dunia.
Sempat tabur bakti buat negara, ‘frontliner’ kakitangan KKM meninggal dunia, anak mohon maaf bagi pihak ayah |
Perkhabaran sedih itu diketahui menerusi perkongsian di Facebook Muhammad Haziq yang merupakan waris dan Hairul Kifli Madoon, rakan sekerja arwah.
ARTIKEL MENARIK:Lelaki Russia Cari Wanita Yang Vir4lkan Gambarnya, Ini Yang Dia Lakukan Buat Ramai Tak Sangka
Loading...
Mohon maaf bagi pihak ayah
Arwah bernama Ahmad Shah bin Hj Abdul Karim, telah meninggal dunia pada 18 April. Muhammad Haziq, mewakili arwah ayahnya memohon maaf jika arwah pernah menyinggung perasaan sepanjang bertugas klinik kesihatan dan hospital.
Setakat ini punca kematian masih lagi tidak didedahkan oleh pihak keluarga arwah, bagaimana pun arwah sempat berkhidmat dalam misi Covid-19 sebagai salah seorang petugas barisan hadapan
Loading...
loading...
Bukan sebab Covid-19
Namun, menerusi balasan komen daripada anak arwah, memberitahu arwah tiada masalah kesihatan yang serius dan kematiannya bukanlah disebabkan Covid-19.
Salam takziah
Di ruangan komen, masih tidak putus-putus lagi dengan ucapan takziah dan doa, serta kata-kata semangat buat ahli keluarga arwah yang masih berduka dengan kehilangan tersebut
Semoga ditempatkan dalam kalangan hamba Allah beriman
Hero sebenar
Semoga segala urusan pengebumian dipermudahkan dan arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Terima kasih buat segala bakti untuk negara. Al-Fatihah
Sumber : Muhammad Haziq & Hairul Kifli Madoon via Rakan Media Network
Post a Comment